Friday, September 5, 2008
Jawaban Mahathir terhadap Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas daripada Shaharir
Friday, August 29, 2008
jawaban kpd Dr. Mahathir tentang bahasa Inggeris
Jawaban Mahathir terhadap Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Dan Jawaban Balas daripada Shaharir
(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya (dan dikirimkan) pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu)
Mahathir 1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan
Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
Jawaban Shaharir:
Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO!?
Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana jelas makna “semangat kebangsaan” beliau berbeza daripada kebanyakan orang; dan makna “utamakan bahasa” beliau juga amat berbeza daripada sesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat lojik yang betul tetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap.
Umpamanya “semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa” tetapi beliau menterbalikannya “orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orang yang tidak bersemangat kebangsaan”. Lojiknya betul tetapi beliau menyelewengkan makna “bangsa” pula kerana beliau tidak menerima “bahasa menunjukkan bangsa” atau lebih dalam lagi “bahasa jiwa bangsa”. Lagi satu, “Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lain berada ditangga bawah”, atau terbaliknya “Orang yang tidak meletakkan bahasa lain ditangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasa sendiri”; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secara lojiknya betul ini dengan mengatakan “Orang yang ingin menguasai bahasa lain tidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri”. Betul, tetapi dia menutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu, sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukan sahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri atau mematikan langsung bahasa sendiri. Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidak membenarkan bahasa sendiri digunakan dalam sains dan matematik itu kerana dasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah berada di aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalam bahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepadas hakikat ini.
Mahathir 2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.
Jawaban Shaharir:
Baiklah.
Mahathir 3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.
Jawaban Shaharir:
Pertama: Seperti yang disebut di atas,Dr. Mahathir memang berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan). Sudah pastinya bangsa B ini akan menentang sekeras-keras kepada pemimpinnya yang mahu menjadikan bahasa bukan bahasa B sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik, walaupun hujah yang muluk-muluk dapat diutarakan akan kewajaran dasar itu. Di Malaysia ini suku kaum China umpamanya tidaklah begitu marah kepada Dr. Mahathir dengan dasar pendidikannya itu kerana Dr. Mahathir telah bertindak lembut terhadapnya dengan membenarkan bahasa Cina juga boleh terus digunakan. Kalau dia berkeras sama seperti terhadap suku kaum Melayu, maka Dr. Mahathir layak dituduh “tidak bersemangat kebangsaan Malaysia” oleh semua kaum di Malaysia. Nasib baik Dr. Mahathir tidak mendapat tentangan yang keras daripada orang Melayu (UMNO terutamanya) pada masa dia berkuasa dahulu kerana sifat Melayu UMNO yang feudal (“Ketua mesti betul!”).
Kedua dan ini lebih penting lagi: Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dia juga sengaja membuat andaian yang salah, dan diulang-ulangnya pada mana-mana kesempatannya, bahawa orang bersemangat kebangsaan tidak hirau bahasa lain dan tentu maksudnya bahasa Inggeris, malah kadang kala ditegaskan nasionalis ini tiak mahu orang lain menguasai bahasa Inggeris dan Berjaya seperti nasionalis itu. Sungguh jahat! Dia sengaja cuba memfitnahkan bahawa selama 30 tahun lebih ini orang Malaysia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri (tentu bahasa Melayu maksudnya) tidak berjaya dalam sains dan matematik dan tiada fasih berbahasa Inggeris ke tahap yang sewajarnya.Semua ini semata-mata prangsangka buruknya sahaja atau kejahilannya mengenali ahli sains dan matematik Malaysia selama ini. Tentunya apabila kita kata “ahli sains dan matematik Malaysia” ini bermakna orang Malaysia yang dahulunya belajar sains dan matematik sekolah hingga universiti dalam bahasa Melayu, atau sekurang-kurang belajar sains dan matematik sekolah dalam bahasa Melayu tetapi kemudian berkarya ilmu sains atau matematiknya di arina antarabangsa (menerbitkan karyanya dalam jurnal atau pascasidang dalam bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu). Ahli sains dan matematik ini sudah ribuan banyaknya! Tentunya kita belum berjaya mendapat Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Hadiah Nobel boleh dimenangi oleh orang yang tidak berapa tahu bahasa Inggeris pun! Telaahlah senarai pemenang Hadiah Nobel ini. Lagi pun, adakah Negara Membangun yang memang dasar pendidikannya semuanya sejak tadika bukan dalam bahasa sendiri, tetapi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, yang diagungkan oleh pemimpinnya masing-masing, selama ini sudah melahirkan ahli sains atau ahli matematik yang menerima hadiah sains atau matematik yang besar-besar yang mungkin menjadi kayu ukur Dr. Mahathir ?
Mahathir 4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?
Jawaban Shaharir:
Ini Dr. Mahathir sengaja menyelewengkan maksud hadith ini sahaja. Dia pun memang tahu! Pemimpin Zaman Tamadun Islam dahulu, apatah Nabi Muhamad SAW, tidak pernah mengajar orang-orang di Timur Tengah atau di wilayah tamadun itu dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa “China” (atau Hindia atau Yunani dsbnya) walaupun mereka tahu dalam bahasa-bahasa itulah ilmunya tinggi pada masa itu. Hadith ini semua orang tahu maksud sebenarnya cuma sengaja dipermainkan oleh Dr. Mahathir untuk membodohkan orang Malaysia yang disangkanya sebahagian besarnya masih boleh diperbodohkan begitu. Hadith ini memang telah pun kita laksanakan sejak zaman Tun Razak dahulu lagi. Dr. Mahathir meneruskan tradisi ini dengan mengukuhkan lagi melalui penghantaran pelajar ke negara-negara yang sistem pendidikannya sains dan matematiknya bukan dalam bahasa Inggeris sekali pun; dan ini dapat dilakukan dengan jayanya walaupun sistem pendidikan kita dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Mahathir 5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.
Jawaban Shaharir:
Ini betul dan memang menjadi hukum pembinaan tamadun. Malangnya kita (terutamanya pada zaman Dr. Mahathir berkuasa) tidak percaya pada hukum ini, lalu lambatlah kita membina pusat terjemahan yang boleh melaksanakan hukum itu. Pada akhir-akhir regimnya sahaja barulah ditubuhnya (atas desakan puluhan tahun) Institut Tejemahan Negara tetapi belum pun sempat bergerak, Institut itu dijadikan tak relevan olehnya dengan menjadi bahasa Melayu, bahasa yang haprak, yang tidak layak membawa ilmu, menerima ilmu, mengungkap ilmu dan dibangunkan menjadi bahasa ilmu. Kononnya kita lupakan dahulu bahasa Melayu, kita ajar semua dalam bahasa Inggeris dan lepas itu baru ramai yang boleh terjemah seperti yang cuba dibayangkannya berlaku di dalam Tamadun Islam itu. Dr. Mahathir sengaja memutar belit fakta. pendidikan sains dan matematik (apa ilmu pun) pada Zaman Tamadun Islam itu bukan dalam bahasa ilmu masa itu (yang disebut oleh Dr. Mahathir bahasa Yunani). Bahasa ini diketahui oleh segelintir sarjana pada masa itu, dan sarjana-sarjana inilah yang dimobilisasi oleh khalifah untuk melaksanakan gerakan penterjemahan besar-besaran itu. Penterjemahan ilmu ke dalam bahasa sendiri oleh para sarjana dan pendidikan dalam bahasa sendiri dilakukan serentak! Model Dr. Mahathir, kalau betullah begitu model dan wawasannya, iaitu “tinggal dahulu bahasa sendiri dan kemudian apabila sudah maju dalam bahasa asing maka barulah kita kembali kepada bahasa sendiri”, adaslah satu wawasan di kahyangan. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah tamadun di mana-mana dan isya Allah mustahil berlaku pada masa akan datang (walaupun kita masih boleh bermain-main melaungkan “Malaysia boleh”!). Sebenarnya, sejak awal lagi dan semakin ramailah orang sangsi akan “niat murni” Dr. Mahathir yang ingin memajukan bangsa Melayu dengan dasar seperti lamunannya itu… Katanya “dia sebenarnya mahu bangsa ini menghayati bahasa Inggeris sahaja …. Dia sebenarnya terpesona dengan gaya Inggeris…Kalau akhirnya orang Malaysia tak pandai sains dan matematik pun tak apa, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rata-rata petah berbahasa Inggeris…. “biar pape ase bergaye”….(“pape” dalam ilmu tetapi tetap boleh “bergaye” semacam mat saleh!). Dia tak mahu macam Jepun yang tak tahu bercakap Inggeris!”. Yang lain lagi menuduhnya dasarnya beliau itu sebenarnya dimotivasikan oleh kehebatan implikasi kewangannya sahaja!
