Saturday, October 16, 2010

SPRM fail notis rayuan

2010/10/16

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen semalam melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan rasuah.

SPRM, melalui satu kenyataan di sini, berkata walaupun menghormati keputusan mahkamah tetapi SPRM yakin bahawa kes itu adalah kes yang kukuh.


“SPRM akan meminta Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan berhubung keputusan kes tersebut hari ini.


“Tiada sebarang alasan lisan atau alasan bertulis diberikan Mahkamah Sesyen berhubung keputusan tersebut,” menurut kenyataan itu.


Hakim Rosbiahanin Arifin membebaskan Wahid, 57, daripada tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Wahid didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SPRMfailnotisrayuan/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...