Thursday, August 20, 2009

Topeng kini mampu milik







PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.

Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati.

"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.

Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...