Mahathir 6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.
Jawaban Shaharir:
Setuju! Namun dia perlu berhati-hati dengan ungkapan “percaya kepada kuasa-kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam” itu kerana Islam juga mewajibkan umatnya percaya kepada benda ghaib (Jin, Syaitdan, Malaikat dan Yang Maha Berkusa). Satu daripada kelemahan besar sains sekarang ialah tidak mengiktiraf makhluk yang gaib ini dan berpegang pada falsafah Tabiisme atau lebih teruk lagi ateisme.
Mahathir 7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.
Jawaban Shaharir:
Betul! Tetapi orang yang telah ada asas ilmu seperti (pada masa iyu) para paderi itu memang sepatutnya demikian. Semua bangsa yang ingin maju demikiannlah. Selama ini pun, pada tahap tertentunya, kita, iaitu para rakyat yang berpengetahuan lebih tinggi daripada orang awam mempelajari sesuatu bahasa untuk mencungkil ilmu dalam bahasa itu. Cuma tahap keghairahan kita tidak sama dengan mereka di Eropah dahulu… itulah satu drp puncanya kita lambat maju sehingga Dr. Mahathir menggelabah dan tidak sabar untuk melakukan sesuatu tetapi tersalah fikir atau langkah itu. Beliau tidak mendapat iktibar sepenuhnya daripada sejarah Tamadun Eropah itu sendiri.
Mahathir 8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.
Jawaban Shaharir:
Selama ini kita tidak demikian; dan kerajaan di bawah Dr. Mahathir dahulu sekali-kali tidak menggalakkan para ilmuwan Malaysia melakukan seperti yang berlaku di Eropah itu. Ilmuwan kita mengejar apa yang Dr. Mahathir impikan (menerusi wawasan kahyangannya yang bergaya itu). Inilah hasilnya…. kita ada “sarjana” (ribuan banyaknya dalam satu-satu bidang seperti sains matematik, sains hayat, kejuruteraan… ) yang tidak pernah menterjemah hingga tamat usianya! Penyelesaian daripada Dr. Mahathir ialah “paksa semua orang belajar dalam bahasa Inggeris”… lupakan terjemahan..lupakan bahasa sendiri.. apa tujuan Dr. Mahathir bawa sejarah Tamadun Islam dan Tamadu Eropah itu?!
Mahathir 9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.
Jawaban Shaharir:
Ini tidak berapa betul! Sarjana-sarjana Eropah dahulu yang menguasai bahasa Arab itu sama ada mereka sudah pun berilmu dalam bahasa Latin atau mereka belajar ilmu dalam bahasa Arab dan Latin (dwi-bahasa) hanya di peringkat universiti sahaja. Di sekolah umpamanya mereka tetap belajar dalam bahasa mereka sendiri atau bahasa Latin (walaupun pemimpinnya sedar Latin ialah bahasa yang mengandungi ilmu yang lebih inferior daripada yang ada di dalam bahasa Arab) tetapi mereka berwawasan dan beriltizam membina ilmu untuk bangsanya dalam bahasa Latin (bahasa jiwanya, bahasa rasmi agamanya). Akhirnya mereka agak berjaya sehingga pada satu tahap, malah dapat mengalahkan sains Tamadun Islam kerana kealpaan umat Islam, tetapi yang masih tidak memuaskan para pemimpin mereka sehinggalah masing-masing bangsa di Eropah itu membangun ilmu dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Apa yang Dr. Mahathir belajar daripada sejarah Eropah ini? Lagi sekali Dr. Mahathir pandai membuat kesimpulan yang pendek itu untuk mengelirukan rakyat yang pernah berada di bawah telunjuknya dahulu.
Mahathir 10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.
Jawaban Shaharir:
Ayat pertama itu tentu mungkin dan patut! Tetapi ayat kedua itu berniat jahat semata-mata! Dia tahu ayat kedua itu tidak pernah berlaku pada orang Inggeris pun. (Sarjana Inggeris masih menterjemah buku atau makalah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, malah jauh lebih banyak daripada kita lakukan selama ini). Kita sebenarnya sudah buktikan selama 30 tahun lebih ini bahawa “segelintir” itu agak banyak sehingga jika dasar kerajaan di bawah Mahathir dahulu berwawasan yang tepat keadaan bangsa kita sekarang lain daripada yang ada sekarang ini.
Mahathir 11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.
Jawaban Shaharir:
Dr. Mahathir membuat rumusan yang melulu untuk menegak benangnya yang basah atau tujuan mencapai hasrat yang dicita-citanya yang tersasar itu sahaja. Dr. Mahathir tidak membuat kerja rumah yang cukup. Apa bezanya sains dan matematik yang di ajar di sekolah dan universiti (ijazah pertama) sekarang dengan zaman beliau dahulu (50 tahun dahulu)?. Kalkulus yang diajar di sekolah dan di universiti sekarang ialah ilmu abad ke-17 dan ke-18 dan tidak berubah sebab perkara itu masih tetap menjadi asas yang perlu. Begitu juga dengan asas-asas fizik, kimia dan biologi. Yang berbezanya hanyalah aspek pengiraan dalam ilmu-ilmu itu kerana 50 tahun dahulu komputer belum ada, malah ilmu sains komputer dan teknologi maklumat amnya belum ada. Namun dalam bidang pengiraan (sains komputer dan teknologi maklumat amnya) di peringkat asasnya yang perlu diajar di sekolah atau di universit peringkat pertama tiadalah perubahan sepantas yang cuba ditakut-takutkan oleh Dr. Mahathir itu. Dia sengaja memomok-momokkan orang seperti menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita-cerita hantu-jembalang sahaja yang pencerita itu sendiri tidak pernah mengalaminya!Benar kadar perubahan ilmu sekarang jauh lebih pantas daripada abad ke-15 dahulu tetapi kadar kemampuan pelajar dan guru serta penyelidik sekarang menangani perubahan ini juga demikian, senahagiannya kerana teknologi juga. Jadi kesannya yang sebenar tidaklah menakutkan seperti yang cuba ditakuti oleh Dr. Mahahtir. Jika gambaran Dr. Mahathir itu benar, semua negara terutamanya negara-negara di Eropah tidak akan ada lagi dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris! Ternyata bahasa rasmi Kesatuan Eropah pun bukan bahasa Inggeris sahaja, malah terlampau banyak sehingga mereka mahu mengurangkan kepada 4 atau 5 bahasa sahaja.
Mahathir 12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.
Jawaban Shaharir:
Ini cerita daripada periwayat hantu yang disebut di atas. Teori baru yang terbukti berguna dan berjadi hanya berlaku jarang sekali, banyak bidang sains dan matematik berlaku perubahan teorinya dalam kalaan puluhan tahun, malah sains komputer yang dianggap terpantas itu pun biasanya dalam kalaan 3 atau 4 tahun (itu pun teknologinya sahaja). Yang digambarkan oleh Dr. Mahathir itu ialah tesis baru yang belum mencapai tahap yang patut dikuasai oleh kebanyak orang di universiti, apatah lagi di sekolah. Ia berlaku di kalangan sarjana berkenaan sahaja; dan sarjana tidak pernah menghadapi masalah bahasa yang ditakuti dan menakutkan orang oleh Dr. Mahathir itu. Berkenaan dengan “algorizmi” (sepatutnya alkhwarizmi atau algoritma) lagi lambat munculnya. Yang diajar di sekolah atau di universiti hingga kini masih yang asasnya yang dicipta ratusan tahun dahulu lagi (zaman belumada komputer lagi!). Teori dalam astronomi lagi lambat perubahannya, teori yang terbaik setakat ini (terutamanya oleh orang Barat) ialah ciptaan sarjananya lebih daripada 70 tahun dahulu (iaitu teori Einstein dan teori quantum) dan “algorizmi” untuk mengira ke angkasa lepas tidak banyak berubah sejak pertama kali Amerika barjaya ke Bulan (1974). Ilmu-ilmu yang lama inilah yang perlu dikuasai oleh pelajar kita sebelum mereka boleh belajar sendiri kelak. Persoalannya dalam bahasa apakah yang teraiknya? Takkanlah dalam bahasa yang pelajar tidak tahu atau tidak selesa? Lojik mana yang Dr. Mahathir pakai?l
Mahathir 13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.
Jawaban Shaharir:
Ini mengulang-ngulang benda yang sama…. Menakut-nakutkan tentang benda yang sama… hantu yang sama.. Cuma di sini lagi banyak Dr. Mahathir cuba bercakap benda yang nampaknya dia tak berapa tahu. Sains atom tidak banyak berubah sejak awal abad ke-20 ini kerana kadar penemuan atau pembinaan teori barunya memakan masa yang panjang kalaannya seperti yang disebut sebelum ini. Teori Bohm (tentang atom) yang dikatakan sedang membina kubu-kubu persaingan dengan teori sebelumnya dicipta pada 1950-an dan berkemuncakkan pada tahun 1980-an dahulu (nah! Memakan masa 30 tahun dan masih tak menang!... menunjukkan lambatnya perkembangan sains bidang ini). Sains halus, jika dimaksudkannya nano-sains, sebenarnya bukan sains baru tetapi sains awal abad ke-20M; yang barunya (dan belum berjaya) ialah teknologi berasaskan sains itu. Jika sains halus itu bermaksud sains makhluk halus, orang Melayu sudah tidak perlu kepada Barat, malah Barat sedang menterjemah ilmu ini (dari Timur) ke dalam bahasa-bahasa mereka. Nampak macam yang dalam kendong kita sedang berciciran dan yang dikejar mengikut Dr. Mahathir tak dapat-dapat!
Mahathir 14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.
Jawaban Shaharir:
Kalau Dr. Mahathir tidak berprasangka buruk dan membuat sedikit aritmetik kedudukan buku-buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang, nescaya dia tidak akan bercakap dengan nada kalah seperti itu terutamanya jika dia berwawasan yang betul terhadap pembangunan sesebuah tamadun, bukan sekadar berwawasan begayo” seperti Wawasan 2020 itu sahaja [iaitu berwawasan bukan dalam bahasa sendiri dan bercakap segalanya dalam acuan sendiri tanpa takrif yang betul tentang acuan itu].
Secara amnya bilangan buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang yang mungkin sesuai dipertimbangkan untuk diterjemahkan ialah sekitar 400 buah buku setahun dalam sesuatu bidang besar seperti sains matematik (termasuk sains komputer dan teknologi maklumat amnya), sains hayat, sains fizis (termasuk kimia dan geologi), sains kejuruteraan dan sains kesihatan dan perubatan. Dalam setiap bidang ini sekarang ini dianggarkan ada kira-kira 1000 orang sarjananya (yang ada ijazah Sarjana sekurang-kurangnya) yang banyak dahulunya belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidaklah debek bahasa Inggerisnya (malah semuanya boleh menterjemah Inggeris-Melayu). Ini bermakna dengan dasar-dasar yang betul, kita tidaklah tidak mampu menghasilkan sebuah buku terjemahan setahun bagi setiap 2 orang sarjana. Di samping itu para sarjana ini juga tentunya boleh menghasilkan karya aslinya dalam bahasa Melayu, jika pengiktirafan terhadap penulisan buku tidak seperti yang berlaku selama ini. Ini belum lagi mengambil kira sarjana dari alam Melayu yang tentu sahaja boleh dimobilisasikan oleh Institut Terjemahan Negara itu umpamanya. Cara ini yang dilakukan pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Eropah yang selalu disebut oleh Dr Mahathir dan disebut di sini juga (di atas tadi) tatepai nampaknya tidak pernah menjadi iktibar beliau.
Dengan teknologi penterjemahan yang ada, kadar penerbitan penterjemahan ini tentunya “secara teorinya kacang” sahaja. Anggaran perbelanjaan setiap buku sekarang pun amat murah berbanding dengan cara lama, dan biasanya sarjana memang tidak menagih bayaran kerja penulisannya, asalkan pengiktirafan akademik yang sewajarnya diinstitusikan. Dengan dasar-dasar yang betul seperti pengiktirafan bertaraf akademik kepada para penterjemah dari kalangan ahli akademik itu, peruntukan pembangunan untuk “penterjemahan Negara” yang patut diwujudkan itu amatlah kecil berbanding dengan peruntukan projek pembangunan mega-mega selama ini. Pokoknya wawasan pemimpin negara yang betul sahaja yang diperlukan, iaitu yang pastinya bukan wawasan ala Dr.Mahathir itu.
Mahathir 15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.
