Monday, November 29, 2010

DAP gesa K'jaan S'gor kaji adakan p'raya PBT

Nov 28, 10 3:15pm

Konvensyen DAP Selangor ke-16 hari ini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan.

Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini.

Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan.

DAP Selangor juga menggesa pemimpin pakatan pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatupadu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini.

Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/149397

Pasukan Teresa menang, Ronnie kecundang

Wong Teck Chi & Joseph Sipalan
Nov 28, 10
1:47pm

Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan (Unity) pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok memenangi tujuh daripada 15 kerusi.

Manakala Pasukan Pelangi (Rainbow) pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

NONETeresa (kiri) dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402

selangor dap convention 281110 teng chang kim meeting delegates

Barisan baru jawatankuasa DAP Selangor itu dilihat menarik kerana wujudnya persoalan sama ada Teresa yang mengetuai kumpulan Perpaduan, boleh diterima pengerusi baru memandangkan beliau berada ditangga ke-11 dengan memperolehi 437 undi.

Di segi senioriti, pilihan yang jelas ialah Teng yang menduduki tangga keempat dengan 504 undi, tetapi agak sukar untuk speaker DUN S'gor dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pasukannya - Pelangi - hanya memenangi lima kerusi.

Bagaimanapun, apa yang mungkin berlaku ialah calon 'bebas' akan "dilamar" pasukan yang menang - seperti yang biasanya berlaku - untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Tiga calon yang mendapat undi tertinggi terdiri daripada calon bebas yang tidak menyertai mana-mana pasukan yang berentap dalam pemilihan DAP Selangor hari ini.

Corak pemilihan para perwakilan agak berubah sedikit dengan kecenderungan mereka untuk memilih calon berkecuali - dengan ADUN Teratai Jenice Lee menduduki tempat teratas dengan senarai pemenang.

ADUN Subang Jaya pula, Hannah Yeoh pula ditempat kedua dengan 644 undi, manakala aktivis air yang juga ahli parlimen Klang, Charles Santiago di tempat ketiga dengan memperolehi 596 undi.

Tempat keempat dan kelima pula dimenangi Teng dan rakan sepasukannya Ng Suee Lim dari pasukan Pelangi. Ng mendapat 498 undi.

Manakala tangga keenam hingga ke-12 pula dimenangi anggota pasukan Perpaduan - iaitu Ean Yong Hian Wah (478), Gobind Singh (478), Tony Pua (463), Lau Weng San (459), Teo Nie Ching (452), Teresa Kok (437) dan Tiew Way Keng (428).

Manakala tiga lagi anggota pasukan Pelangi menduduki tangga ke-13 hingga ke-15. Mereka ialah Ramakrishnan Suppiah (405), Lim Soon Hong (403) dan T Kannan (402).

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

dap selangor convention 281110 teng chang kim ronnie liu lining upPaling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

dap selangor convention 281110 ronnie liu teng chang kim m manoharan votingPerwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam
12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149390

Pembantu: Samy 'masuk' jika ada perebutan kuasa

Nov 28, 10 11:56am

Sungguhpun Datuk Seri S Samy Vellu enggan menerima jawatan penasihat parti selepas menyerahkan jawatan presiden kepada timbalannya, Datuk G Palanivel, tetapi dipercayai beliau akan memantau dengan rapat keadaan dalam MIC, kata pembantunya, lapor Bernama.

Cadangan supaya Samy Vellu menjadi penasihat MIC selepas melepaskan jawatan presiden dibuat oleh sesetengah pemimpin parti itu.

Menurut pembantunya, Samy Vellu akan “masuk” sekiranya ada perebutan kuasa atau sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan parti itu yang Samy Vellu bina sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada 1979 daripada mendiang Tan Sri V Manickavasagam.

“Samy Vellu masih lagi dihormati dan disokong oleh ramai pengerusi cawangan dan bahagian MIC, dan pada pemilihan parti 2012, beliau masih boleh menggunakan kuasanya,” kata pembantunya itu.

Sementara itu, akan memberi pesanan terakhirnya sebagai presiden MIC supaya dikekalkan perpaduan dan kestabilan parti di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu 6 Disember ini.

Dalam ditemuramah oleh stesen radio RTM, Minnal FM Tamil hari ini, Samy Vellu berkata, beliau akan menekankan perlunya parti itu mengekalkan satu kepimpinan berkesan dan memelihara perpaduan bagi memastikan survival MIC.

“Saya mahu mereka (anggota CWC) untuk mengekalkan satu hubungan kerja yang kuat agar parti itu boleh berfungsi secara berkesan,” kata Samy Vellu yang dijangka menyerahkan kepimpinan parti Palanivel tidak lama lagi selepas mesyuarat CWC 6 Disember ini.

