Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik seorang pemimpin Melayu, Azman Masri ke dalam jawatankuasa kepimpinan negeri itu.
Menurut setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, Ean  Yong Hian Wah, kelima-lima mereka menganggotai jawatankuasa itu yang  bermesyuarat buat kali pertama semalam. Barisan AJK baru itu dipilih dalam  konvensyen DAP negeri sebelum ini.
"Lima ahli yang dilantik adalah Azman  Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman  (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan  ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat  (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis  Perbandaran Sepang).
"Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik  sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan  berada di tangga ke-11 daripada 15 yang terpilih menganggotai jawatankuasa  negeri itu.
Jawatan lain adalah Tony Pua (timbalan pengerusi), Teng Chang  Khim dan Charles Santiago (naib pengerusi), Ean Yong Hian Wah (setiausaha) Ng  Suee Lim (timbalan setiausaha), Hannah Yeoh (bendahari), Lau Weng San  (setiausaha program), Teo Nie Ching (penolong setiausaha program), Jenice Lee  (setiausaha publisiti), Lim Soon Hong (penolong setiausaha publisiti), Tiew Way  Keng (pengarah pendidikan politik).
Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S  Ramakrishnan, T Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang  Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.
Pada 28 Nov lalu, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan  namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP  Selangor.
Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam semalam, masa  depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit  Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja  pusat.
http://malaysiakini.com/news/150460
 
 
No comments:
Post a Comment