Jawaban Shaharir:
Ini yang sengaja Dr. Mahathir tidak atau buat-buat tidak faham-faham asalkan orang hanyut bersamanya dalam wawasan sebenarnya, iaitu menjadikan Malaysia ini bangsa yang kononnya lebih tahu berbahasa Inggeris daripada bangsa-bangsa lain yang bukan Anglo-Saxon dan pada masa yang sama dia tidak berpa kesah jika rakyat Malaysia memandang rendah atau tidak peduli kepada bahasa sendiri. Sejauh mana orang ramai sebenarnya lebih ramai/banyak boleh mencapai ilmu menerusi bahasa Inggeris itu (berbanding dengan menerusi bahasa sendiri) mungkin tidak begitu dipedulikannya. Persoalannya di manakah sandaran orang seperti Dr. Mahathir ini lakukan untuk mengatakan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bukan bahasa sendiri (di sini Inggeris) bagi lebih drp 90 % rakyat Malaysia ini (yang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya) maka semakin ramailah rakyat Malaysia nanti faham sains dan matematik dalam bahasa itu dan seterusnya boleh mendapatkan sendiri ilmu itu kemudiannya menerusi teknologi maklumat? Siapa yang belajar sendiri tentang sains kependudukan umpamanya jika dia telah faham kalkulus sekolah? Siapa yang buka internet mencari ilmu baru tentang atom dan naoteknologi jika dia tidak faham hukum Newton pun? Pastinya orang mahir berabuk bercakap bahasa Inggeris sekarang pun jika dia tidak faham kalkulus sekolah tidak akan berbuta demikian! Hukum akal mana yang dia pakai: belajar dalam bahasa yang bahasa yang pelajar tidak selesa lebih baik daripada belajar dalam bahasa yang pelajar lebih selesa? Hasil kajian mana yang dia pakai yang menunjukkan pelajar berbahasa ibunda A lebih baik belajar dalam bahasa bukan ibundanya B? Hasil penyelidikan siapakah yang menunjukkan pelajar yang lebih selesa dalam bahasa A akan lebih berminat atau lebih berdaya cipta kelak jika belajar dalam bahasa bukan A? Jika semua soalan ini negatif jawabannya, apa maknanya Dr. Mahathir kata “jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris” ? “Kita” tu siapa dan berapa keratkah? Hebat sangatkah sains dan matematik orang Melayu di Singapura atau di Brunei kerana mata pelajaran ini begitu lama diajar dalam bahasa Inggeris? Sudah berpuas hatikah kita dengan prestasi sains dan matematik bangsa-bangsa di Afrika yang pendidikan seluruhnya dalam bahasa Inggeris sejak begitu lama sehingga secara tak langsung kita pun mahu mengikut jejak langkahnya? (Sebenarnya,contohnya, Nigeria dan Afrika Selatan baru berusaha untuk menggunakan bahasa sendiri dalam pengajaran sains dan matematik anak bangsanya!). Apa hebatnya sains dan matematik di Filipina yang begitu lama rakyatnya belajar ilmu ini dalam bahasa Inggeris? Adakah pendemokrasian sains dan matematik di Hindia begitu bagus berbanding dengan Tiongkok kerana pendidikan sains dan matematik di Hindia telah lama dalam bahasa Inggeris dan Tionghua masih dalam bahasanya sendiri; dan adakah pencapaian sains dan matematik di Hindia lebih baik drpd Tiongkok? …. dan terlampau banyak soalan yang jawabannya terang-terang menyangkal pandangan Dr.Mahathir itu.
Mahathir 16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
Jawaban Shaharir:
Memang betul! Tetapi apa muslihatnya beretorik begini?
Mahathir 17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.
Jawaban Shaharir:
Amat betul! Tetapi apa guna leteran begini?
Mahathir 18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
Jawaban Shaharir:
Sebahagian besarnya betul! Tetapi Dr. Mahathir tidak boleh menangkap borong semuanya bahawa ilmu sains dan matematik sekarang “bukan ilmu sekular”. Ilmu mengikut Islam ialah pengetahuan yang tidak menghakis iman sedangkan banyak teori dalam sains dan matematik sekarang bukan sahaja boleh menghakis iman tetapi jelas mencabar beberapa ajaran utama Islam. Kita perlu mengajar sains dan matematik kepada orang Islam supaya dia faham bukan sekadar matannya sahaja tetapi faham juga selok-belok ketakserasiannya dengan Islam sehingga orang Islam terpanggil untuk memperbaikinya dan seterusnya menjadi nakhodanya. Itu yang pernah dilakukan pada zaman Tamadun Islam dahulu dan Dr. Mahathir hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dalam hubungan ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak membantu mendidik orang Melayu khususnya ke tahap yang diingini ini, kerana bahasa Inggeris itu membawa nilai-nilai kesekularan tersendiri yang sudah teradun dalam pengolahan penyampaian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu. Diakui bahasa Inggeris pun semakin menjadi satu daripada bahasa yang berkesan untuk penyampaian Islam tetapi gaya ini masih belum meresap ke dalam penyampaian sains dan matematiknya.Malah berdasarkan tinjauan yang dibuat beberapa kali yang mendapati lebih daripada 90% ahli sains teori Barat kini adalah ateis atau apeduli agama (kalau sekular lagi tinggi!), maka gaya penulisan sains dalam bahsa Inggeris khasnya tidak mungkin akan berubah kepada yang teis atau peduli agama, makalah semakin sebaliknya.
Mahathir 19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
Jawaban Shaharir:
Lagi sekali Dr. Mahathir membuat andaian palsu, iaitu bangsa yang mengutamanya bahasanya sendiri adalah bangsa yang mengabaikan ilmu, bangsa yang kolot dan lemah, dan sebagainya itu. Lupakah dia tentang nasib bangsa Inggeris itu sendiri? Begitu juga dengan bangsa-bangsa yang dianggap maju dalam sains dan matematik sekarang, bangsa yang manakah yang tidak mengutamakan bahasanya sendiri? Sebenarnya orang yang rela bangsanya dihina dan sebagainya yang dikatakan dan dilakukan oleh Dr. Mahathir sedang berlaku pada orang Melayu sekarang ini pun (sejak 2003) kerana dasar bahasa yang menabaikan bahasa Melayu sedangkan tahap pencapaian sains dan matematik orang Melayu ada tanda-tandanya yang semakin merosot sebagaimana yang dipaparkan oleh para penyelidik yang tidak terikat pada kepentingan politik semasa.
Mahathir 20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
Jawaban Shaharir:
Siapa yang tidak bersetuju dengan pandangan ini?
Mahathir 21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
Jawaban Shaharir:
Pemimpin dan pejuang yang dibayangkan oleh Dr. Mahathir ini sukar dicari di Malaysia ini kerana sebahagian besar sejarah pasca-merdeka Malaysia ini berada di bawah zaman pemerintahan beliau. Dalam zaman pemerintahannya yang lama itu, beliau mungkin merasakan banyak benda yang dia buat yang tidak disukai ramai tetapi tetap dilakukan demi tidak “membiarkan bagsanya kolot dan hina” . Ini perasan beliau sahaja dengan menganggapkan setiap tindakan tidak popularnya tetap dilakukan kononnya demi kebaikan bangsanya, nasionalis sebenarnya, dan tidak penyempatnya dia. Orang boleh berhujah balik bahawa dasarnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik sekolah dilakukan demi sebaliknya sahaja. Umpamanya, penyempat (pandai mengambil peluang situasi yang muluk-muluk)! Takrif nasionalis siapakah yang yang ciri-cirinya mengizinkan pengabaian kebudayaan sendiri? Dia patut menilai semula perasannya itu atas sebab-sebab yang telah diutarakan sebelum ini yang memberi kesimpulan bahawa tindakan tidak popularnya itu sebenarnya “membiarkan bagsanya kolot dan hina”. “Kolot dan hina” kerana dasar itu berkebarangkalian yang amat kecil akan melahirkan bangsa yang mampu mencipta ilmunya sendiri dan berkebudayaan sendiri.