Samy Vellu yang sebelum ini mengumumkan beliau akan mempengerusikan mesyuarat CWC kali terakhir pada 6 Disember, juga berkata beliau akan menggesa semua anggota parti memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palanivel untuk memimpin parti tersebut.

Bekas Menteri Kerja Raya itu menyifatkan Palanivel, bekas setiausaha akhbarnya sebagai seorang yang dedikasi dan kuat agama.

"Beliau mungkin tidak sekuat seperti saya memimpin parti, tetapi ada kalanya beliau boleh kuat. Saya percaya beliau boleh menjalankan tugas itu (memimpin parti), dan saya mahu semua anggota memberikan sokongan penuh mereka kepada beliau," katanya.

Samy Vellu berkata perpaduan hendaklah dikekalkan oleh semua pihak dalam parti untuk memastikan MIC terus mewakili masyarakat India untuk memberikan undi kaum India kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Adalah penting bahawa MIC kekal kuat, gigih dan berkesan untuk terus berjuang bagi hak-hak masyarakat itu. Ini hanya boleh berlaku jika ada
kepimpinan yang berkesan dan stabil,” katanya.

Pemerhati berkata kenyataan Samy Vellu boleh dianggap sebagai memberikan ingatan kepada pemimpin pemimpin agar tidak terbabit dengan perebutan kuasa khasnya menjelang pemilihan MIC pada 2012.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/149380

Hapuskan PTPTN, beri biasiswa, gesa AMK

Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10
11:47am

Pemuda PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa.

Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia.

"Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.

"Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini.

Ypkr convention 281110 hallusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian.

"(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan.

Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat".

"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini.

Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut.

Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggo keluarganya.

http://malaysiakini.com/news/149379

Syed Husin disaran ganti Rosmah di Unisel

Jimadie Shah Othman
Nov 28, 10
11:32am

Kerajaan Selangor diminta mempertimbangkan supaya kekosongan kerusi canlesor Universiti Industri Selangor (Unisel) diisi oleh timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang akan bersara daripada jawatannya.

Bercakap dalam Kongres PKR, calon Srikandi Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri.

"Apa nama first lady (wanita pertama) itu? (Hadirin menjawab: Rosmah!) Eloklah Rosmah letak jawatan," katanya dengan nada sinis.

pkr convention 281110 syed husin ali and azmin ali"Kita ada calon yang lebih baik daripadanya, iaitu Dr Syed Husin (kiri) yang boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel supaya beliau menggantikan Rosmah.

Beliau tidak bertanding mempertahan jawatan tersebut. Dalam pemilihan PKR, jawatan itu dimenangi oleh Azmin Ali (kanan gambar atas).

Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu.

Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan yang bangun memberikan tepukan gemuruh.

Sementara itu, Khalid dilihat hanya tersenyum mendengarnya manakala Dr Syed Husin pula hanya menggelengkan kepala di atas pentas.

Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Unisel merupakan institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor.

Sementara itu, Dr Syed Husin ketika diberi peluang diberi ucapan khas sebelum kongres ditangguhkan petang ini berkata "menolak bulat-bulat" tawaran itu.

"Minta maaf, saya rasa ada orang lebih sesuai untuk jawatan itu, tak lain tak bukan, presiden kita (Datuk Seri Wan Azizah Ismail)," katanya.

http://malaysiakini.com/news/149377

'Third force' dalam PKR: BN, Umno sedia buka pintu

Nov 27, 10 4:22pm

BN dan Umno sentiasa terbuka dan bersedia menerima sesiapa pun menyertai parti tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditanya sama ada parti itu sedia menerima golongan 'Third Force' dalam PKR yang tidak puas hati dengan pemimpin mereka.

"Mereka boleh menjadi ahli bersekutu, ahli badan bergabung dan sebagainya. Bererti bahawa kita lebih bersifat terbuka dan inklusif untuk kita dapat menarik sesiapa pun yang minat dengan perjuangan BN atau Umno."

Katanya, kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang khususnya PKR, adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka, lapor Bernama.

"Sama ada mereka jadi "Third Force" atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya, ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, Syed Husin berkata kumpulan berkenaan perlu ditangani
dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan.

Perdana menteri berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

"Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.

Namun, pada masa sama, Najib menafikan bahawa langkah BN membuka keahlian terus itu adalah disebabkan parti berkenaan terdesak untuk mencari pemimpin pelapis.

"Tidak, ini bukan terdesak. Ini bererti bahawa BN sebuah parti yang berubah mengikut masa..ini yang penting. Kita tidak boleh dengan kaedah kita dengan struktur yang lama walhal persekitaran politik sudah berubah.

