| Feb 5, 09 3:40pm |
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. Sementara itu, Bernama melaporkan, kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada jam 2.15 petang. Kenyataan penuh: |
Saturday, February 7, 2009
DUN tidak dibubarkan, Sultan minta MB undur
Kenyataan penuh Sultan Perak
| Feb 5, 09 5:15pm |
| Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor. KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN "Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak. YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. http://www1.malaysiakini.com/news/97682 |
Nizar perjelas sebab tidak letak jawatan MB
| Feb 5, 09 6:38pm |
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak. 5 Februari 2009 Ampuan Tuanku, Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Amin Ya Rabbal 'Alamin YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin |
Shabery: Nizar derhaka pada Sultan
| Feb 5, 09 7:58pm |
| Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menderhaka kepada Sultan apabila enggan untuk meletak jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Katanya orang Melayu mesti tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai Raja dan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di peringkat negeri, lapor Bernama. "Kedaulatan sesebuah negeri itu terletak kepada raja-raja. Oleh itu, adalah wajar, wajib dan semestinya bagi kita patuh dan menjunjung tinggi titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja kita. "Jadi sewajarnya kita tidak mengingkarinya, jika tidak, kita akan ditafsirkan sebagai melanggar atau ingkar sekaligus menderhaka kepada Raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pra-Tonton rancangan 'Europe Through The Eyes of Malaysian' di ibunegara hari ini. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata negara ini mempunyai undang-undang berkaitan dengan kedaulatan dan pembubaran kerajaan negeri dan ini adalah proses yang digunakan selama ini. Katanya, jika beliau (Nizar) menolak undang-undang serta kedaulatan terbabit, ini jelas menunjukkan beliau tidak hormat kepada pentadbiran negeri itu. "Sesebuah DUN, jika hendak dibubarkan, mesti mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Jika beliau (Nizar) tidak berbuat demikian, ini sekaligus menunjukkan beliau tidak faham undang-undang dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri," katanya kepada Bernama. Undang-undang tubuh negeri Abu Zahar berkata apa jua perkara termasuk pembubaran DUN harus mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Beliau berkata kerajaan pimpinan Nizar harus akur bahawa jika Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Perak, ia adalah wajar kerana telah terbukti kerajaan Pakatan Rakyat gagal memimpin negeri itu disebabkan pemimpin yang gila kuasa. Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia Osman Abu Bakar berkata Nizar seharusnya ingat beliau dilantik sebagai menteri besar atas perkenan Tuanku Sultan dan jika Sultan menitahkan beliau meletakkan jawatan, maka beliau harus akur. "Sebagai seorang Menteri Besar, beliau harus bersikap positif demi kepentingan orang Melayu dan menjaga maruah orang Melayu di Perak. "Pergolakan politik yang sedang berlaku di Perak juga adalah ujian kepada sistem demokrasi berperlembagaan negara," katanya. Osman berkata, Barisan Bertindak turut meminta orang Melayu di Perak agar optimis terhadap perubahan yang berlaku di negeri itu dan terus menunjukkan kesetiaan kepada Tuanku Sultan. Mohammad Nizar dalam kenyataan beliau semalam telah mengumumkan langkah drastik dan luar biasa dengan membubarkan DUN serta-merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Bagaimanapun, hari ini Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. http://www1.malaysiakini.com/news/97692 |
Polis: Tindakan tegas jika berdemo
| Feb 5, 09 3:52pm |
| Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demontrasi haram berikutan senario politik yang berlaku di Perak berikutan peralihan tampuk pemerintahan. Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penyokong yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demonstrasi secara haram kerana ia mengganggu ketenteraman awam. "Saya berharap penyokong mana-mana parti tidak mengadakan sebarang perhimpunan kerana ini bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi ini akan mengganggu ketenteraman awam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan akan berlaku demontrasi dan perhimpunan haram berikutan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak berikutan empat ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Selain itu terdapatnya khabar angin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengajak penyokong parti politik di seluruh segara berkumpul di Perak untuk mengadakan demontrasi. Musa berkata mana-mana pihak yang ingkar arahan polis boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram. Katanya polis telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan tersebut dengan menempatkan anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk berkawal di beberapa kawasan sekitar Perak. "Sehingga kini keadaan di Perak masih lagi terkawal namun polis akan terus berkawal sehingga dirasakan perlu," katanya. Tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat itu keluar parti masing-masing memberikan majoriti mudah kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri. Empat wakil rakyat itu adalah Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, Adun Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim, yang menyertai PKR pada 25 Januari lalu dan kembali semula kepada Umno semalam. http://www1.malaysiakini.com/news/97655 |