Mahathir 22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
Jawaban Shaharir:
Slogan “Bahasa jiwa bangsa” kini sudah dikelirukan oleh tingkah-laku Dr. Mahathir selama ini kerana padanya ilmu dan bahasa terpisah sifatnya. Padanya bahasa menjadi jiwa bangsa hanya dalam kebudayaan yang sempit bagi sesuatu bangsa itu sahaja, dan kebudayaan yang sempit itu pun tidak penting kalau bangsa itu tidak berilmu. Beliau menganggap ilmu itu neutral malah terpisah daripada bahasa. Bahasa tidak mewarnai ilmu dan ilmu tiada sumbangannya bahasa. Pada Dr. Mahathir ilmu yang sedia ada ini (apatah lagi yang hendak dicipta nanti) dalam bahasa apa pun memberi makna yang sama sahaja. Pandangan sempit dan salah ini ditambah pula dengan sikapnya yang tidak memasukkan ilmu sebagai komponen jiwa bangsa yang terpenting itulah menjadikan “bahasa jiwa bangsa” itu tidak perlu dipedulikan lagi. Tidak hairanlah dia merasakan slogan “Bahasa jiwa bangsa” itu tidak tepat, tidak kena, dan kolot, sehingga dia tambah satu ayat lagi itu. Inilah berbezanya Dr. Mahathir dengan kebanyakan ilmuwan seluruh dunia.
Shaharir b. M.Z. (Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT)BBBangi, 28/08/08
http://shaharirbmz.blogspot.com/2008/08/jawaban-kpd-dr-mahathir-tentang-bahasa.html
Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun
Ini adalah graf yang dipaparkan dalam wawancara Paul Van Eeden tentang punca kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh pembetulan kepada bekalan US Dollar berlebihan.

Oleh kerana Paul Van Eeden bukan islam, maka dia tidak mengambil berat soal umat Islam.
Apabila kita melihat pada graf di atas, ia menunjukkan bahawa harga minyak adalah terlalu rendah sejak 1986 sehingga 2008.
Warna kuning ialah harga minyak, dan warna putih adalah wang US Dollar yang dikeluarkan.Pada tempoh 22 tahun itu, Amerika mempunyai lebih kuasa beli untuk membeli minyak daripada negara arab.
Harga minyak adalah "Dirt Cheap".
Bayangkan mereka ada banyak US Dollar akibat daripada cetakan sendiri, akan tetapi harga minyak adalah murah bagi mereka.
Mudah bagi mereka, nak minyak cetak duit lagi. harga tetap rendah pada tempoh 22 tahun itu.
Paul Van Eeden juga mempunyai graf sebegini untuk harga emas. Kena baca kisah konspirasi menurunkan harga emas dengan memalsukan maklumat bilangan emas pada bank pusat.
Dalam tempoh 22 tahun ini, Pak Arab kena tipu kerana menjual minyak pada harga yang begitu murah.
Negara pengeluar minyak patut berasa lega apabila harga minyak berada pada tahap sepatutnya.
Kalau ikut graf itu USD 120 adalah harga patut.
Selebihnya barulah boleh salahkan sepekulator atau permintaan berlebihan dari negara China dan India.
Akan tetapi, akhirnya OPEC pula bersetuju tingkatkan pengeluaran. Mungkin Pak Arab akan kena tipu lagi?
Harga minyak di Malaysia tinggi? Itu hanya salah Dasar Matawang Ringgit.
Masih ingat lagi kenapa Saddam Menyerang Kuwait pada tahun 1992?Perang teluk Pertama?
Ketika itu Kuwait sibuk mengeluarkan minyak melebihi kuota yang sepatutnya sehingga harga minyak rendah.
http://hasbullah.pit.my/
Emas Turun, Minyak Turun, Saham Turun, Apa yang Naik?
Pengkritik Bebas
Ramai yang suka harga minyak turun, termasuklah Shahrir Samad.
“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.
“Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya.
Kalau kita lihat dalam 2 bulan sebelum ini, semua harga komoditi turun, Minyak, Emas, itu ini.Saham juga kebanyakan turun.
Hai, kalau semua turun apa yang naik?
Jawapannya ialah USD.
USD cuba bangkit dari kejatuhan berterusan sejak lebihkurang setahun yang lalu, Dan ini menyebabkan banyak harga turun.
Sampai bila dia hendak turun?
Mari lihat carta USD berbanding euro.

USd telah naik melebihi purata 200 harinya berbanding euro. Menunggu masa ia akan tergolek, paling kurang ia akan berada pada tahap warha hijau (purata 200 hari).
Sekiranya USD akan tergolek pada tahap purata 200 hari, ianya lebih kurang pada nilai ketika mac 2008.
Harga minyak dunia akan ikut lebih kurang sama pada harga minyak dunia ketika mac 2008 dulu.
Mana bagus, USD rendah atau tinggi?
Bagi orang yang duduk di tempurung matawang yang terikat dengan USD, mereka akan bergembira apabila USD naik.
Bagi mereka "harga minyak turun".
Itulah Pemikiran orang yang duduk dibawah tempurung rigggit.
Tak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat.
Lebih kurang sama.
Bagi saya, harga minyak dalam USD yang tinggi adalah baik untuk negara-negara pengeluar minyak.
Pengukuhan dollar sementara ini hanya akan memberi peluang mereka memenuhkan tangki mereka sahaja.
Bila Dollar Tinggi, mereka boleh beli minyak dalam keadaan "dirt cheap". Baca, Pak Arab kena Tipu lebih 20 tahun.
Kini Pak Arab kena tipu beberapa bulan lagi.
Anwar sibuk belanjawan defisit atau tidak.
Katanya tidak perlu defisit.
Kalau harga minyak dunia tinggi, maka tak perlu defisit.
Bagi saya, ketika mewah tak perlu defisit, ketika sukar, barulah defisit lebih.
Adakalanya saya kelakar melihatkan langkah-langkah Kerajaan Malaysia. Suasana berubah mengikut bulan ke bulan.
Mengapa?
Belanjawan negara dibuat mengikut kalendar bulan 1 hingga 12.
Tahun kewangan PETRONAS berakhir pada mac.
Penyata keluar dalam bulan 6.
Kebiasaannya apa yang kita lihat, Kerajaan seolah-olah risau tak cukup duit berdasarkan perolehan kerajaan yang lalu. Ketika belum nampak lagi berapa PETRONAS nak bayar, cepat-cepat dia akan risau melihat subsidi yang banyak.
Akan tetapi selepas keuntungan diumumkan, maka akan berlaku pesta 1 bilion sana, 1 bilion sini, 2 bilion sana 2 bilion sini.
Kalau hujung tahun berlaku banjir, mengelupur nak korek duit daripada mana, kerana setiap jabatan dah habiskan peruntukan. Nasib baik ada tabung khas.
Saya lebih suka melihat harga minyak dunia berada di paras yang sepatutnya iaitu dalam anggaran 125-130 USD, Tetapi ringgit mesti kukuh. Barulah kita boleh beli Petrol RM 1.40 tanpa subsidi.
Sebenarnya membanding kan USD dengan Euro untuk melihat kenaikan dollar adalah tidak berapa tepat, kerana polisi Euro tidaklah ketat sehingga tidak diinflasikan langsung.