"Sebab BN perlu menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah...sebuah parti yang segar dan dinamik, bukan parti yang kaku yang tidak sanggup melakukan perubahan," katanya.

Ditanya jika golongan "Third Force" akan berubah dan menyokong BN, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak tahu lagi, ia bergantung,..kita akan lihat perkembangannya tapi ini adalah akibat anggota PKR hilang keyakinan."

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/149335

Perwakilan kesal 'rakan' turut serang Anwar

Jimadie Shah Othman
Nov 27, 10
3:40pm

Terdapat di kalangan "rakan" sendiri yang terlibat dalam "serangan istimewa" bertali arus terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa seorang perwakilan dalam kongres parti itu.

Perwakilan Terengganu Fariz Musa berkata, perkara itu berlaku apabila serangan daripada Umno didakwa gagal memberikan sebarang kesan.

pkr congress 271110 fariz musa"Di blog, Facebook juga sebut Anwar Ibrahim hilang arah, sebab itu perlu ditegur. Kita tak pertikai kebebasan bersuara dan hak mengkritik, tetapi sudah pasti biarlah dalam keadaan beradap.

"Jangan cemarkan parti yang kita sayang," katanya yang juga bekas
timbalan ketua Pemuda PKR sesi lalu.

Berucap membahaskan ucapan dasar presiden dalam kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Fariz (kiri) juga menolak bahawa Anwar berselindung di belakang jawatan ketua umum secara tidak demokratik.

"Anwar Ibrahim bukan angkat diri sendiri, tapi ia dilantik dalam kongres 2007. Yang angkat adalah kita sendiri.

"Ini tindakan yang demokratik kerana diputuskan oleh badan paling atas dalam parti," katanya.

pkr congress 271110 crowdSementara itu, wakil Wanita Winnie Juani pula membangkitkan isu kebanjiran warga asing di negeri itu yang didakwa amat membimbangkan.

"Kalau ini berterusan, suatu hari nanti tidak hairan jika ketua menteri Sabah sendiri terdiri daripada warga asing yang menuntut hak yang sama (dengan rakyat Sabah)," katanya yang juga ketua Wanita Penampang, Sabah.

Sehubungan itu, Winnie meminta Pakatan Rakyat mengambil berat isu itu bagi "mengembalikan maruah dan menyelamatkan Sabah untuk Malaysia."

http://malaysiakini.com/news/149328

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29615:apa-guna-ketuanan-melayu-jika-pencuri-pimpin-negara&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Ekonomi gawat, Pahang akan muflis

Harakahdaily

TEMERLOH, 29 Nov: Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan,” kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.

Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.

"Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.

"Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut," Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.

Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

"Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan," katanya

Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa ‘kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.’

“Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan’, benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN ‘sudah menopaus’.

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri,” selar Tuan Ibrahim.

Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.

“Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.

Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.

“Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.

Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera,” saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.

“Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.

Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar.

Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis,” tambah Tuan Ibrahim.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29614:ekonomi-gawat-pahang-akan-muflis&catid=1:utama&Itemid=50

Pertahan keyakinan rakyat

Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29610:pertahan-keyakinan-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50

Senarai hitam tapi belum dibawa ke mahkamah



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempertikai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenarai hitam pemilik kenderaan yang tidak membayar saman ekor walaupun mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Mahfuz sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar JPJ menyekat pemilik kenderaan yang mempunyai notis saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan keputusan mahkamah.

"Isunya kenapa pihak KDN khususnya PDRM meminta JPJ untuk menyenarai hitam mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tapi belum dibawa ke mahkamah?

"Mereka hanya diberi notis melakukan kesalahan, tidak dibawa ke mahkamah tapi terus dihukum tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Perkara inilah yang dipersoalkan ramai orang," katanya yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Beliau turut merujuk kepada kes dua tahun lalu di Kuching iaitu kes Lim Yew Chong melawan JPJ Sarawak di mana Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak memberikan hak Lim memperbaharui cukai jalannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "saman ekor" yang belum selesai mengikut negeri sehingga kini dan berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan terhadap kes ini.

"Kalau pihak polis nak saman, terus samanlah, tapi jangan sekat pembayaran cukai jalan. Kalau sekat pemilik kenderaan untuk bayar cukai jalan, lagilah mereka memandu kenderaan mereka di jalan raya, lagi banyak masalah yang akan timbul.

"Kalau setiap tahun ada saman ekor ini, berapakah pendapatan kerajaan dan adakah saman ekor ini memberi satu kebaikan kepada pengguna jalan raya. Adakah pemandu akan lebih berhati-hati di jalan raya atau adakah lebih penambahan yang berlaku kepada pelangaran undang-undang?" soalnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam jawapannya bagaimanapun berkata, pengeluaran notis POL 17A itu adalah notis untuk mendapatkan identiti pemilik kenderaan.

