KOTA KINABALU – Laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini.
Dalam satu kenyataan di sini, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ASP Mohd Zaki Harry Susanto berkata, orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.
Keadaan laut sebegitu adalah berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 4,343 kilometer utara dari Timur Laut Kudat, Sabah.
“Polis Sabah akan memperbanyakkan rondaan di kawasan tersebut dan akan berusaha memastikan masyarakat setempat sentiasa peka terhadap perkembangan ini,” kata Mohd Zaki. – Bernama
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
No comments:
Post a Comment