Mari lihat carta, USD berbanding DOllar Australia pada tempoh yang sama.

Bagi saya, Dolar Australia hampir adalah wang kertas yang paling hampir dengan emas, kerana dia tak cetak berleluasa, dia kawal kredit betul-betul. Nampak ketara Dollar dinaikkan sebegitu rupa berbanding Dollar Australia.
Jadi apa anda perlu buat?
Kalau ada duit, beli emas sekarang.
Sumber: http://hasbullah.pit.my/
http://kampusnegara.net/
IPTA Malaysia, antara cita-cita bangsa dan globalisasi akademia!
OLEH kerana UiTM ini didirikan atas cita-cita kebangsaan, maka banyak pihak khususnya warga Universiti sendiri telah mengkritik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyarankan 10% kouta kemasukan ke UiTM patut dibuka kepada bukan bumiputera.
Naib Canselor UiTM, Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah kecewa dengan kenyataan tersebut. Lebih 5000 mahasiswa Melayu telah berdemontrasi mengangkat sepanduk “Roboh UiTM robohlah bumiputera”, “Pertahankan Hak Kita!” dan beberapa banner lagi di Shah Alam.
Sejarah Penubuhan
Apabila saya menyelidikan sejarah perkembangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), memang tidak dapat dinafikan bahawa Universiti ini memang didirikan atas cita-cita memperkasakan kebolehupayaan bumiputera dalam bidang profesional dan separa profesional.
Pada tahun 1950, Rural Industrial Devolopment Autority (RIDA) telah ditubuhkan demi menggalas misi nasional ini. Atas hasrat tersebut, Dewan Latihan RIDA telah ditubuhkan pada November 1956.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan agak kemudian, iaitu pada 1965. Selepas itu, maktab tersebut telah diserap di bawah MARA, dikenali sebagai Maktab MARA.
Maktab MARA ini telah mengalami pelbagai tranformasi pendidikan hatta diangkat sebagai Institut Teknologi MARA (iTM); kemudiannya menjadi Universiti – UiTM pada tahun 1996.
Sehingga kini, UiTM telah menerima hampir 100% kemasukan bumiputera Melayu; bumiputera Sabahan dan Sarawakian demi memastikan Melayu profesional dan separa profesional boleh bedaya saing dalam pentas sosio-ekonomi Malaysia selepas graduan. Ini sejarah ringkas perkembangan UiTM.
Cita-cita bangsa vs keperluan global
Walaupun demikian, cita-cita nasional ini tidak mungkin boleh direalisasikan jika kita terlalu mengamalkan dasar ultra-Melayu; termasuk di Universiti.
Universiti seharusnya tidak boleh disamakan dengan parti yang memperjuangkan satu-satu cita-cita nasionalism/racism/cauvenism; walaupun cita-cita penubuhan Universiti itu telah dilangsungkan sendiri oleh parti-parti kebangsaan tersebut.
Ini kerana Universiti seharusnya menjunjung kebebasan akademik dan wajar mempunyai autonomi tersendiri. Kehormatan Universiti berlaku apabila ilmu ditinggikan dan masyarakat seganinya sebagai menara gading.
Untuk mencapai tahap ini, tidak dapat tidak Universiti seharusnya bergerak secara bebas, semulajadi dan berobjektif baik. Cendekiawan berilmu wajib diangkat ke tempat selayaknya, tidak kira dia datang dari bangsa mana sekalipun.
Calon-calon mahasiswa yang menjadi sebahagian warga akedemia Universiti juga seharusnya diuji kebolehupayaan minda mereka secara saksama; kerana mereka adalah komuniti terbaik yang bakal menggalas tanggungjawab akademia selepas graduan kelak.
Untuk merealisasikan dunia akademia seumpama ini, ada pihak mengatakan bahawa cita-cita ini terlalu ideal. Ada banyak halangan dan ranjau semulajadi dalam pembangunan Universiti-Universiti ini.
Salah satunya, kebanyakan Universiti yang ada di negara kita hari ini kebanyakan dibina atas nama cita-cita politik kepartian tertentu.
Menjelang Pilihanraya Umum atau Kecil, parti-parti tertentu acapkali menjadikan wawasan membina satu-satu Universiti setempat sebagai manifesto pilihanraya bagi calon-calon mereka.
Kata mereka, Universiti adalah mercu pembangunan prasarana dan ekonomi setempat. Malah, Universiti ini menjadi sumber inspirasi masyarakat setempat untuk maju dalam bidang pendidikan dan sebagainya.
Dahulu, kita boleh melihat pembinaan UiTM merupakan salah satu pillot test yang klasik bahawa Universiti dibina atas cita-cita politik UMNO – iaitu untuk memelihara/melahirkan profesional Melayu/Bumiputera sebagaimana yang digagaskan dalam DEB.
Sekarang, kita boleh juga melihat hal yang sama berlaku. Menjelang Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, 2005, UMNO dan Barisan Nasional telah mewar-warkan pembinaan sebuah Universiti di peringkat negeri tersebut jika mereka memenangi pilihanraya tersebut – iaitu Universiti Darul Naim / Universiti Malaysia Kelantan
Hal demikian juga berlaku di Terengganu, Perlis, Pahang dan sebagainya sehingga lahir UDIM, UMP, UNIMAP dan sebagainya. Impaknya, halatuju asasinya seringkali diganggu serta tercenderung pada kepentingan politik kepartian tertentu.
Jadilah sebagaimana UiTM, tidak boleh menerima 10% kemasukan non-bumiputera kerana kononnya untuk mempertahankan status quo Melayu serta cita-cita kepartian UMNO itu sendiri.
Walhal, adakah dengan berbuat demikian, UiTM boleh sahaja menjadi Universiti yang disegani semua pihak?
Dunia dan masyarakat akademia di Malaysia sedang membincangkan Universiti APEX, takkan UiTM nak membincangkan ‘Universiti Melayu Klasik’?
Tidak cemburukah apabila melihat USM hari ini telahpun mendapat peluang mewarnai Universiti APEX diperingkat nasional dan global?
UM, UPM dan UKM dalam senarai pencalonan. UiTM dalam senarai apa…
Universiti dan Cabaran Globalisasi
Pada tahun 2005, UM pernah dinobatkan Universiti ke-69 dari 189 Universiti-Universiti terkemuka dunia oleh THES. Tahun berikutnya rekod pencapaian tersebut gagal dipertahankan.
Peristiwa tersebut telah pun menjadi isu panas di Parlimen hatta di bilik-bilik Kuliah seluruh IPT Malaysia.
Dalam suatu laporan post moterm oleh Menteri Pengajian Tinggi pada waktu tersebut, Dato’ Dr. Shafie Salleh; beliau menyatakan bahawa antara faktor berlakukan kejatuhan rekod pencapaian terbaik UM tersebut disebabkan Universiti itu tidak memenuhi krateria globalisasi Universiti itu sendiri.
Ada banyak krateria dibanding-bandingkan. Antaranya, status satu-satu Universiti ini akan unggul apabila telah menerima kunjungan ramai penuntut serta pensyarah pelawat dari seluruh negara.
Lihat dan kita boleh berfikir bersama. UiTM dan Universiti-Universiti yang masih diikat dengan paradigma lama boleh memilih untuk terus dalam kerangka klasik (cita-cita kebangsaan sempit) atau bersedia menerima persaingan akademia secara sihat di peringkat lebih global?