Tindakan itu juga didakwa untuk memastikan mereka lebih berhati-hati di jalan raya dan menafikan ianya dibuat secara membuta tuli.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29613:senarai-hitam-tapi-belum-dibawa-ke-mahkamah-&catid=1:utama&Itemid=50

Kenal siapa kawan, siapa lawan


Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Nov: Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan ‘siapa kawan, siapa lawan’ setelah mendapat kuasa pemerintahan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan akan membawa kehancuran kepada diri sendiri.

“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri,” ujarnya ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Justeru, katanya perkara yang penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengenali mereka supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” ujarnya.

Guan Eng juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya dapat mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” ujarnya.

Di samping itu, katanya mereka juga seharusnya menunjukkan prestasi terbaik dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Ini, katanya kerana pemimpin yang bersih, berkemampuan, berilmu dan bertakwa terdapat di dalam Pakatan Rakyat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29612:kenal-siapa-kawan-siapa-lawan&catid=1:utama&Itemid=50

PAS Perak kesal tidak dibenar hadiri sidang Dun

Johari Jaafar

IPOH, 29 Nov: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti persidangan esok.

Ini sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di pejabat PAS negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun esok.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29611:pas-perak-kesal-tidak-dibenar-hadiri-sidang-dun&catid=1:utama&Itemid=50

Kontraktor Melayu Pulau Pinang tidak lembik

Harakahdaily

GEORGETOWN, 28 Nov: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

“Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29607:kontraktor-melayu-pulau-pinang-tidak-lembik&catid=1:utama&Itemid=50

Nurul Izzah undi tertinggi Naib Presiden PKR

Harakahdaily

PETALING JAYA, 28 Nov: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden dengan mendapat 19,543 undi.

Keputusan itu diumumkan pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 parti itu yang diadakan di sini, petang ini.

Keputusan penuh sebagaimana berikut:

Presiden

Datuk Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Mohamed Azmin Ali - 19,543 undi

Naib Presiden

1. Nurul Izzah Anwar – 13,211 undi

2. Tian Chua - 11,744 undi

3. Fuziah Salleh - 8,927 undi

4. Datuk Dr Mansor Othman - 8,576 undi

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

1. Elizabeth Wong - 10,897 undi

2. Dr Badrul Amin Baharom - 9,672 undi

3. Hee Lot Sian - 8,473 undi

4. Khalid Jaafar - 7,889 undi

5. Datuk Johari Abdul - 7,719 undi

6. Abd Rahman Yusof - 7,719 undi

7. Haniza Talha - 7,588 undi

8. Fariz Musa - 7,511 undi

9. Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi

10. Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi

11. Siti Aishah Shaik Ismail - 6,876 undi

12. Ismail Yusof - 6,332 undi

13. Latheefa Koya - 6,242 undi

14. Kesavan Subramaniam - 6,139 undi

15. Shuhaimi Shafiei - 6,095 undi

16. M.R. Summugam - 5,964 undi

17. Yusmadi Yusoff - 5,810 undi

18. S.Manikumar - 5,789 undi

19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi

20. Christina Liew - 5,707 undi

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29605:nurul-izzah-undi-tertinggi-naib-presiden-pkr&catid=1:utama&Itemid=50

Pembeli Sri Hijauan buat laporan polis

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Kira-kira 50 pembeli apartmen Sri Hijauan, Ukay Perdana membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati hari ini ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah selepas tujuh tahun berlalu.

Mereka membuat laporan itu selepas berkumpul beramai-ramai di kawasan apartmen itu mulai jam 10 pagi tadi.

Kira-kira jam 11 pagi polis datang dan menasihatkan mereka agar membuat laporan polis untuk membolehkan mereka membantu.

Ketua Balai Polis Taman Melawati, Cif Inspektor Muhamad Ruslin kemudiannya berjanji kepada mereka untuk menyiasat dan mempertemukan pembeli dengan pihak pemaju.

