Saturday, May 16, 2009

Bakar asrama pekerja Bangladesh

KUALA LUMPUR: Hanya kerana berang selepas rakannya dipukul ketika cuba menyamun, sekumpulan lelaki bertindak ganas dengan membakar sebuah asrama dihuni 30 pekerja warga Bangladesh.

Difahamkan tindakan ganas itu dilakukan sekumpulan lelaki dipercayai pendatang asing tanpa izin warga Indonesia apabila seorang rakan mereka cedera selepas terbabit dalam pergelutan ketika cuba menyamun sekumpulan warga Bangladesh itu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam 19 April lalu, tiga lelaki dipercayai warga Indonesia datang ke asrama warga Bangladesh berkenaan di kuarters lama Hospital Sungai Buloh di sini dan mengarahkan mangsa menyerahkan barang berharga serta mengugut akan mencederakannya menggunakan senjata tajam jika enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa meminta bantuan rakannya yang lain menyebabkan berlaku pergelutan dan seorang daripada suspek cedera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...