Dis 31, 10
12:09pm
Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu.
Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.
"Kita mahu kuasa diberikan kepada kerajaan negeri (dan kita juga mahu) perubahan supaya Selangor telus dalam usaha mentadbir rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap di hadapan hadirin dalam majlis berkenaan.
Tambahnya, kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk memastikan pemilihan pegawai SUK itu akan dapat bersama-sama memperjuangkan hasrat pentadbiran negeri tersebut.
"Calon itu mesti mengikut tatacara dan enakmen kerajaan negeri dan saya telah meminta pegawai kerajaan negeri memberi nama calon.
"Akhirnya saya telah menerima lapan nama yang layak untuk proses pemilihan jawatan itu," katanya.
'Tak tahu kena bersaing hantar  nama'
Khalid berkata panel jawatankuasa temuduga itu antaranya  terdiri daripada exco kerajaan Selangor Dr Hassan Ali dan Dr Xavier Jayakumar  yang telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor.
"Yang kita  pilih adalah mereka yang berpengalaman dan kepakaran khususnya bidang ekonomi  serta menyesuaikan diri dengan jawatan dilantik.
"Saya tak diberitahu  kena bersaing untuk hantar nama," katanya yang mengulas satu kenyataan daripada  Istana Selangor sebelum ini yang mengakui menerima tiga nama calon untuk mengisi  kekosongan itu tetapi "sudah terlewat."
Kenyataan daripada setiausaha  sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu juga menyebut, Sultan  Sharafuddin Idris Shah telahpun memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi  sebagai SUK yang baru, seperti dilaporkan.
Turut hadir dalam program  solat hajat itu ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, exco kebajikan dan  hal ehwal wanita Selangor Rodziah Ismail, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad  dan pengarah komunikasi pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Baharom.
http://malaysiakini.com/news/152077
 
 
No comments:
Post a Comment