Speaker ke mahkamah, mohon kerusi 3 Adun diisytihar kosong
| Feb 5, 09 11:04am |
| Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi ini, untuk mengisytiharkan tiga kerusi anggotanya - yang dianggap meletakkan jawatan - telah kosong. Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) didakwa menyerahkan surat peletakan jawatan mereka hujung minggu lalu. Mereka berdua bagaimanapun menafikannya dan mendorong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat peletakan jawatan tersebut. Suruhanjaya itu juga berpendapat kerusi kedua-duanya tidak kosong dan pilihanraya kecil tidak boleh diadakan. Adun Jelapang dan juga bekas timbalan speaker DUN Hee Yit Foong didakwa menyerahkan suratnya semalam, tidak lama selepas mengisytiharkan keluar DAP. Dalam satu kenyataan bersamanya dengan exco kanan negeri Datuk Ngeh Koo Ham, Sivakumar berkata permohonannya untuk memaksa SPR mengiktiraf tiga kerusi itu telah kosong dan memanggil satu pilihanraya kecil. "Kerajaan negeri juga telah mengiktiraf bahawa mereka (bertiga) bukan lagi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing," kata Sivakumar dan Ngeh. "BN tidak boleh mendakwa ia mempunyai majoriti di DUN kerana Pakatan Rakyat masih mempunyai 28 Adun seperti juga BN yang memiliki 28 Adun. "Kedudukan tiga lagi wakil rakyat itu kini harus diputuskan di mahkamah." Mereka berkata lagi, dalam keadaan politik tidak menentu saat ini, Speaker dan kerajaan Perak menyokong cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN. Sivakumar dan Ngeh berharap Sultan Perak memperkenan cadangan tersebut. http://www1.malaysiakini.com/news/97620 |
'Markiman, tiada maaf bagimu'
| Jimadie Shah Othman | Feb 5, 09 1:15pm |
| Para pemandu teksi di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) menolak permohonan maaf Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran yang menggelar mereka "monyet" dalam satu mesyuarat petang semalam. "Orang bila terlanjur cakap boleh minta maaf, tetapi perkara itu dah tinggal (melekat) dalam hati. Kita (pemandu teksi) tidak dapat maafkan," kata pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi LCCT (PKPT-LCCT), Abd Hadi Hassan. Sejumlah 500 ahli persatuan berkenaan yang mencari rezki sejak dua tahun di lapangan terbang itu dalam mesyuarat mengejut itu, menuntut Markiman menyelesaikan masalah kebajikan mereka. Tuntutan mereka, antaranya ialah membenarkan mereka mengambil tempahan dan menunggu di lapangan terbang itu, mengurangkan komisyen kepada kaunter perkhidmatan teksi, mengeluarkan kaunter bas dari terminal dan mengurangkan perkhidmatan bas di LCCT. Terbaru, persatuan tersebut mendakwa, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - mulai Isnin lalu - menghalang mereka mengambil tempahan penumpang dari dan ke lapangan terbang berkenaan. Sehubungan itu, mereka mengancam mengadakan mogok jika tuntutan mereka tidak dilayan. 'Dianggap keterlaluan' Markiman yang kebetulan berada di lapangan terbang itu petang semalam, hadir berbincang dengan kira-kira sejak dengan 100 pemandu yang sedang marah itu. Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Abd Hadi berkata, kata-kata Markiman yang dianggapnya keterlaluan itu sesekali tidak dapat dimaafkan. "Ini bukan kali pertama dia kutuk pemandu teksi. Dia selalu kutuk kita," katanya. Mereka juga mendakwa Markiman sendiri sebelum ini telah mencabar mereka dengan berkata "kalau hendak mogok, mogoklah. Saya boleh keluar banyak permit teksi." Markiman bagaimanapun ketika dihubungi, tidak ingin memanjangkan ketegangan itu. 'Saya sudah minta maaf' "Saya sudah minta maaf. Saya sudah tarik balik kata-kata saya. Semuannya sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ditanya kenapa beliau mengucapkan kata-kata itu, Markiman menjelaskan tindakannya itu bukanlah disengajakan. "Biasalah, dah sama-sama panas masa itu," katanya. Katanya, perkara itu mengambil masa untuk diselesaikan kerana puluhan rungutan yang dikemukakan turut melibatkan bidang kuasa pelbagai pihak. PKPT-LCCT malam tadi mengadakan mogok bermula 12.30 hingga jam 6 pagi tadi dan dijadual berakhir jam 1 tengah hari ini. http://www1.malaysiakini.com/news/97634 |
Perhimpunan besar sokong MB Perak
| Abdul Rahim Sabri | Feb 5, 09 1:00am |
| Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu. "Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat. "Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar, sejurus selepas mempengerusikan satu mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi. Hadir sama ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka. Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR yang kini sebagai wakil bebas - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu. 'Situasi tidak menentu' Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini dan turut menjadi wakil rakyat bebas. Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri. Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat". "Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak. "Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya. "Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya. 'Kembali kepada rakyat' Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib. Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab. "Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau Speaker. Kamu adalah exco, orang di jalanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya. Sehubungan itu, Anwar menggesa BN supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka. "Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah. "Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar. http://www1.malaysiakini.com/news/97614 |
BN bakal bentuk k'jaan baru Perak
| Jimadie Shah Othman | Feb 4, 09 5:06pm |
| Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini. Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu. Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri. Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam. "Hari ini juga Adun Bota, Datuk Nasarudin berjumpa dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah kembali bersama Umno," katanya, membacakan satu kenyataan, dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya. Keempat-empat mereka turut hadir di sidang akhbar tersebut. Najib menambah, Jamaluddin, Osman dan Hee telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing. Katanya, keempat-empat mereka telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar, PKR dan DAP bahawa mereka bukan lagi ahli parti-parti tersebut. Najib berkata, berdasarkan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar - apabila hilang keyakinan dan majoriti - dan barisan exconya harus meletakkan jawatan. Katanya, beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN. Difahamkan beliau akan ke istana Sultan Azlan Shah esok. Najib juga menafikan wujud paksaan atau penggunaan wang untuk membeli wakil-wakil rakyat itu dalam proses pembentukan kerajaan baru. Ditanya pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata "ia adalah isu yang berbeza". Ditanya sekiranya Sultan bersetuju membubarkan DUN Perak seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kuasa mutlak di tangan baginda. "Apa-apa perkara, itu akan diputuskan oleh Sultan," katanya. Ditanya bagaimana BN hendak membentuk kerajaan memandangkan tiga daripada Adun yang menyokong parti sebagai wakil-wakil rakyat bebas, Najib berkata, mereka adalah "Adun bebas yang menyokong BN". Katanya lagi, apabila undian dijalankan di DUN nanti, BN yang mempunyai 28 kerusi akan mendapat sokongan tiga Adun bebas terbabit. Pakatan Rakyat kini mempunyai 28 kerusi. Bagaimanapun, Speaker DUN tidak boleh mengundi, jadi Pakatan hanya mempunyai 27 kerusi. Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September". Ditanya tentang negeri lain yang mungkin diambil alih BN, Najib enggan mengulas dan berkata "itu cerita lain". Ditanya bilakah beliau mula berbincang dengan Adun-adun berkenaan untuk meninggalkan PKR dan DAP, Najib berkata, beliau tidak perlu memberitahu "sama ada pagi, petang atau malam". http://www1.malaysiakini.com/news/97595 |
Sebab Adun Bota kembali ke Umno
| Jimadie Shah Othman | Feb 4, 09 5:33pm |
| Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Halim memberi tiga sebab mengapa beliau kembali semula ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional. Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai PKR. Nasaruddin (foto) membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Berikut adalah kenyataan penuh Nasarudin Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu: Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini. http://www1.malaysiakini.com/news/97594 |
MB gagal bubar DUN Perak
| Feb 4, 09 12:23pm |
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. |
K'jaan Pakatan Perak bergoncang
| Feb 4, 09 2:47pm |
Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat bergoncang kuat hari ini setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkannya - tiga daripadanya kini wakil rakyat bebas. |
Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul
| Feb 4, 09 1:49pm |
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. Sirul Azhar mula membacakan nota kenyataan pembelaannya setebal 15 muka surat mulai jam 9.40 pagi, dengan menjelaskan mengenai pertemuannya dengan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, pada 18 Oktober 2006 di Central Market untuk mencari Hotel Malaya setelah dia selesai bertugas. Sirul Azhar dan Azilah sedang dibicarakan pada peringkat pembelaan terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mengimbas bagaimana dia dibawa ke tempat kejadian, Sirul Azhar berkata ASP Tonny Lunggan (pegawai penyiasat kes itu) telah mengarahkan beberapa orang pegawai polis yang turut membawa kamera video ke satu kawasan pada 6 Nov 2006 tetapi berada di situ sekejap sahaja kerana hari hampir senja. |
Ramlang rayu kerja semula di Jakim
| Jimadie Shah Othman | Feb 4, 09 12:55pm |
| Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan – yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim – mengemukakan permohonan rayuannya. Ramlang Porigi yang menganggur sejak 20 Januari lalu mendakwa memohon budi bicara Jakim bagi menerima semula beliau berkhidmat dengan jabatan itu. "Saya minta diberikan peluang kedua," katanya dalam surat kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) yang diserahkan dengan tangan semalam di pejabat lamanya di Putrajaya. Ramlang - yang berceramah di tiga tempat dan kemudian mengadakan sidang media bersama PKR ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas - didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja" oleh Jakim. Lembaga tatatertib Jakim yang dipengerusikan oleh ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu. Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Ramlang berkata, beliau difahamkan proses rayuan itu biasanya memakan masa tiga bulan sebelum keputusan dapat dibuat. Sehubungan itu, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, bapa kepada tiga orang anak itu sekarang dalam proses mencari pekerjaan baru. "Saya juga sedang cari rumah sewa (untuk berpindah)," katanya yang baru pulang daripada kampung halamannya di Sandakan, Sabah setelah dipecat mengejut dua minggu lalu. Beliau setakat ini masih menginap di kuaters kerajaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta – tempat beliau menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar, Ogos lalu. Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu. Ramlang – yang pernah mendakwa mendapat banyak tohmahan dan fitnah akibat kehadirannya dalam majlis sumpah itu – juga merancang menceritakan semua pengalamannya kepada umum melalui ceramah dan penulisan berbentuk buku. "Apa pun saya kena bincang dengan peguam saya. Kalau dia bagi lampu hijau, insya Allah," katanya. Peguamnya Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi berkata pihaknya memohon semakan terhadap keputusan Jakim itu di mahkamah jika rayuan semalam ditolak. http://www1.malaysiakini.com/news/97555 |
Jamaluddin: BN boleh bela semua kaum
| Feb 4, 09 7:15pm |
| Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berkata beliau akan menyokong Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri Perak kerana yakin parti itu boleh membela nasib semua bangsa. Katanya, beliau akan menyokong apa-apa keputusan BN di DUN Behrang, demi kebaikan dan faedah rakyat. Biar masa yang menentukan, katanya. Beliau turut menafikan khabar angin kononnya tindakannya menjadi anggota bebas didorong oleh faktor habuan dan sogokan. Beliau mengulangi keputusannya menjadi anggota Bebas dibuat setelah ada tindakan seolah-olah mahu menghalaunya keluar dari PKR. Katanya, ini berikutan tindakan parti itu menghantar surat mengosongkan kerusinya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tanpa berunding dengannya terlebih dahulu. 'Jiwa pada BN' Jamaluddin yakin dapat meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat walaupun beliau anggota bebas kerana percaya para pengundi di kawasannya akan tetap menyokong beliau berdasarkan perkhidmatan yang diberikan selama ini. Sementara itu, Adun Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu berkata walaupun beliau kini merupakan anggota bebas di DUN Perak tapi jiwanya adalah pada BN. "Bebas tapi jiwa pada BN," katanya. Mohd Osman berkata beliau akan memainkan peranan sebagai anggota bebas yang mesra pada BN di DUN Perak. Beliau yakin dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan sebagai anggota bebas kerana tidak dikekang oleh mana-mana parti. Mohd Osman menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini. http://www1.malaysiakini.com/news/97600 |
SPR tak akan kaji semula keputusannya
| Feb 4, 09 2:20pm |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengkaji semula keputusannya berhubung kedudukan dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering dan Behrang yang dibuatnya semalam kerana ia berdasarkan undang-undang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini. Mengulas lanjut hari ini, Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sudut perundangan dan mengikut bidang kuasa suruhanjaya itu. |
Dr M nasihat Pak Lah 'fikir dulu'...