Mereka telah membeli apartmen berkenaan pada tahun 2003 dari Talam Corporation dan sepatutnya boleh diduduki tiga tahun kemudian selepas perjanjian jual beli ditandatangani iaitu dijadual siap pada tahun 2006.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, pembeli rumah terbabit bercadang untuk memasuki rumah mereka pada 28 November.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berjanji akan mengkaji isu dan mula Disember ini selepas menyelesaikan beberapa kes projek terbengkalai di Selangor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya telah meminta pemaju menyambung perbentungan ke pusat pemerosesan air kumbahan berpusat kerana sambungan sekarang dibuat ke pusat pemerosesan sementara yang telah penuh.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29603:pembeli-sri-hijauan-buat-laporan-polis&catid=1:utama&Itemid=50

Ekspo Cheng Ho berjaya

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29599:ekspo-cheng-ho-berjaya&catid=1:utama&Itemid=50

GeMS untuk tangani gejala sosial

Khaulah Azwar

SELAYANG, 28 Nov: Kira-kira 5.3 juta rakyat di seluruh negara kini hidup di belenggu dengan keadaan yang tidak berapa selamat kerana diancam dengan berbagai tekanan.

Rententan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menggadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) sebagai langkah permulaan.

Menurut Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatan Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal, Insan negeri dalam sesi dailog bersama ketua-ketua kampung dan jabatan serta agensi kerajaan daerah Gombak semalam berkata, program itu merupakan satu permulaan untuk dibentangkan kepada semua yang hadir bagi bersama menangani masalah gejala sosial di negara ini.

Beliau telah meminta kepada semua yang hadir untuk menyediakan pelan induk dengan isi kandungan maklumat terperinci bagi mengenal pasti punca-punca berlakunya gejala sosial, tempat sarang maksiat, pembiakan sarang penagih dadah dan sebagainya di kalangan remaja sekolah dan belia.

Katanya, segala maklumat itu harus diserahkan kepada penghulu dan semua data tersebut kemudiannya akan diketengahkan kepada pegawai daerah yang dilantik sebagai Pengerusi Program Jelajah Generasi Selangor (GeMS) dan seterusnya akan dibawa ke peringkat negeri.

Tamnbahnya, semua data pelan induk di peringkat kawasan dan GeMS harus dihantar kepadanya pada 15 Januari 2011 dengan hasil kerja data yang tepat, bukan sekadar cantik tetapi mahukan data yang terperinci dan sahih.

“Semoga dengan pembentangan ‘master plan’ daripada peringkat kawasan ini kita dapat tahu berapa banyak sarang maksiat, ponteng sekolah, penagih dadah, pembuangan bayi dan sebagainya telah berlaku.

“Dan hasil tersebut kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan dapat membendung masalah gejala sosial yang semakin menular,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri begitu serius untuk menangani gejala sosial dengan mengadakan berbagai program di beberapa kawasan di Selangor.

Jelasnya, antaranya rakyat telah mengikuti kem motivasi pelajar, Program Tuisyen Rayat Selangor (PTRS) , Kelab GeMS IPT, kem pemulihan akhlak dan pemantapan akidah, seminar keibubapaan, kursus jati diri, ceramah dan dailog mengikut kategori usia, kem kepimpinan remaja dan belia, seminar keluarga, kursus literasi komputer, ‘grooming image’ dan kem bina sahsiah.

Semua program tersebut, katanya diadakan untuk mendekati remaja dan belia agar mereka tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.

GeMS yang diadakan semalam adalah satu ‘wake up call’ dan katanya bukan bererti selepas ini tiada jenayah langsung.

“Saya juga ingin menyeru agar rakyat di Selangor memberi kerjasama dengan pihak bertanggungawab sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti tidak sihat wujud di kawasan sekolah dan awam. Peranan ini harus dimainkan semua pihak.

“Mereka harus membuat aduan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya agar masaalah ini dapat ditangani sebaiknya,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29606:gems-untuk-tangani-gejala-sosial&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103

Poligami tidak mudah

POLIGAMI adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah.

Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumah tangga.

Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam.

Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.


Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri.

Melihat kepada peruntukan undang-undang yang begitu ketat sebenarnya sukar untuk suami berkahwin lagi.

Namun, ini tidak bermakna poligami diharamkan. Penetapan undang-undang yang sebegitu rupa digubal supaya hak dan kepentingan isteri sedia ada terjamin dan tidak dizalimi di samping itu juga bagi memastikan bahawa keadilan dapat diberikan kepada isteri-isterinya.

Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.

Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunakan dan imej poligami Islam yang baik dapat dizahirkan.

Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melampiaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi.

Suami yang ingin berpoligami tertakluk kepada syarat boleh berlaku adil antara semua isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.

“Tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri) maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah al-Nisa’;3).


Baginda Rasulullah turut memberi peringatan dengan sabdanya yang bermaksud: “Barang siapa memiliki dua orang isteri dan dia melebihkan salah seorang daripadanya, maka akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dalam keadaan bahunya senget sebelah”.


MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Poligamitidakmudah/Article/index_html

Dipukau Geng Arab

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya rasa bagai dipukau.. pandangan tiba-tiba menjadi kabur dan rasa macam orang bodoh selepas bercakap dengan lelaki Arab itu,” kata mangsa kes curi beg tangan, Noraziah Mat Salleh, 25.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah bank hanya sedar daripada dipukau selepas seorang wanita yang makan berdekatan dengannya di sebuah restoran makanan segera di Masjid Jamek, di sini, memberitahu beg tangannya diambil lelaki Arab itu.


Menurutnya, dia tidak menyangka tindakan meninggalkan sebentar beg tangan di meja makan untuk membasuh tangan menyebabkan dia menjadi sasaran geng pukau warga Arab berkenaan.

“Selepas makan saya pergi ke tempat membasuh tangan, namun tiba-tiba ada seorang wanita Arab menghalang laluan saya dan dia membasuh tangan dahulu. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan saya menunggu dia di belakang untuk membasuh tangan,” katanya.


Menurutnya, dia hairan daripada mana wanita Arab itu datang secara tiba-tiba kerana sewaktu dia makan di situ kelibat wanita itu tidak kelihatan.


“Selepas itu dia hanya mengukirkan senyuman dan saya membalasnya. Kemudian dia beredar dari situ dan saya terus membasuh tangan.

“Tidak lama kemudian datang pula seorang lelaki Arab memberitahu wang saya sebanyak RM2 terjatuh tetapi saya tidak mengambilnya. Pada waktu itu lelaki Arab itu ada membawa beg galas,” katanya.


Katanya, ketika dia hendak kembali ke mejanya, lelaki Arab itu cuba menghalang dan menyuruh dia mengambil wang itu dahulu.

“Saya enggan dan dia memandang tepat ke wajah saya menyebabkan pandangan saya menjadi samar-samar.


“Saya tidak sedar seterusnya apa yang berlaku sehingga wanita berhampiran saya memberitahu beg tangan saya sudah tiada kerana diambil lelaki Arab tadi,” katanya.


Selepas itu baru dia menyedari kehilangan beg tangan mengandungi barang berharga di dalamnya dan berjumpa pengurusan restoran itu untuk melihat rakaman litar kamera tertutup (CCTV), namun dia terkejut selepas diberitahu CCTV itu tidak berfungsi.


Noraziah kemudian membuat laporan di Balai Polis Tun H.S Lee.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DipukauGengArab/Article/index_html

Tipu OKU, warga emas

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Sekumpulan lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum bertemu dengan penerima wang bantuan bulanan terdiri daripada warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dan menyatakan wang diterima golongan itu adalah palsu.

Kumpulan terbabit kemudian meminta mangsa memulangkan wang berkenaan kononnya untuk ditukar kepada wang tulen sebelum melarikan diri.


Pegawai JKM Daerah, R Chitarthany berkata, kumpulan terdiri daripada empat hingga lima lelaki berusia 20-an hingga 40-an memaklumkan kepada mangsa, pegawai JKM tersilap memberi wang palsu kepada mereka.

“Kumpulan terbabit akan pergi ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM dan meminta mangsa menunjukkan kad penerima bantuan.


“Mereka kemudian mengatakan pegawai JKM tersilap memberi wang palsu sebelum bersungguh-sungguh mahu menukar kepada yang tulen,” katanya di Kampung Parit Guntong di sini, semalam. Menurut Chitarthany, sejurus menerima wang berkenaan, kumpulan terbabit terus melarikan diri dan pihaknya sudah mengesan beberapa kes seperti itu di Ayer Hitam dan Parit Raja.


Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis untuk mengesan kumpulan terbabit dan berharap penerima bantuan JKM tidak terpedaya apabila dihampiri individu menggunakan taktik berkenaan.

“Kumpulan terbabit sanggup mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup warga emas, OKU serta ibu tunggal semata-mata mahu mendapatkan wang mudah.


“Kami harap kegiatan mereka dapat ditumpaskan segera kerana jika dibiarkan, lebih ramai akan menjadi mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chitarthany menolak dakwaan beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan pasangan OKU, Ahmad Masri, 71, dan Senah Agil, 70, yang tinggal di Kampung Parit Guntong, Mukim Satu Lubok, Semerah di sini, tidak mendapat pembelaan sewajarnya dalam kejadian anjung dan bumbung rumah dihempap pokok dalam ribut, bulan lalu. “Kiriman SMS itu tidak berasas dan berbentuk fitnah kerana JKM tidak pernah mengabaikan pasangan berkenaan malah bantuan bencana kini sedang diproses.


“Bantuan bencana alam itu akan diserahkan kepada pasangan berkenaan selepas ia diluluskan,” katanya.


