PETALING JAYA, 10 Dis: DAP Selangor  telah melantik lima anggota baru kedalam Jawatankuasa Negeri termasuk seorang  Melayu, Azman Masri, namun Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu tertinggal dalam  senarai pimpinan negeri kali ini.
Menurut Ean Yong Hian Wah  (gambar), Setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik,  kelima-lima mereka dilantik dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam,  setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.
Mesyuarat itu  diadakan buat pertama kali selepas kesemua mereka dipilih oleh konvensyen DAP  Selangor yang adakan sebelum ini.
Lima ahli yang dilantik adalah Azman  Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman  (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan  ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat  (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis  Perbandaran Sepang).
Barisan penuh DAP Selangor adalah Teresa Kok  (pengerusi), Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago  (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan  Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie  Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon  Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan  Politik).
Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan,  Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian  Keong.
DAP Selangor juga telah menubuhkan tiga biro iaitu undang-undang yang  diketuai oleh Ganatirau Veraman, Buruh dan NGO (Chandra Mohan) dan Kemiskinan  Bandar dan Pekerja Ladang (S Ramakrishnan)
Mereka juga memutuskan untuk  turun menemui ahli di peringkat akar umbi bagi memperkemaskan DAP mulai awal  tahun depan.
"Langkah ini juga dibuat untuk mempersiapkan parti menjelang  pilihan raya umum akan datang," kata Ean Yong.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29781:dap-selangor-lantik-melayu-ronnie-hilang&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment