Nov 28, 10
11:32am
Bercakap dalam Kongres PKR, calon Srikandi Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri.
"Apa nama first lady (wanita pertama) itu? (Hadirin menjawab: Rosmah!) Eloklah Rosmah letak jawatan," katanya dengan nada sinis.
Beliau tidak bertanding mempertahan jawatan tersebut. Dalam pemilihan PKR, jawatan itu dimenangi oleh Azmin Ali (kanan gambar atas).
Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu.Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan  yang bangun memberikan tepukan gemuruh.
Sementara itu, Khalid dilihat  hanya tersenyum mendengarnya manakala Dr Syed Husin pula hanya menggelengkan  kepala di atas pentas.
Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan  pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada  pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA.
Rosmah berkata  permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika  berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus  Bestari Jaya di Kuala Selangor.
Unisel merupakan institut pengajian  tinggi milik kerajaan Selangor.
Sementara itu, Dr Syed Husin ketika  diberi peluang diberi ucapan khas sebelum kongres ditangguhkan petang ini  berkata "menolak bulat-bulat" tawaran itu.
"Minta maaf, saya rasa ada  orang lebih sesuai untuk jawatan itu, tak lain tak bukan, presiden kita (Datuk  Seri Wan Azizah Ismail)," katanya.
http://malaysiakini.com/news/149377
 
 
No comments:
Post a Comment