Nov 28, 10
1:47pm
Manakala Pasukan Pelangi (Rainbow) pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.
Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.
Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).
Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:
1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402
Barisan baru jawatankuasa DAP Selangor itu dilihat menarik kerana wujudnya  persoalan sama ada Teresa yang mengetuai kumpulan Perpaduan, boleh diterima  pengerusi baru memandangkan beliau berada ditangga ke-11 dengan memperolehi 437  undi.
Di segi senioriti, pilihan yang jelas ialah Teng yang menduduki  tangga keempat dengan 504 undi, tetapi agak sukar untuk speaker DUN S'gor  dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pasukannya - Pelangi - hanya memenangi  lima kerusi.
Bagaimanapun, apa yang mungkin berlaku ialah calon 'bebas'  akan "dilamar" pasukan yang menang - seperti yang biasanya berlaku - untuk  mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Tiga calon yang mendapat undi  tertinggi terdiri daripada calon bebas yang tidak menyertai mana-mana pasukan  yang berentap dalam pemilihan DAP Selangor hari ini.
Corak pemilihan para  perwakilan agak berubah sedikit dengan kecenderungan mereka untuk memilih calon  berkecuali - dengan ADUN Teratai Jenice Lee menduduki tempat teratas dengan  senarai pemenang.
ADUN Subang Jaya pula, Hannah Yeoh pula ditempat kedua  dengan 644 undi, manakala aktivis air yang juga ahli parlimen Klang, Charles  Santiago di tempat ketiga dengan memperolehi 596 undi.
Tempat keempat dan  kelima pula dimenangi Teng dan rakan sepasukannya Ng Suee Lim dari pasukan  Pelangi. Ng mendapat 498 undi.
Manakala tangga keenam hingga ke-12 pula  dimenangi anggota pasukan Perpaduan - iaitu Ean Yong Hian Wah (478), Gobind  Singh (478), Tony Pua (463), Lau Weng San (459), Teo Nie Ching (452), Teresa Kok  (437) dan Tiew Way Keng (428).
Manakala tiga lagi anggota pasukan Pelangi  menduduki tangga ke-13 hingga ke-15. Mereka ialah Ramakrishnan Suppiah (405),  Lim Soon Hong (403) dan T Kannan (402). 
Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas  sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi  dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Sunway hari ini.
Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk  mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan  datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan  sibuk bersalaman dengan mereka.
Suasana kelihatan tenang dan mesra,  manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan  sokongan para perwakilan.Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya  sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang  memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor  itu.
Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu  undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.
Beberapa  perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan  Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka  memilih kombinasi calon pasukan tersebut.Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada  kira-kira jam
12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh  pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit  Siang.
Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa  DAP Selangor.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/149390
 
 
No comments:
Post a Comment