Saturday, December 11, 2010

Pendedahan rahsia paling kontroversi




BERBANDING sebaran berita umum atau propaganda biasa, rahsia besar yang dibocorkan sebenarnya mengundang rasa ingin tahu yang lebih mengujakan. Pendedahan maklumat sulit seringkali disambut dengan persepsi yang pelbagai dan eksploitasi situasi demi mencapai matlamat tertentu.

Perkara itulah yang dikhuatiri berlaku dan akan merubah corak perhubungan diplomatik antarabangsa apabila sebuah organisasi media baru bukan berasaskan keuntungan, WikiLeaks, bertindak mendedahkan pelbagai maklumat berprofil tinggi ke pengetahuan umum.

Organisasi yang memaparkan dokumen sulit daripada sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internetyang dibocorkan itu sudah mula menapak di dalam talian sejak tahun 2006.

Amazing things happen when you say Yes

Dikendalikan syarikat The Sunshine Press, laman itu mendakwa memiliki lebih 1.2 juta data sejak setahun pelancarannya. Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.

Aktivis Internet, Julian Paul Assange, 39, yang bertindak sebagai pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks dipercayai mula mengendalikan laman web itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne, Australia.

Sejak tahun pertama WikiLeaks beroperasi, wartawan dan penerbit berkelulusan doktor falsafah dalam bidang fizik tersebut tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman web ‘panas’ ciptaannya itu telah memancing perhatian global.


PERJUANGAN kebebasan media Assange tetap diteruskan biarpun dia sudah ditahan atas dakwaan jenayah seksual.


Ternyata WikiLeaks mempunyai agenda. Ia sengaja mahu menyuluh wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) melalui pendedahan dokumen-dokumen berkaitan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, WikiLeaks turut membuka pekung AS dengan mengetengahkan insiden pembunuhan penduduk dan wartawan Iraq oleh tentera AS. Negara yang digelar ‘Polis Dunia’ itu kini malu apabila masyarakat antarabangsa sudah mengetahui berhubung penafian ketiadaan laporan rasmi kematian orang awam.

Itu termasuk rekod yang menunjukkan bahawa 66,081 daripada 109,000 kematian di Iraq bukanlah disebabkan pertempuran.

Akhbar The Guardian yang menyiarkan kandungan WikiLeaks juga mendedahkan bahawa banyak laporan penderaan tahanan disokong bukti perubatan. Ia menggambarkan kes tahanan yang dirantai, ditutup mata, diikat pergelangan tangan atau kaki dan digantung malah dirotan, ditumbuk, ditendang atau dikenakan kejutan elektrik.

“Kerajaan AS dan beberapa pemimpin dunia lain menyifatkan pendedahan WikiLeaks tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan keselamatan negara masing-masing.

“Pentadbiran Presiden Barack Obama sedang mencari ruang untuk mengenakan tindakan undang-undang mengenai pembocoran maklumat WikiLeaks,” ujar Peguam Negara AS, Eric Holder yang cuba menutup kudis majikannya.

Tekanan agresif

Berikutan dimalukan, AS telah bertindak mengambil langkah agresif. Sebuah unit khas melalui Jabatan Pertahanan AS dibentuk bagi menyekat penyebaran meluas dokumen rahsia tersebut.

Tekanan mula dirasakan kumpulan operasi WikiLeaks apabila ia terpaksa memindahkan perkhidmatan hos Internetnya ke sebuah alamat baru di Switzerland selepas hos di AS ditutup.

WikiLeaks tidak mahu mengalah dan mahu kekal beroperasi. Malah, kini ia terus aktif melalui alamat barunya iaitu www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland.

Sebagai tindakan susulan, Switzerland pula ditekan AS untuk mengarahkan institusi perbankan miliknya, Swiss Post, menutup akaun yang digunakan WikiLeaks bagi mendapatkan dana dan tajaan dalam talian melalui perkhidmatan PayPal.

Langkah berjaga-jaga

Sebagai langkah survival, sebuah lagi alamat Internet iaitu www.wikileaks.li telah ditempah WikiLeaks dan beroperasi dari Liechtenstein, sebuah negara Eropah kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria.

Selain laman web WikiLeaks menghadapi gangguan teknikal akibat serangan ‘askar’ penggodam yang diupah AS, Assange turut diugut bunuh dan yang mutakhir diburu polis atas pertuduhan mencabul dan merogol wanita.


ANTARA laman web WikiLeaks yang telah ditutup akibat digodam pasukan keselamatan upahan Amerika Syarikat.


Biarpun Assange akhirnya ditahan menggunakan Waran Tangkap Eropah pada 7 Disember lalu, pasukan WikiLeaks kini bersedia menggemparkan dunia dengan pelbagai dokumen yang diyakini bakal membawa gelombang dahsyat.

Sebagai jaminan untuk nyawa Assange, penyelenggara WikiLeaks menggesa komuniti dunia memuat turun sebuah fail bernama Insurance.

Maklumat dalam fail dengan kod rahsia itu akan disebarkan jika Assange dibunuh. Fail bersaiz hampir dua gigabit (GB) itu dikatakan menyimpan beribu-ribu dokumen rahsia AS yang boleh memalukan AS dengan negara-negara sekutunya.

Kemarahan dunia

Mengambil kesempatan ke atas kebocoran maklumat tersebut, Timbalan Menteri Luar Ecuador, Kintto Lucas berkata, negaranya sedia menerima pengasas Assange jika dia mahu tinggal di Ecuador.

Jika itu pelawaan Ecuador kepada Assange, AS kini berhadapan gelombang kemarahan daripada kerajaan-kerajaan asing yang dikritik AS dalam maklumat sulit tersebut.

Menteri Ekonomi Argentina, Amado Boudou pula mengulas, pendedahan WikiLeaks mengenai arahan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat keadaan kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan Presiden Argentina, Christina Kirchner adalah suatu yang tidak wajar.

Bagi bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, pendedahan itu adalah satu ’skandal raksasa’ manakala Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani serta-merta memanggil duta AS selepas rahsia sensitif kedua-dua negara itu terbongkar.

Asange pernah dipetik sebagai berkata: “Negara yang tidak begitu telus seperti Rusia dan China adalah yang paling berpotensi menjalani pembaharuan melalui pendedahan maklumat rahsia ini.”

Mengenai kerajaan dan pasukan keselamatan China yang menyekat kebebasan bersuara, Assange mengulas, hanya kewartawanan dan penulisan sejati mampu mencetuskan perubahan dan itulah yang ditakuti pemerintah China.

Tarikan WikiLeaks

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azmi Hassan memberitahu, selain maklumat sulit AS yang menjadi intipati utama WikiLeaks, pendedahan lenggok bahasa yang digunakan para diplomat adalah satu lagi sebab ia popular.

Katanya, gaya penulisan laporan termasuk surat rasmi dan tidak rasmi daripada diplomat AS yang tidak menggunakan bahasa diplomat boleh menjatuhkan imej negara kuasa besar dunia itu.

“Misalnya, arahan Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat hal peribadi khususnya keadaan kesihatan Presiden Argentina dan ubat-ubatan yang diambil beliau.

“Ia kelihatan sangat remeh dan sinis. Dari segi penggunaan bahasa, saya percaya ia tidak memperlihatkan profesionalisme seorang diplomat,” kata Azmi yang menganggap rahsia sebegitu tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia boleh memberi impak buruk kepada pemimpin dunia, bukan sekadar Amerika Syarikat.

Azmi menambah, apabila dokumen sulit kerajaan AS yang membabitkan hal peribadi diplomat lain atau kutukan langsung terhadap individu berpengaruh didedahkan, konotasi daripadanya memberi impak hebat.

Konsep hipokrit itu, menurut beliau, bertentangan dengan bahasa perantaraan yang cermat seperti yang diuar-uarkan di pentas ceramah AS. Namun, itulah yang menjadi tarikan unik WikiLeaks.

“Semua itu memimpin pembaca dunia untuk mengetahui lebih banyak isu yang dibocorkan. Orang tertunggu-tunggu kandungan seterusnya.

“Walaupun kebanyakan isu diketahui, kemampuan Wikileaks yang membawa terus dokumen rahsia ke mata pembaca menjadikan ia semakin digemari dan malah disokong oleh sesetengah pihak,” ujar Azmi.

Isu Malaysia

Satu lagi tarikan dari aspek pembaca Malaysia adalah penglibatan nama negara ini dalam kandungan dokumen-dokumen berprofil tinggi itu.

“Malaysia juga terkena tempias berikutan isu AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop panduan peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd. yang berpangkalan di Malaysia.

“Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa sedangkan kerajaan kita mengetahui hal itu,” katanya merujuk kepada isu Malaysia yang turut dipetik dalam WikiLeaks.

Beberapa hari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia melaporkan mempunyai maklumat mengenai dua firma Malaysia yang terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China. Hal itu, bagaimanapun, tidak boleh diumumkan sehingga mendapat pengesahan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes itu masih baru dan KDN akan mengambil pendekatan terbaik kerana ia melibatkan keselamatan dalam negara. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi perisikan luar negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan KDN.


MELALUI pelbagai saluran media, orang ramai semakin tertarik untuk mengetahui isi kandungan fail rahsia yang belum didedahkan WikiLeaks.


Jelas Azmi, pendedahan isu-isu seumpama itu boleh memberikan gambaran yang tidak selamat sungguhpun banyak maklumat Amerika dibongkar melaluinya.

Walaupun pembaca melihat maklumat daripada WikiLeaks menelanjangkan tembelang AS yang bersifat talam dua muka, ia tetap mempunyai impak terhadap persepsi orang ramai seterusnya memberi kesan negatif kepada setiap negara yang dihubung kait.

Terus melawan

Meskipun nasib Assange masih belum diketahui, termasuk selepas kegagalan cubaan menjamin oleh golongan selebriti elit, peguamnya Mark Stephens berkata, Assange akan terus menentang ekstradisi yang disifatkan sebagai pengaruh luar terhadap Sweden.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 1,300 laman web salinan WikiLeaks diwujudkan. Kumpulan penyokong tegar WikiLeaks juga berjanji akan terus beroperasi seperti biasa dengan kerjasama pihak tertentu di London dan dari beberapa lokasi rahsia lain.

Dalam pada itu, ribuan penyokong secara terang-terangan menjalankan demonstrasi bantahan dengan menyatakan bahawa penahanan Assange adalah satu pencabulan hak asasi dan kebebasan sivil.

“Sebarang perkembangan mengenai Assange tidak akan mengubah perancangan kami untuk terus melaporkan kebenaran dan mendedahkan maklumat seterusnya.

“Serangan keterlaluan yang sedang kami hadapi sebenarnya datang daripada firma-firma yang tunduk kepada tekanan AS. Saya menyifatkannya sebagai satu konfrontasi jelas terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media,” ujar jurucakap WikiLeaks, Kristinn Hrafnsson.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Perang penggodam WikiLeaks


SKRIN laman MasterCard.com yang digodam oleh penggodam kelmarin.


LONDON - Perang penggodam antara kumpulan pro-WikiLeaks dengan anti-WikiLeaks semakin meluas dengan mangsa terbaru melibatkan sebuah akhbar di Lebanon semalam.

Sebelum ini, laman MasterCard dan Visa digodam oleh kumpulan pro-WikiLeaks.

Kumpulan itu menyokong pengasas laman WikiLeaks yang membocorkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Internet. Julian Assange kini ditahan di Britain atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.

"Kami berasa gembira untuk memberitahu anda bahawa http://www.mastercard.com/ kini tidak berfungsi dan ia disahkan," kata satu mesej di laman Twitter yang dihantar sebuh kumpulan dikenali sebagai AnonOps.

Kumpulan itu menentang sekatan dan tapisan maklumat.

Laman Visa tidak berfungsi pada Isnin lalu di AS dan kumpulan yang sama bertanggungjawan melakukan penggodaman itu.

Bagaimanapun, urusan penggunaan kedua-dua kad itu tidak terjejas.

Sumber-sumber memberitahu agensi berita Reuters bahawa WikiLeaks akan mendedahkan laporan mengenai suspek militan yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo.

Sementara itu, pihak berkuasa pendakwa raya Sweden yang mengeluarkan waran tangkap Assange menyatakan pihaknya telah membuat aduan kepada polis berhubung serangan siber.

Sementara itu, laman web akhbar Al-Akhbar semalam turut digodam selepas ia menyiarkan maklumat rahsia kabel diplomatik AS yang dibocorkan WikiLeaks.

Akhbar itu mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Hezbollah.

Seorang editor akhbar itu, Omar Nashabe berkata, serangan itu adalah yang paling serius sejak akhbar tersebut diwujudkan pada 2006. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond


BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.


STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.

Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.

Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.


PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.


Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.

Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.

Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.

Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.

Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.

Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.

Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Dipenjara 4 tahun kerana RM10


NIK KHAIRUL diiring keluar dari
Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.


KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.

Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.

Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.

Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Syarikat menang saman RM1 bilion


ALLY AZWIN menunjukkan kertas penghakiman kes saman terhadap kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.

Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.

Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.

Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif.

Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Saman: Mustafa sifatkan laporan tidak beretika

Majdan Yahya

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika.

Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan.

“Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.

Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

“Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya.

Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.

Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut.

“Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi.

Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29787:saman-mustafa-sifatkan-laporan-tidak-beretika&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Tidak tahan tanggung rugi


Kewujudan bas RapidKL dikatakan turut menyumbang kepada kerugian operasi 130 syarikat bas henti-henti di seluruh negara sejak 15 tahun lalu. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan kesemua 130 syarikat bas henti-henti di negara ini yang kini mengalami kerugian operasi akibat ketidakadilan dasar sedia ada termasuk saingan daripada syarikat bas yang dikuasai kerajaan.

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, langkah tersebut juga bertujuan untuk membela nasib kira-kira 8,000 pekerja yang mungkin hilang pekerjaan.

Beliau berkata, saingan yang tidak adil dengan syarikat pengangkutan bas kendalian kerajaan terutama bas RapidKL dan RapidPenang semakin memburukkan keadaan.

