Jun 24, 11
10:14pm
Tidak ada peluang untuk peguam-peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan Datuk T.
Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh peguam negara, polis dan peguam Datuk T untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.
Justeru persoalan yang amat relevan adalah: Adakah peguam negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau?
Tak berani minta dibicarakan
Jika jawapan  Gani adalah “ya”, maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji “bukti-bukti”  pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinchi  “semangat patriotik' gandingan Datuk T dalam menayangkan video lucah  berkenaanSayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib  Lazim dan Datuk Shahryl Eskay Abdullah tidak pula mengaku tidak bersalah dengan  hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan  kerana mencari keuntungan diri.
Jika mereka berani meminta dibicarakan,  maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan  peguam-peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak  menyoal balas “pakar-pakar” pendakwaraya.
Namun ini tidak berlaku.  Gandingan Datuk T sebaliknya cepat-cepat mengaku salah, dan membayar denda  ringan.Sebaik  sahaja keluar mahkamah, Datuk T dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan  tuduhan terhadap Anwar.
Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah Datuk T  adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah memperolehi laporan  daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh  polis?
Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh  Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan  bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar.
Yang  menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang  memberikan peratusan sedemikian.Satu  carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan  Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk ijazah pertama  sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidekan ala-CSI ini perlu disahkan  terlebih dahulu.
Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika  itu di mahkamah terbuka, peguam Datuk T pula menyimpan dokumen itu untuk  ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan.
Menyelamatkan Malaysia?
Rahim, Shuib dan  Eskay kemudian “dilepaskan” dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan  video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup “mengorbankan diri” dengan  menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia.JIka  itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan  meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka.
Denda beberapa ribu  ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi  peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus  mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.
Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan Datuk T, oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;
- Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri. Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis.
- Justeru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri? Malah, mungkin membekalkan pelacur yang dimaksudkan? 
- Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis? Tiba-tiba isu jam itu “dilenyapkan' daripada paparan orang ramai.
Umno tak terlibat?
Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video  lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada  aspek-aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya.Segala  pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua  Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau  pertuduhan.
Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya,  peguam Datuk T “melanyak” beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di  mahkamah.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan  Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan  kepada Anwar.
Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu  yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat  tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam  Negara di dalam mahkamah terbuka?
Semua ini dibuat tanpa memberi peluang  kepada Anwar untuk membela diri.
Rasanya Khairy tahu maksud pepatah  “lontar batu sembunyi tangan”
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
http://malaysiakini.com/news/167970
 
 
No comments:
Post a Comment