Jun 24, 11
4:42pm
Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.
Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.
Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan. Lelaki X
'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.
Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.
Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai  lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar  mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.
Semasa perbandingan hidung  dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar  Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu  sebagai lelaki X.
Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan  menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim.
Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar
Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk  membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu.
“Saya  memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza. 
"Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya,” katanya sambil  menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu. 
Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video  itu."Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada,"  katanya.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR  Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi  ketika trio Datuk T didakwa.
“Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk  T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar),” katanya yang juga seorang  peguam.
“Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi  hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah  dilepaskan.
"Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan,” katanya lagi.
http://malaysiakini.com/news/167934
 
 
No comments:
Post a Comment