“Ahli-ahli kami tidak menerima bantuan daripada kerajaan, jadi macam mana mereka hendak memberi perkhidmatan yang baik,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas seluruh negara di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

'Victims' kumpul mangsa rumah terbengkalai

'Victims' kumpul mangsa rumah terbengkalai
Fadzly Esa
Dis 10, 10
7:22pm

Satu kumpulan sedang mengambil inisiatif untuk mengumpulkan semua mangsa rumah terbengkalai di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemaju yang terbabit.

Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Abandoned Property Owners Malaysia (Victims) - mengambil langkah pertama hari ini dengan menganjurkan satu perhimpunan mangsa rumah terbengkalai di Selangor.

abandoned property owners malaysia victims housing project protestUsaha itu mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 220 pembeli dan anggota keluarga mereka yang menjadi mangsa projek rumah terbengkalai berhimpun di kompleks membeli-belah di KLCC petang tadi.

Rata-ratanya mereka terdiri daripada pembeli dari kawasan perumahan terbengkalai di Ukay Bistari, Lestari Puchong, Bukit Jalil dan Lestari Perdana.

Ketika ditemui Malaysiakini, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap projek perumahan mereka yang gagal disiapkan oleh pemaju dengan hadir menyertai perhimpunan itu dianggap simbolik bantahan mereka.

Berlegar-legar

Mereka berhimpun mulai jam 3.15 petang apabila kira-kira 20 pembeli dan anggota keluarga mereka kelihatan berlegar-legar di tingkat satu KLCC.

Kira-kira setengah kemudiannya, mereka bergerak ke medan selera di tingkat 3 untuk menjamu selera sambil berbincang sesama mereka.

abandoned property owners malaysia victims housing project protestMereka juga berbual dengan para wartawan yang hadir membuat liputan perhimpunan tersebut.

Kehadiran mereka turut menarik perhatian para pengunjung ke KLCC yang turut menyatakan simpati terhadap mereka yang menjadi mangsa rumah terbengkalai itu.

Beberapa anggota keselamatan KLCC kelihatan berlegar-legar mengawal keadaan di situ. Perhimpunan itu berakhir pada kira-kira jam 5 petang.

Sementara itu, pengerusi Victims, Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman, dalam kenyataan berkata, badan tersebut ditubuhkan tujuh bulan lalu.

abandoned property owners malaysia victims housing project protest, dr rafikMenurutnya, perhimpunan hari ini diadakan di KLCC sebagai 'hari keluarga simbolik' kerana ia menempatkan menara berkembar di negara ini.

Biasanya, tambah beliau, 'hari keluarga' merupakan hari untuk bergembira, tetapi bukan bagi mereka yang menjadi mangsa rumah terbengkalai.

Katanya, 'hari keluarga' itu diadakan bagi mengingatkan kerajaan di peringkat negeri dan pusat mengenai kewujudan rakyat malang yang telah menunggu sekian lama untuk mendiami rumah sendiri sejak 12 tahun, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan.

"Sebagai rakyat dan pengundi berdaftar, adalah amat malang sekali kerana kami terpaksa melalui kesengsaraan hidup seperti sekarang.

"Statistik rasmi menunjukkan bahawa jumlah projek perumahan yang tergendala semakin meningkat," katanya.

Desak hukuman berat

Malah, beliau menggesa kerajaan supaya melakukan sesuatu untuk melindungi kepentingan para pembeli rumah.

Sehubungan itu, katanya, Victims menggesa kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas yang merangkumi Pejabat Peguam Negara, Polis, Imigresen, Lembaga Hasil Negara dan agensi-agensi berkaitan yang lain, untuk mengambil tindakan syarikat pemaju terbabit.

perpaduan heights abandoned housing project kuala pilah 291008Mohamed Rafick berkata, golongan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan harus dikenakan hukuman yang lebih berat, bukan sekadar didenda sahaja.

Mengenai Victims pula, beliau menyuarakan kekecewaannya kerana permohonan pendaftarannya telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Katanya, selepas tujuh bulan menunggu, ROS menolak permohonan pendaftarannya kerana dibantah oleh pegawai dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kami kesal terhadap ROS yang menafikan hak kami untuk menubuhkan sebuah persatuan yang sah walaupun kami telah memenuhi semua kriterianya," tambahnya.

Malah, katanya, permohonan mereka turut disokong oleh Persatuan Pembeli Rumah.

"Pada masa ini, lebih 15,000 orang dari seluruh Malaysia sedang menunggu untuk menganggotai persatuan ini.

"Kami merayu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya meluluskan segera permohonan kami," katanya.

http://malaysiakini.com/news/150507

ADUN BN maafkan Harakah

Dis 10, 10 5:55pm

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, daripada BN tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbitan PAS, Harakah, berhubung laporan yang didakwa tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, walaupun beliau memaafkan wartawan dan penerbit akhbar berkenaan, tindakannya itu tidak bermakna beliau mengakui laporan itu benar.

