Friday, July 24, 2009

Semak semula had kerja lima tahun

PETALING JAYA: Majikan menggesa kerajaan menyemak semula dasar yang membenarkan tenaga kerja asing berkerja di negara ini bagi tempoh maksimum lima tahun kerana ia mungkin menimbulkan kesulitan kepada perniagaan tempatan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, impak sebenar daripada dasar itu majikan perlu menghabiskan banyak masa dan wang melatih pekerja baru.

Pada masa ini, dasar membenarkan pekerja tidak mahir bekerja di negara ini selama dua tahun dan dari tahun ketiga dan seterusnya pelanjutan visa bergantung kepada kemahiran mereka.

“Biasanya pekerja ini dihantar mengikuti pelbagai kursus latihan oleh syarikat dan mereka memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk melayakkan visa mereka diperbaharui.

“Hakikatnya pekerja mula menjadi produktif hanya dari tahun keempat dan seterusnya dan jika kami menghantar mereka pulang, ia akan mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat dan juga negara,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...