Kita boleh memilih untuk terus memelihara emosi kebangsaan yang cuba ditiupkan oleh segelintir kepemimpinan Universiti kita; atau lebih fokus dan bersikap objektif demi memartabatkan Universiti kita di persada antara bangsa?
Globalisasi Universiti masih perlukan kouta
Apabila kita menjurus pada wawasan yang global, bukanlah bermakna kita boleh terus longgar dalam memelihara kepentingan-kepentingan Universiti kita.
Kita tidak boleh seratus peratus bergantung pada meritokrasi atau membuka seluas-luasnya kemasukan untuk calon-calon sarjana luar negara atau bangsa-bangsa lain.
Ini kerana meritokrasi ada juga kesan buruknya, salain memacu daya saing secara sihat dalam dunia kependidikan.
Kuota diperlukan, tetapi bukan atas nama politik atau bangsa Melayu. Kuota diperlukan atas nama keperluan. Maksud keperluan di sini adalah imbangan masyarakat bandar dan luar bandar.
Masyarakat bandar mempunyai kebolehan prasarana pendidikan yang jauh lebih baik berbanding masyarakat luar bandar. Maka, sudah pasti pencapaian akademik mereka turut dibantu secara semulajadi berbanding masyarakat luar bandar.
Jalan keluar pada realiti ini adalah wujudkan suatu kouta untuk mesyarakat luar bandar atas nama keperluan.
Jika falsafah kouta seumpama ini dipegang, tidak timbul Universiti ini terlalu ultra-Melayu, kolej Universiti itu cauvenisme.
Ini kerana kouta kemasukan ke Universiti tersebut akan memelihara semua kepentingan kaum; kerana masyarakat luar bandar sah terdiri oleh Melayu, Cina, India, Sarawakian, Sabahan serta rumpun-rumpun etnik kecil yang lain.
Ya! Kouta bukan dikira berdasarkan asobiyyah, tetapi keperluan (masyarakat luar bandar yang majmuk).
Mari kita berfikir!
Apabila Naib Canselor UiTM tidak berputus asa menentang cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim, kita berasa semacam ada yang pelik dan tidak kena.
Dahulu (2003), ketika bekas Perdana Menteri Malaysia, (Tun) Dr. Mahathir Mohammad telah mencadangkan 10% hingga 15% kouta kemasukan ke MRSM dibuka kepada non-bumiputera, mengapa beliau tidak membantah cadangan tersebut.
GPMS, TERAS, DBP dll ada membantah. Mereka tidak percaya saranan tersebut demi mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu MRSM.
Mereka melihat Tun sedang cuba memulihkan imej dan popularitinya yang kian terhakis pasca REFORMASI ’98.
Mereka juga memandang saranan tersebut adalah suatu propaganda demi meraih semula simpatisme masyarakat Melayu kepada UMNO sendiri.
Sejata propaganda asobiyyah telahpun memakan karear politik Tun sendiri. Demi membendung kemarahan Melayu, Tun mula reverse psychological apabila berjanji bahawa kouta kemasukan ke UiTM terjamin dan tidak dibuka kepada non-bumiputera.
Isu ‘UiTM dan pembukaan kouta 10% kepada non-bumiputera’, saya tinggalkan untuk sama-sama kita berfikir. Siapa benar, siapa salah, cukuplah kita tersenyum selapas membaca post kecil ini. -END
————————-
P/S: Jangan bersikap lebih sudu dari kuah!!!
http://kampusnegara.net/
Pak Samad Ismail meninggal dunia
Sep 4, 08 2:12pm
kemaskini 6:50pm Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 5.58 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu.
Kesihatan keadaan allahyarham semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya sangat lemah, kata anaknya Nuraina.
"Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan.
"Malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya," katanya tengah hari tadi.
Keadaan kesihatan beliau, yang juga mesra dengan panggilan Pak Samad, menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.
Jenazah beliau akan disemadikan di perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, esok.Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.
Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.
Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.
Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).
Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.
Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.
Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.
Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.
Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.
Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).
Pak Samad turut menyertai rombongan "Malaysia Merdeka" yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.
Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.
Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).
Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).
Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).
Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).
Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.
Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.
Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.
Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.
Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.
Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.
Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.
http://www1.malaysiakini.com/
Thursday, September 4, 2008
‘Belalang dewa’ turun ke bumi
BEBERAPA ‘belalang dewa’ yang disimpan oleh Abdul Latif di Jeli semalam.
‘TURUN KE BUMI’. Seorang penoreh di Kampung Lakota di Jeli mendakwa menemui berpuluh-puluh ekor ‘belalang dewa’ yang merupakan antara spesies serangga yang sukar ditemui.
Menurut Abdul Latif, Awang, 45, mengikut kepercayaan orang-orang tua serangga tersebut dipercayai tinggal di awangan berkumpulan dan hanya setahun sekali turun ke bumi mencari makanan.
“Semasa pulang dari kebun getah di kaki bukit kampung ini pukul 3 petang Isnin lalu, saya melihat beratus-ratus ekor serangga seakan-akan kumbang jatuh di depan mata akibat dibawa angin,” ujarnya yang ditemui di rumahnya semalam.
Jelasnya lagi, serangga itu yang mujarab menyembuhkan kembung perut, sengal sendi dan sakit urat boleh disimpan di dalam botol berisi minyak kelapa yang akan bertukar menjadi panas seolah-olah seperti dimasak.
http://www.kosmo.com.my/
Harga minyak mungkin turun lagi
Shahrir berkata, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak pada masa ini.
"Saya memang seronok harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah ribut Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.
"Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan terus menurun supaya sebelum menyambut Hari Raya nanti, dapat satu berita yang baik.
"Jadi kita lihat kepada harga pasaran ke hadapan, pasaran hadapan pun AS$110, jadi kemungkinan ia akan rendah daripada itu saya pun nak melihat juga bahawa kita akan dapat hadiah hari raya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.
Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong semalam berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.
http://www.kosmo.com.my/
USM terpilih universiti Apeks
Sep 3, 08 5:41pm
Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengenepikan tiga lagi universiti termasuk Universiti Malaya (UM).
"Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun," katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di Putrajaya hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
Dalam tempoh itu USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020, katanya yang juga yakin USM mampu mencapai universiti bertaraf dunia.
"Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex," katanya.
Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan, sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia."
Sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek.
Kertas cadangan USM bertemakan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow".
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.
http://www1.malaysiakini.com/
Tuesday, September 2, 2008
Sejarah lagi ! Usahawan ‘Ketum’ Pertama di Malaysia
Tuesday, 02 September 2008
Difahamkan, biarpun beberapa kali diserbu pihak berkuasa, pemiliknya tetap berdegil dan terus menjalankan operasi seperti biasa bagi memenuhi permintaan terhadap bahan yang mengkhayalkan itu.
Jika sebelum ini pemiliknya sekadar memproses air rebusan daun ketum, kini mereka sudah 'maju' setapak lagi dengan menghasilkan serbuk ketum yang boleh dibancuh dan diminum dengan lebih mudah.
Seorang penduduk, Dol (nama samaran) mendakwa rumah kayu setingkat milik keluarga itu dikenali sebagai pusat utama pengeluaran air dan serbuk ketum bagi kawasan sekitar Marang dan daerah berdekatan.