Menurut beliau, Ahmad menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM sejak 10 tahun lalu dan pihaknya sedang memproses bantuan bantuan untuk diberikan kepada Senah, yang juga seorang OKU, sebanyak RM150 sebulan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TipuOKU_wargaemas/Article/index_html

Warga emas putih mata barang kemas RM85,000 dikebas

KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang wanita warga emas yang hanya tinggal di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini, mampu menyimpan barangan kemas yang dianggarkan mencecah nilai lebih RM85,000.

Namun tindakan mangsa sengaja menyimpan semua barang berharga itu di dalam bilik tidur, bagaimanapun mengundang padah apabila kediamannya dimasuki pencuri sebelum semua barang berharga terbabit dilarikan, semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman (gambar) berkata, mangsa yang berniaga di Pasar Pekan Sungai Besi, di sini, hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati cermin tingkap rumahnya, di tingkat 14, pangsapuri PPR berkenaan dibuka dan palang besinya di bengkokkan.

Menurutnya, mangsa yang mengesyaki rumahnya dipecah masuk segera membuat pemeriksaan dan terkejut mendapati barang kemas yang disimpan sejak beberapa tahun lalu hilang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WargaemasputihmatabarangkemasRM85_000dikebas/Article/index_html

Dua jalan lepasi azab

Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Wanita ini ada dua pilihan untuk bercerai sama ada secara taklik atau fasakh, tapi lebih mudah ikut taklik,” kata Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian menimpa seorang isteri berusia 29 tahun yang mendakwa menjadi mangsa dera suaminya malah turut diugut bunuh gara-gara sikap panas baran tidak terkawal dan cemburu buta.


Noor Aziah berkata, Islam tidak pernah menghalalkan penderaan dalam rumah tangga dan mana-mana suami atau isteri yang berdepan kes itu secara berterusan hingga mendatangkan kemudaratan, boleh mengambil jalan cerai sebagai penyelesaian terakhir.

“Perceraian memang tidak digalakkan, tapi Islam juga ada menyatakan taklik yang dilafazkan suami ketika akad nikah antaranya menyebut sekiranya dia (suami) lazim menyakiti (memukul isteri) atau meninggalkannya selama empat bulan berturut-turut, maka isteri dibolehkan memohon cerai taklik.


“Jadi dalam kes ini, apabila si isteri mengatakan dipukul suaminya dengan kerap serta mempunyai saksi dan bukti yakni dokumen perubatan, dia boleh mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dan hakim akan mengadili dengan baik.


“Berbanding fasakh yang mengambil masa lebih panjang disamping kemungkinan suami membantah, lebih baik lakukan cerai taklik dengan syarat perlulah sertakan bukti kukuh bagi menyokong permohonan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan Siti, 29, mendakwa suaminya berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkan daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, Melaka, malah turut mengacukan pisau ke lehernya dengan kuat menyebabkan luka pada 4 November lalu.


Mengulas lanjut, Noor Aziah yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata, beliau melihat faktor tekanan dalam hidup berumah tangga antara punca menyebabkan suami isteri bergaduh.

“Dibandingkan pasangan lama dengan pasangan muda kini, jauh bezanya kerana orang lama lebih bijak menyelesaikan masalah dalam keluarga, sedangkan suami isteri sekarang cenderung bergaduh disebabkan tekanan dihadapi tambahan jika dua-duanya (suami isteri) bekerja.


“Apabila tertekan, mana-mana suami atau isteri akan mudah naik tangan dan kalau si isteri buat provokasi lagilah burukkan keadaan. Jadi bukan kita kata kes penderaan dalam rumah tangga isu baru, tapi ia sebenarnya semakin banyak dilaporkan kini kerana kesedaran wanita,” katanya.


Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar, berkata suami yang tergamak mencederakan isteri dan menggugut bunuh mungkin menghidap masalah gangguan impuls yang mengganggu otak.


Katanya, golongan itu juga cenderung mengalami masalah sadistik iaitu memperlihatkan kepuasan berpanjangan selepas melakukan penderaan tanpa mengira rayuan mangsa, justeru wajar dibawa berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duajalanlepasiazab/Article/index_html

Wajib bayar guna 31 panel insurans


MAJIKAN yang tidak membayar caruman skim insurans pekerja asing mulai 1 Januari ini berdepan dengan tindakan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui permit pekerja mereka. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Semua majikan pekerja asing diwajibkan menyediakan premium insurans kesihatan berserta permit pekerja asing mereka menerusi 31 panel insurans berdaftar di Kementerian Sumber Manusia apabila penguatkuasaan skim itu dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, jika majikan gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan selain kementerian tidak meluluskan pembaharuan permit pekerja.

Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan sesi dialog dan perbincangan khusus dengan majikan dan pihak terbabit bagi memberi pemahaman mendalam kepada mereka mengenai pelaksanaan penguatkuasaan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hitachi Charity Flea Bazaar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Keldai dadah RM1 juta

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

PERIKSA...kastam Indonesia memeriksa beg dibawa Anthony, Sabtu lalu.
PERIKSA...kastam Indonesia memeriksa beg dibawa Anthony, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Seperti tidak pernah serik apabila seorang lagi lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai diupah menjadi keldai dadah untuk menyeludup syabu ke negara berkenaan bernilai lebih RM1 juta.

Suspek yang dikenali sebagai Anthony, 24, mendakwa diupah lebih RM5,000 untuk menjalankan tugas maut terbabit dengan menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam beg.


Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, berkata suspek warga Malaysia berkenaan ditahan pihak berkuasa lapangan terbang bandar Udara Juanda Surabaya, jam 11.45 malam Sabtu lalu.

Menurutnya, pihak keselamatan lapangan terbang Surabaya bagaimanapun mengesyaki tindak-tanduk suspek yang mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan lanjut.


“Lebih menghairankan petugas lapangan terbang apabila mendapati suspek tidak membawa beg pakaian besar sebaliknya mengepit beg tangan kecil dan menemui satu bungkusan aluminium yang disembunyikan di dalamnya. “Hasil pemeriksaan menemui serbuk dipercayai syabu seberat satu kilogram,” katanya.


Menurutnya, hasil soal siasat, suspek mengaku diarah sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah berkenaan ke Surabaya dengan upah lumayan.

“Difahamkan, suspek diarah menyerahkan dadah terbabit kepada seorang wanita bernama Devi di Jakarta, Indonesia sebelum diberikan upah dijanjikan. Susulan penahan itu, suspek berdepan hukuman mati atau dipenjarakan 20 tahun di negara terbabit,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah 1, JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata pihaknya sentiasa memandang serius apa juga bentuk jenayah dan cubaan oleh sindiket tempatan mahupun antarabangsa yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit pengedaran dadah.

Menurutnya, walaupun nilai rampasan dadah dan tangkapan meningkat sejak dua tahun lalu, namun sindiket terbabit sentiasa mengubah modus operandi dengan menggunakan lelaki atau gadis warga asing sebagai keldai dadah.

http://www.hmetro.com.my/articles/KeldaidadahRM1juta/Article

Mayat dibuang lepas disembelih


MAYAT seorang lelaki dibawa dengan kenderaan polis selepas ditemui di Kampung Batu, Jinjang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ditikam bertubi-tubi selain lehernya disembelih.

Demikian nasib seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh dengan kejam, mayatnya kemudian dibuang di tepi jalan menuju ke tangki air di Kampung Batu, Jinjang di sini semalam.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui pada pukul 1.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian baju kemeja T belang dan berseluar panjang.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berbadan gempal. Kita juga mendapati terdapat lebih lima kesan tikaman di depan dan belakang badan mangsa selain lehernya disembelih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, polis tidak menemui sebarang senjata di situ dan pihaknya percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum itu.

Menurut Zakaria, setakat ini, tiada ahli keluarga yang datang untuk membuat pengecaman.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Ikat, tikam, sembelih

Ikat, tikam, sembelih
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

KEJAM...mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat.
KEJAM...mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat.

SENTUL: Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dipercayai seorang India Muslim, memakai baju kemeja belang, berseluar panjang, berselipar dan berbadan agak gempal.

“Ketika ditemui, tangan mangsa dalam keadaan terikat ke belakang dengan beberapa kesan tikaman di depan dan belakang badannya.


“Sepasukan pegawai dan anggota polis daerah Sentul yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai dibunuh sejam atau dua jam dengan keadaan tangannya diikat sebelum mayatnya dicampak di kawasan tangki air itu. Lebih mengerikan terdapat kesan mangsa disembelih,” katanya.


Menurutnya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan.

“Kami tidak dapat kesan lagi motif pembunuhan mangsa sama ada kerana dendam atau disamun. Oleh itu saya minta sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga tampil ke Balai Polis Sentul untuk memberi maklumat lanjut,” katanya.


Zakaria berkata, tiada senjata pembunuhan ditemui di tempat kejadian, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum dicampak ke kawasan tangki air itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan lebih dari seorang suspek terbabit. Motif masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ikat_tikam_sembelih/Article

Marah benar suami curang

Marah benar suami curang

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.


Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.


“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya.

“Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan ‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.


“Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya.

“Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.


Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.


Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.


“Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.


“Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.


Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.


“Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.


Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.


Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.


“Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.


Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.


Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.


Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226.

http://www.hmetro.com.my/articles/Marahbenarsuamicurang/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...