| Feb 4, 09 2:38pm |
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'fikir dahulu' sebelum menerima bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR di Perak menyertai Umno. Beliau mengulas tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) yang keluar parti dan kini menjadi wakil rakyat bebas. |
Ketua bahagian PKR sah bertemu Najib
| Muda Mohd Noor | Feb 3, 09 2:00pm |
Bekas timbalan menteri pertahanan hari ini mengesahkan memang ada pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan seorang ketua bahagian PKR, Fauzi Muda pada 11 Mac tahun lalu, seperti yang didakwa. Dalam akuan berkanun itu, Fauzi mendakwa, pertemuan di kediaman rasmi Najib sejurus selepas pilihanraya umum lalu, melibatkan rundingan RM50 juta untuk memujuk dua wakil rakyat PKR agar menyertai BN. Bawa Fauzi jumpa Najib
"Dari air mukanya (Fauzi) saya percaya dia tidak seronok. Tapi bila saya tanya hasil pertemuan itu, dia kata OK-lah," katanya. Tidak lagi jumpa Fauzi "Tiada tawar menawar' |
Mesyuarat tergempar Pakatan Perak malam ini
| Jimadie Shah Othman | Feb 3, 09 7:24pm |
| Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak akan menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Hari ini, Jamaluddin dan Osman dilaporkan telah keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Seorang Adun PKR memberitahu Malaysiakini, pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu. Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini. Jamaluddin dan Osman yang juga exco kerajaan negeri, sehingga hari ini belum muncul di khalayak selepas cuti sakit sejak pertengahan minggu lalu. Tanpa kedua-dua Adun itu, Pakatan kini mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN mempunyai 27 kerusi. Sementara itu, seorang lagi exco Perak mewakili PKR, Tai Sing Ng berkata, kerajaan negeri belum menerima surat peletakan jawatan dari Jamaluddin dan Osman sebagai exco kerajaan negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, jika ingin keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, mereka hendaklah melepaskan jawatan exco. Tidak hadir di pejabat Jamaluddin memegang portfolio pembangunan usahawan dan koperasi, pertanian dan perdagangan; manakala Mohd Osman pula bertindak sebagai exco pelancongan, pembangunan insan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tai berkata demikian ketika mengulas pendirian Jamaluddin dan Osman yang dilaporkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas hari ini. Ditanya sehingga petang ini sama ada pihaknya dapat menghubungi kedua-dua exco berkenaan, Tai menjawab tidak. Menurutnya, kedua exco terbabit juga tidak datang ke pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak hari ini. Kenyataan ini disokong dua lagi Adun PKR Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Chang Lih Kang (Teja). Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim sebelum ini dilaporkan menolak spekulasi bahawa Jamaluddin dan Osman telah keluar daripada parti itu. Katanya, parti itu tidak menerima sebarang surat mengenai peletakan jawatan mereka dan tiada rekod mengatakan kedua-dua Adun itu masuk parti lain. http://www1.malaysiakini.com/news/97523 |
Laporan polis terhadap Fauzi dan Ngeh
| Feb 3, 09 4:11pm |
Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, kerana didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional. Polis mula siasatan |
Jamaluddin, Osman dilapor jadi Adun bebas
| Feb 3, 09 5:43pm |
| Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dipetik memberitahu sebuah portal berita yang beliau telah keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas. Portal berita itu juga memetik Jamaluddin sebagai berkata, Adun Changkat Jering, Osman Jailu juga telah keluar parti dan kini menjadi Adun bebas. Agendadaily - yang melaporkan telah menghubungi Jamaluddin selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin dan Osman Jailu masing-masing masih Adun Behrang dan Changkat Jering - memetik beliau sebagai berkata, tiada sebab untuknya terus berada dalam parti itu. Manakala Bernama pula memetik Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menolak spekulasi bahawa Jamaluddin dan Osman telah keluar daripada parti itu. "Setakat ini kita (PKR) tidak menerima sebarang surat mengenai peletakan jawatan mereka, tiada rekod bahawa mereka keluar parti dan tiada rekod yang mengatakan mereka masuk parti lain. "Ini bermakna mereka masih lagi ahli parti kita dan tidak ada sebab nak buang mereka dari parti. Kita yakin mereka bersama kita," katanya kepada Bernama hari ini. Agendadaily memetik Jamaluddin sebagai berkata, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu. "Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri. "Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta...Jamal kamu keluarlah," katanya. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 32 kerusi dengan DAP (18), PKR (lapan) dan PAS (enam) manakala Barisan Nasional (BN) 27 kerusi. Dengan Jamaluddin kini menjadi wakil rakyat bebas, kerajaan Pakatan Perak kini mempunyai 31 Adun. Jika Osman mengikut jejak langkah Jamaluddin, maka jumlah Adun Pakatan di negeri itu akan 30 orang dan BN,27 orang dan bebas dua orang. http://www1.malaysiakini.com/news/97514 |
