KOTA BHARU, 5  Feb: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid  Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak  kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir  disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian.
Kenyataan itu yang  disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk  “Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar  Dari Mesir” yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat  memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.
Demikian kata  Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat  Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini. 
Menurut beliau, Kenyataan  Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan  pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka  tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak  kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). 
Tambahan pula,  semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan  persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama  tersebut kepada JPMK.
Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar  daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan  Penuntut.
Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi  apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan  Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan  mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut  apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.
Pihak Alumni KPKM  mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan  emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi  diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.
Sementara  itu,  Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan  bantuan kepada pelajar  di Mesir.
“Terkini, pengerusi GETIR Ustaz  Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir  dengan  kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa  kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.
“Sebelum  ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM  120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari  yang lepas,” katanya .
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30702:menteri-digesa-tarik-balik-hina-pelajar-agama&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment