Saturday, August 9, 2008

Bermulanya Olimpik XXIX



BEIJING - Paluan gendang daripada 2,008 pemuzik menghasilkan bunyi penuh simbolik bagi menanda- kan tanda bermulanya upacara pembukaan Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.
Ia juga merupakan perkiraan detik menjelang upacara bersejarah itu yang turut mempamerkan satu persembahan daripada tamadun yang dianggap tertua di dunia.
Begitulah antara suasana penuh bercahaya yang menghiasi bumi Beijing sebagai terciptanya satu lagi episod sejarah bagi negara Tembok Besar China.
Tepat pukul 8 malam pada tarikh 8.08.2008 telah dipilih sebagai hari pembukaan pada temasya sukan terbesar ciptaan manusia itu yang buat julung-julung kalinya di bumi China.
Memulakan upacara adalah bunyi bedilan senapang diiringi letupan bunga api yang nyata menyemarak- kan lagi suasana meriah di tengah- tengah bandar raya Beijing itu.


PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge (kiri) dan Presiden China, Hu Jintao hadir pada perasmian Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.

Di tengah padang, ribuan manusia membentuk acuan luas dengan laungan keramat versi Confucian sebagai tanda mengalu-alukan kehadi- ran atlet dari 204 negara yang mengambil bahagian.
Lebih menarik, lukisan-lukisan landskap tradisional dipaparkan di screen gergasi sambil diterjemahkan dengan maksud tersendiri oleh kalangan pelakon terkemuka negara itu.
Turut sama disajikan adalah bentuk kotak kecil yang menyerupai monumen Tembok Besar, iaitu satu daripada khazanah paling bersejarah dalam ketamadunan manusia.
Meneruskan acara semalam adalah kehadiran seribu penari yang membentuk pelbagai variasi sambil seorang budak perempuan diterbangkan dengan layang-layangnya tinggi, sebagai simbolik menunjukkan kehebatan stadium ciptaan China yang turut digelar Stadium Sarang Burung.
Menghangatkan lagi majlis apabila penyanyi Britain, Sarah Bright- man bergabung suara dengan penyanyi China, Liu Huan untuk mengalunkan lagu tema Sukan Olimpik sambil gambar kanak-kanak menghiasi suasana cerah di Stadium Olimpik.
Apa yang pasti, sejarah gemilang selama 5,000 tahun dihimpunkan dalam satu malam penuh bersejarah bagi memaparkan imej China.

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...