Dakwaan Najib tawar RM50 juta ke SPRM
| Jimadie Shah Othman | Feb 3, 09 12:44pm |
Angkatan Muda PKR hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan cubaan menyogok wakil-wakil rakyat PKR sejumlah RM50 juta. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama timbalannya Mohd Fariz Musa membawa isu yang didedahkan oleh ketua PKR Ipoh Barat yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba memujuknya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak supaya melompat parti. Shamsul tiba kira-kira 12.15 tengah hari ditemani 20 aktivis sayap kanan PKR itu dan mengedarkan kenyataan akhbar kepada media. Beliau dilihat memasuki bangunan tersebut bersama Mohd Fariz dan setiausaha pergerakan itu Zulfikar Ali Ariffin lima minit kemudian. Dalam kenyataannya, Shamsul berkata, pendedahan Fauzi dan Adun PKR Bukit Selambau, V Arumugam menunjukkan kegiatan rasuah "sangat serius dan membahayakan negara". "Angkatan Muda melihat wujud keperluan untuk SPRM bertindak menyiasat Najib bersandarkan kepada dua pendedahan yang telah dibuat semalam oleh Arumugam dan Fauzi tersebut. "Justeru, AMK akan membuat laporan kepada polis dan SPRM secara rasmi demi memperlihatkan keseriusan kes demi kes yang berlaku membabitkan Najib," katanya. Semalan, Arumugam yang juga exco kerajaan Kedah mendakwa ditawarkan sejumlah wang untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya, keluarga dan pegawai-pegawainya. Arumugam mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas sehingga beberapa hari lalu. Malah, tambahnya, perdana menteri melalui kuasa eksekutifnya harus "menggantung tugas Najib bagi memberi ruang yang kondusif kepada SPR untuk menyiasat." Dalam sidang media ringkas setelah membuat aduan berkenaan, Shamsul menjelaskan Fauzi tidak dapat tampil sendiri membuat aduan kerana menghadiri satu program di Perak. Ditanya kenapa AMK hanya tampil membuat aduan setelah hampir setahun cubaan merasuah itu dibuat, beliau berkata, "selama ini perkara itu di luar pengetahuannya". "Jika tahu, sudah tentu kita buat lebih awal. Kita sentiasa konsisten membuat pendedahan sebegini," katanya. Shamsul juga berkata, AMK sedang mengaturkan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi menyerahkan dokumen sokongan berhubung aduan mereka hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin mengakui memang wujud pertemuandengan Najib seumpama digambarkan dalam akuan berkanun Fauzi itu. Di sidang medianya di Ampang tengah hari ini, Zainal bagaimanapun menafikan beliau mendengar tentang rundingan wang seperti didakwa. http://www1.malaysiakini.com/news/97470 |
SPR: Dua exco Perak kekal Adun
| Feb 3, 09 1:00pm |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR. Susulan itu tiada pilihanraya kecil di kerusi itu kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. "Oleh itu, SPR ... memutuskan bahawa kerusi-kerusi tersebut masih disandang oleh kedua-dua Adun berkenaan yang memenangi kerusi-kerusi tersebut pada pilihanraya umum ke-12 lepas," kata Abdul Aziz. "SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi dari pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang-penyandang kerusi berkenaan yang telah dihantar oleh Yang Dipertua DUN Perak itu memandangkkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit sendiri secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuatkuasa," tambahnya. Beliau mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar mengisytiharkan kekosongan dua kerusi itu dengan menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam. Pada hari yang sama, Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa. Surat peletakan jawatan mereka itu diserahkan kepada SPR selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas. Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti." Sebagai reaksi segera terhadap keputusan SPR, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak. Ahli parlimen Ipoh Timur mendakwa, SPR bertindak seolah-olah sebagai mahkamah, "satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik BN." Selepas keputusan SPR ini, kata Lim lagi, "semua pilihan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak harus dipertimbangkan." http://www1.malaysiakini.com/news/97473 |
Umno nafi tawar wang pada exco Kedah untuk lompat
| Abdul Rahim Sabri | Feb 3, 09 1:36pm |
Umno Kedah nafi BN pernah berjanji menawarkan wang kepada Arumugam Vengatarakoo dalam cubaan memancing exco negeri Kedah itu menyertai parti tersebut. |