NONE"Lebih baik saya beri perhatian kepada agenda pembangunan Melayu Pulau Pinang daripada memikirkan apa yang orang lain kata," katanya kepada Bernama di Georgetown hari ini.

Pada 23 November lalu, Muhamad Farid dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah jika akhbar berkenaan gagal memohon maaf dalam tempoh 14 hari.

Muhamad Farid mendakwa Harakah telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang" pada 10 November lalu.

Harakah dalam laporannya 15 November lalu mendakwa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Harakah juga melaporkan bahawa Muhamad Farid mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

http://malaysiakini.com/news/150498

PAS dakwa surau Al Falah cuba diroboh kerana politik

Dis 10, 10 4:42pm

PAS Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak kerajaan hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kerana unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh Umno dan dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut, lapor Harakahdaily.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul berikutan rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal menguasai surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

surau madrasah al falah kg kerinchiSehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan BN untuk berhadapan dengan kemarahan daripada rakyat khususnya pada pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.

"Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat," katanya.

Sementara itu Pemuda PAS Lembah Pantai mendakwa ada pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Ketuanya, Nasaie Ismail, berkata, apabila pihak surau menghantar memorundum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, mereka telah diminta hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai dengan alasan parti itu akan menjemput wakil DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan pihak pemaju bagi berunding bersama.

"PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan JAWI ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," kata Nasaie.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiSelain itu, beliau turut membidas dakwaan yang menuduh surau Al Falah sebagai surau PAS semata-mata hanya kerana ramai penyokong parti itu bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya. Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," kata beliau.

Isu surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu untuk tujuan pembangunan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kira-kira 80 ahli kariah surau itu yang bimbang tempat solat mereka akan dirobohkan telah bermalam di situ dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Raja Nong Chik supaya surau mereka tidak dirobohkan.

http://malaysiakini.com/news/150486

Terkena peluru sesat, pemandu tuntut pampasan

Terkena peluru sesat, pemandu tuntut pampasan
Regina Lee
Dis 10, 10
2:58pm

Seorang pemandu teksi yang mendakwa terkena tembakan peluru sesat daripada seorang anggota polis menuntut pampasan berhubung keperitan yang dialaminya.

Yeow Leong Kang cab driverYeow Leong Kang, 41, berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika beliau berehat di dalam teksinya di Jalan Pudu.

Beberapa saat sebelum terlena, katanya, beliau dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun. Tiba-tiba dakwanya beliau terasa sejuk dan kebas dan menyedari darah memancut dari kakinya.

Peluru dikatakan telah menembusi pintu kereta bahagian pemandu dan mengenai kaki kanannya manakala serpihan peluru mencederakan khaki kirinya.

Dalam laporan polis, Yeow berkata seorang anggota polis kemudian menghampirinya dan mengarahkannya supaya tidak bergerak dan memaklum kepadanya bahawa ambulan dalam perjalanan.

Di hospital kemudian, seorang lagi anggota polis menghampiriya dan mengakui bahawa dia adalah penembak itu dan memohon maaf berulang-kali.

talking lim lip eng, nurul izzah, Yeow Leong Kang and fong kui loonAnggota polis itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa mereka sedang mengejar kenderaan lain dan Yeow terkena peluru sesat.

Yeow dibenarkan keluar dari hospital dua hari selepas itu tetapi terpaksa terlantar di rumah pangsanya di Cheras. Sepanjang dua minggu berkenaan, anggota polis yang menembaknya menghantar makanan ke rumah pangsanya.

“Tetapi saya tak boleh kerja untuk dua bulan. Saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa ambil 10 minit untuk bergerak dari bilik ke tandas di rumah saya,” kata Yeow kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini.

Beliau diiringi tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini dan berkata dia hanya membuat laporan polis hari ini selepas kejadian dua bulan berlalu kerana hanya mampu berjalan semula dengan betul jumaat lalu, apabila dia kembali bekerja.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150469

Pakatan lancar 'Ubah Sekarang' di konvensyen


Susan Loone
Dis 10, 10
2:32pm

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyennya di Seberang Perai, Pulau Pinang, minggu hadapan.

Penyelaras pentadbiran konvensyen, Mujahid Yusof Rawa berkata slogan itu membawa lima mesej penting kepada rakyat.

Kg Jalan Pokok Asam penangIa termasuk matlamat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang bebas dari rasuah, telus dan mempunyai integriti.

"Kita mahu mendemokrasi dan membebaskan rakyat Malaysia dan membina persaudaraan di kalangan kumpulan berbeza bangsa kerana masyarakat kita sekarang ini tidak bersatu kerana ketegangan kaum dan agama,” kata Mujahid (atas, berbaju merah) kepada wartawan malam semalam.

"Namun, ini tidak bermakna kebebasan mutlak, kebebasan bermakna solidariti bukan anarki.”

Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata apabila Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan, usaha mereka adalah bagi menambahkan pendapatan rakyat kepada RM4,000 sebulan dan masyrakat Melayu pastinya mendapat manfaat.

Gabungan yang ditubuhkan selepas pilihan raya 2008 itu juga menjanjikan keadilan dan sama rata dalam undang-undang serta gaji minimum untuk pekerja.

"Kenapa slogan 'Ubah Sekarang?' Jika kita tidak ubah seklarang, kita hadapi risiko belia kita akan menganggur, gejala rasuah terus berleluasa dan retaknya perpaduan kaum di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang akan menjejaskan keseluruhan sistem,” katanya.

Konvensyen yang dijadualkan pada 19 Disember ini dijadual akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150463

Protes naik harga, tiga siswa ditahan

Protes naik harga, tiga siswa ditahan
Abdul Rahim Sabri & Lee Way Loon
Dis 10, 10
2:30pm

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Diarahkan bersurai

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

students protest against price hike in putrajaya pm's department

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Jaminan polis

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

students protest against price hike in putrajaya crowdPada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.

http://malaysiakini.com/news/150464

DAP Selangor: Ronnie dipinggir, Melayu dilantik

Dis 10, 10 2:06pm

Bagaikan 'jatuh ditimpa tangga', Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan DAP Selangor bulan lalu, hari ini sekali lagi dipinggirkan apabila tidak tersenarai sebagai lima yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti negeri itu.

Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik seorang pemimpin Melayu, Azman Masri ke dalam jawatankuasa kepimpinan negeri itu.

azlanMenurut setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, Ean Yong Hian Wah, kelima-lima mereka menganggotai jawatankuasa itu yang bermesyuarat buat kali pertama semalam. Barisan AJK baru itu dipilih dalam konvensyen DAP negeri sebelum ini.

"Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang).

"Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

azlanDalam pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan berada di tangga ke-11 daripada 15 yang terpilih menganggotai jawatankuasa negeri itu.

Jawatan lain adalah Tony Pua (timbalan pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (naib pengerusi), Ean Yong Hian Wah (setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan setiausaha), Hannah Yeoh (bendahari), Lau Weng San (setiausaha program), Teo Nie Ching (penolong setiausaha program), Jenice Lee (setiausaha publisiti), Lim Soon Hong (penolong setiausaha publisiti), Tiew Way Keng (pengarah pendidikan politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S Ramakrishnan, T Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.

Pada 28 Nov lalu, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP Selangor.

Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam semalam, masa depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja pusat.

http://malaysiakini.com/news/150460

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa
Aidila Razak
Dis 10, 10
11:55am

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung dari 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

transparency international global corruption barometer 101210Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan ahli parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.

Kaji selidik itu juga menunjukkan 48 peratus responden percaya bahawa tindakan kerajaan memerangi rasuah sangat berkesan berbanding 28 peratus tahun lalu.

"Ini merupakan perubahan drastik dari tahun sebelum ini di mana 67 peratus berpendapat tindakan kerajaan tidak berkesan berbanding tahun ini dengan hanya 20 peratus responden berpendapat bahawa tindakan kerajaan perlu ditingkatkan,” petik laporan itu.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150446

Barang naik: Siswa berbaju hitam di masjid Putrajaya

Barang naik: Siswa berbaju hitam di masjid Putrajaya
Dis 10, 10 11:34am

Tidak kurang 200 mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang akan mengadakan perhimpunan aman di Masjid Putrajaya bagi membantah kenaikan harga bahan api dan gula selepas solat Jumaat hari ini.

Jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Ahmad Syukri Kamarudin berkata semua mahasiswa diminta untuk berpakaian hitam sebagai tema bantahan mereka terhadap kenaikan 4 dalam 1, minggu lalu.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja laut crowdKatanya antara mahasiswa yang akan terbabit dengan bantahan hari ini adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Menurut Ahmad Syukri, selain berhimpun, beberapa pemimpin pelajar akan menyampaikan ucapan sebelum mereka berarak untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kemudian empat orang pelajar akan bertemu dengan wakil perdana menteri untuk menyerahkan memorandum itu. Wakil perdana menteri sedia menerimanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mahasiswa berbaju hitam itu juga akan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan berhubung kenaikan bahan api dan makanan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

http://malaysiakini.com/news/150442

Saham Umno: Rahman diarah bayar RM10 juta

Hafiz Yatim
Dis 10, 10
11:17am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin membayar RM10 juta kepada bekas pengarah Realmild Sdn Bhd, Datuk Khalid Ahmad.

Selain itu, hakim Mary Lim juga mengarahkan Rahman membayar kos sebanyak RM70,000.

Abdul Rahman MaidinDalam penghakiman lisannya, Lim berkata defenden (Rahman) (kanan) bukan pendatang baru tetapi aadalah seorang tokoh korporat yang berpengalaman.

Katanya, mahkamah mengakui peranan Khalid dalam penubuhan Realmild dan pemilikan lima peratus sahamnya dalam syarikat itu yang menjadi pertikaian kedua-dua pihak.

Realmild dibentuk pada 1991 dan menguasai Malaysian Resources Corporation Bhd.

"Kes plaintif diperkuatkan dengan pengakuan (bekas pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd) Datuk Seri Ahmad Nazri Abdullah yang juga seorang daripada ahli yang menubuhkan Realmild dan membeli konglomerat media itu daripada Renong," katanya.

Menurut hakim kelemahan defendan kerana tidak memanggil saksi untuk mempertikaikan saham lima peratus saham yang dimiliki oleh Khalid adalah faktor yang menyebabkan beliau mencapai keputusan berkenaan.

Khalid AhmadRahman diwakili oleh peguam Alex de Silva dan Eugene Jayaraj Williams, manakala peguam Ahmad Fadzil Mohd Perdaus bertindak bagi Khalid Ahmad (kiri).

Khalid, bekas pengarah Realmild dan bekas pengarah urusan NSTP, mendakwa beliau memiliki lima peratus saham Realmild dan menerima tawaran Rahman untuk membeli saham yang dimilikinya itu.

Katanya, Rahman telah membayar RM5 juta dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa jumlah keseluruhan sahamnya itu akan dijual pada harga RM15 juta, meskipun pada awalnya nilai berkenaan diletakkan pada RM30 juta.

Menurut Khalid, harga RM15 juta itu dipersetujui selepas beliau menerima RM5 juta sebagai sebahagaian daripada bayaran daripada Rahman manakala bakinya akan dijelaskan dalam tempoh setahun.

Katanya, beliau telah berkali-kali meminta Rahman membayar baki RM10 juta itu tetapi Rahman gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut bayaran RM10 juta itu bersama faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan bayaran lain yang difikirkan setimpal oleh mahkamah.

Rahman dalam kenyataan pembelaannya mendakwa saham berkenaan dipegang bagi pihak Umno dan dia diarah menyerahkan pemilikannya dalam Realmild kepada Datuk Seri Syed Anwar Jamullail, adik kepada Raja Perlis.

Justeru, katanya jumlah itu tidak sah atau satu kesilapan dan menuntut supaya bayaran RM5 juta yang dibayar kepada Khalid dikembalikan kepadanya kerana beliau telah kerugian.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150438

Bawa barang guna minyak, bukan air liur

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.

Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.

Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.

Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.

“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.

Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.

Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.

Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29791:bawa-barang-guna-minyak-bukan-air-liur&catid=1:utama&Itemid=50

Memo: 3 mahasiswa ditahan polis dibebaskan

Hazayani Zakaria

PUTRAJAYA, 10 Dis: Tiga pemimpin mahasiswa yang ditahan polis selepas berjaya menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang kepada Jabatan Perdana Menteri telah dibebaskan jam 6.15 petang ini dengan jaminan mulut sehingga 23 Disember jika ada perbicaraan.

Mereka ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Mereka ditahan polis selepas dihalang berkumpul di luar Masjid Putrajaya selepas selesai menyerahkan memorandum kepada wakil JPM, Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Pada awal lagi polis menghalang mereka daripada mengadakan perhimpunan dan melaungkan sebarang slogan sebaliknya hanya membenarkan tiga daripada kira-kira 100 yang hadir untuk masuk menyerahhkan memorandum.

Namun dalam perjalanan ke JPM, mereka sempat melaungkan slogan 'Student Power' dan Shukri menyatakan rasa kesal kerana pihak polis enggan membenarkan mereka menyamnpaikan maklumat kepada rakyat menggunakan pembesar suara.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Hassan ditemani Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM) Shazni Munir dan Ridzuan masuk menyrahkan memorandum.

Sementara menunggu Abdul Moin, Syazwan sempat bercakap kepada media mengenai memorandum tersebut.

Ianya mengandungi empat tuntutan antaranya mahu gaji Menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurangkan kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Gamis juga mahu subsidi barangan yang telah dipotong dikembalikan semulaserta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mereka juga mahu Menteri yang memberikan jaminan bahawa tiadanya kenaikan harga minyak tahun ini bertangggungjawab di atas jaminan yang dibuat itu selain mengkaji semula dasar berkaitan tenaga untuk menghasilkan satu dasar yang bersepadu memandangkan bahan bakar dan tenaga saling bergantung.

Dalam pertemuan kira-kira lima minit itu, Abdul Moin berkata beliau akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas selesai penyerahan itu, mereka meminta kebenaran untuk berkumpul namun tidak dibenarkan pihak polis termasuk polis berpakaian preman.

Difahamkan, Ridzuan ditahan ketika beliau meminta kebenaran untuk berucap diikuti Shukri yang cuba menghalang polis daripada menahan Ridzuan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya manakala Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10.

Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

LIHAT VIDEO:
Mahasiswa serah memo Bantah Kenaikan Harga Barangan
Serah memo: Tiga pemimpin mahasiswa ditangkap

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29786:memo-3-mahasiswa-ditahan-polis-dibebaskan&catid=1:utama&Itemid=50

Khir Toyo korban PRU 13

Muhayat Jasmin

JERAI, 10 Dis: Pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed KhirToyo merupakan agenda terancang Barisan Nasional (BN) bagi mencapai aspirasi mereka untuk menang menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, dakwa Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar.

Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, Khir menjadi mangsa politik BN yang terpaksa dikorbankan menjelang pilihan raya yang akan datang.

"BN cuba pamerkan imej bersih mereka dengan mengorbankan Ketua Pembangkang dalam Dun Selangor. Melalui cara ini BN mahu buktikan kepada rakyat mereka seolah-olah telus dalam membasmi rasuah dan penyelewengan," katanya.

Justeru beliau mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan sendiwara ini dan menggesa menolak BN dalam pilihan raya akan datang untuk memastikan perubahan lebik baik berlaku dalam negara.

Katanya, BN tidak mampu menyelesaikan masalah rasuah kerana mereka telah bergelumang terlalu lama dengan penyelewengan yang melibatkan sebahagian besar dari pemimpin mereka.

"Penyelewengan - penyelewengan yang berlaku sejak dahulu khususnya waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah pernah dibongkar dan diambil tindakan walaupun berpuluh - puluh aduan maupun laporan polis dibuat.

"Kes Khir Toyo ini langsung tidak menunjukkan mereka (BN) serius melakukan perubahan, ini hanya kes terpilih sama seperti beberapa kes sebelum ini yang disendiwarakan untuk tujuan politik," ujar beliau mengulas isu Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah.

Khir Toyo, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Bagaiamanapun beliau dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang turut didakwa tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut yang dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh hari ini.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Dipihak Pakatan Rakyat khususnya, pendakwaan terhadap Khir Toyo masih dilihat sebagai usaha Umno dan BN memulihkan imejnya menjelang saat-saat pilihan raya umum yang dijangka hanya tinggal beberapa bulan lagi.

Pendakwaan terhadap Khir Toyo disifatkan sama dengan pendakwaan terhadap Eric Chia dan Kasitah Gaddam yang pernah diwar-warkan sebagai kes berprofil tinggi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan menentang rasuah ketika diawal pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dalam kes Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Eric Chia yang dikatakan skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan iaitu melibatkan RM76.4 juta, berakhir dengan keputusan mengejutkan rakyat apabila mahkamah membebaskan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain yangt turut mengulas perkembagan kes Khir Toyo berkata, strategi politik BN sudah boleh dibaca iaitu menjadikan satu atau dua jerung besar sebagai mangsa menjelang pilihan raya.

"Walau bagaimana pun rentak tari BN, rakyat tidak akan mudah terpedaya. Yang jelas Umno dan BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa pemerintahan dalam negeri dan juga negara.

"Pakatan Rakyat (PR) optimis, kekuatan yang terhad dimiliki oleh Umno dan BN itulah yang memaksa mereka bertindak sedemikian terhadap Khir. Bagi Umno dan BN siapa yang menjadi mangsa tidak menjadi keutamaan mereka. Kemenangan dengan apa jua cara sepertimana yang mereka lakukan di Perak adalah agenda utama, " katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29784:khir-toyo-korban-pru-13&catid=1:utama&Itemid=50

DAP Selangor lantik Melayu, Ronnie hilang

Harakahdaily

PETALING JAYA, 10 Dis: DAP Selangor telah melantik lima anggota baru kedalam Jawatankuasa Negeri termasuk seorang Melayu, Azman Masri, namun Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu tertinggal dalam senarai pimpinan negeri kali ini.

Menurut Ean Yong Hian Wah (gambar), Setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, kelima-lima mereka dilantik dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam, setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.

Mesyuarat itu diadakan buat pertama kali selepas kesemua mereka dipilih oleh konvensyen DAP Selangor yang adakan sebelum ini.

Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang).

Barisan penuh DAP Selangor adalah Teresa Kok (pengerusi), Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan Politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.

DAP Selangor juga telah menubuhkan tiga biro iaitu undang-undang yang diketuai oleh Ganatirau Veraman, Buruh dan NGO (Chandra Mohan) dan Kemiskinan Bandar dan Pekerja Ladang (S Ramakrishnan)

Mereka juga memutuskan untuk turun menemui ahli di peringkat akar umbi bagi memperkemaskan DAP mulai awal tahun depan.

"Langkah ini juga dibuat untuk mempersiapkan parti menjelang pilihan raya umum akan datang," kata Ean Yong.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29781:dap-selangor-lantik-melayu-ronnie-hilang&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...