Beliau mendedahkan bahawa semua ahli keluarga itu terlibat dalam menghasilkan bahan berkenaan dan ia sudah menjadi sumber pendapatan utama mereka sejak beberapa tahun lalu.
"Mereka anak-beranak bekerjasama dan ada 'tugas' masing-masing. Si ayah mencari bekalan daun, anak-anak tugasnya merebus, proses dan bungkus daun ketum.
"Malah anak perempuan keluarga itu diberi tugas uruskan penjualan air ketum kepada pelanggan yang datang ke rumah mereka," katanya yang mendapat maklumat daripada rakan-rakan yang menagih bahan itu.
Kosmo Online melaporkan, di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, mereka yang memiliki air dan daun ketum boleh dihukum mengikut Seksyen 30 (5) akta yang sama dengan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak melebihi empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dol memberitahu, selepas diserbu pihak berkuasa beberapa kali sebelum ini, keluarga itu hanya menjual kepada pelanggan tetap mereka bagi menggelak kegiatan berkenaan dikesan.
Katanya, 'waktu operasi' rumah tersebut juga tidak menentu dan bergantung kepada bekalan daun ketum yang diperoleh pada hari tersebut.
"Saya difahamkan, daun ketum dibekalkan oleh seorang pembekal dari luar kawasan ini kepada keluarga berkenaan," katanya.
Namun ujarnya, yang paling membimbangkan apabila keluarga itu kini menemui cara mudah untuk mengedarkan bahan berkenaan dengan memprosesnya dalam bentuk serbuk.
Dol menjelaskan, ia dipercayai mendapat permintaan tinggi dan dijual pada harga RM5 dan RM10 sebungkus serta boleh digunakan untuk lebih 50 kali bancuhan
http://buletinonline.net/
Mengenang Perjuangan As Syahid Syed Qutb

Tanggal 29 Ogos 2008, genaplah 42 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.
Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.
Sejarah Hidup Syed Qutb:-
(1) Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh Al-Quran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan) . Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi ‘Nazir’ sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.
Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun kononnya untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.Tujuan sebenar Kerajaan adalah untuk men’sekular’kan pemikiran beliau.Namun,Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri.
Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.
(2) Tahun 1945:-
Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.
(3) Tahun 1954:-
Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.
Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyeksaan yang ‘teruk’ terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang ‘teruk’ di dalam penjara.
(4) Tahun 1955:-
Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan ‘kerja berat’ oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis ‘pernyataan’ memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.
Kata Syed Qutb: “Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”
(5) Tahun 1964:-
Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.
Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.
(6) Tahun 1966:-
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Pagi Isnin 29 Ogos 1966,
Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..
Al Fatihah.
Sumber: http://hasbiemuda.wordpress.com/
Kenyataan Prof Ibrahim didakwa berbaur perkauman
Sumber: Mahasiswakini
Shah Alam,28 Ogos 08- Wanita MCA hari ini menuduh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah menjadikan pendidikan sebagai isu perkauman.
Timbalan Ketuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, akhbar Sin Chew Daily telah melaporkan semalam bahawa Ibrahim mendakwa pihak swasta enggan mengambil graduan UiTM bekerja.
“Artikel itu juga melaporkan beliau tetap dengan pendiriannya yang enggan membuka kuota 10 peratus tempat di UiTM kepada bukan bumiputera,” kata Chew sambil melahirkan kekecewaannya terhadap kenyataan naib canselor UiTM itu.
“Jika ada orang yang cuba menghasut majikan supaya jangan menerima graduan UiTm, kita mesti mengecamnya,” katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan ahli-ahli pendidikan yang didakwanya memainkan isu-isu perkauman.
“Walaupun Prof Ibrahim adalah naib canselor sebuah institusi pengajian tinggi, tetapi kerangka pemikiran beliau nampaknya masih mempunyai unsur-unsur perkauman.
“Beliau nampaknya telah menukar pendidikan menjadi isu perkauman,” kata Chew sambil menambah, Ibrahim juga telah membangkitkan sentimen perkauman pelajar yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
‘Kerangka pemikiran sempit’
Tidak ragu lagi, tambahnya, kenyataan Ibrahim itu telah membangkitkan kemarahan ramai orang.
Sebaliknya, kata Chew, lebih ramai rakyat Malaysia yang telah mengikis kerangka pemikiran perkauman dan berusaha ke arah keterbukaan, ketelusan dan pengalaman demokrasi.
“Kita kini berdepan dengan keadaan di mana seorang naib canselor universiti menggunakan kerangka pemikiran yang sempit untuk menguruskan universiti.
“Ini bercanggah dengan langkah kerajaan untuk mempromosi perpaduan nasional di kalangan pelajar universiti,” katanya sambil menggesa kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya memandang berat perkara itu.
“Bila kemasukan ke sebuah universiti dinafikan untuk bangsa-bangsa lain kerana kepentingan politik dan dasar kerajaan, ini mengakibatkan pelajarnya hanya terdiri daripada satu kaum sahaja,” katanya.
Chew berkata, kekurangan nilai-nilai sejagat dan pluralisme mungkin mengakibatkan graduan dari universiti seumpama itu kurang berdayasaing.
Menurutnya, jika naib canselor berkenaan berpegang kepada kerangka pemikiran yang sempat dan ditambah pula dengan protes pelajar UiTM, maka ia akan menggalakkan sentimen perkauman di universiti berkenaan.
Perpaduan nasional
Sehubungan itu, Chew meminta kerajaan supaya mengkaji perkara itu secara serius.
Beliau juga menekan bahawa perpaduan nasional perlu bermula dengan dasar pendidikan yang adil dan terbuka.
Menurutnya, jika kakitangan awam mempunyai kerangka pemikiran ‘xenophobic’ (gerunkan orang asing), maka ia akan mengakibatkan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berat sebelah.
Tambahnya, tidak harus ditoleransi sikap dan pengaruh seumpama itu.Chew juga mencadangkan, dalam pengambilan kakitangan kerajaan, terutama guru dan pengetua, kerajaan mesti tegas dalam menentukan pandangan pemohon terhadap perpaduan nasional.
“Kerajaan juga mesti terus menganjurkan kursus-kurus perpaduan nasional bagi memastikan para pendidik dan kakitangan kerajaan bersikap saksama dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
http://kampusnegara.net/
Sunday, August 31, 2008
HARAM TETAP HARAM WAHAI MANUSIA
Akal adalah satu anugerah Allah kepada setiap manusia. Tanpa akal, maka manusia akan menjadi seperti haiwan. Manusia dapat membina tamadun kerana wujudnya akal di dalam kepala manusia. Namun, jika manusia hanya semata-mata hidup berlandaskan kepada akal, maka taraf manusia itu akan menjadi lebih teruk daripada haiwan.
Allah telah menjadikan kebanyakan manusia, apabila peristiwa kehidupan yang dilaluinya itu adalah berulang-ulang, maka manusia itu akan menjadikan peristiwa hidup yang berulang-ulang itu menjadi kebiasaan baginya.
Misal contoh, Ahmad sentiasa menghantar dan membawa pulang anaknya dari sekolah melalui jalan pintas setiap hari dari Isnin ke Jumaat selama anaknya dari darjah satu sehingga anaknya sekarang darjah tiga, maka akal Ahmad akan menjadi terbiasa dengan jalan pintas itu. Sehinggakan jika Ahmad menutup matanya pun, beliau mampu untuk membawa anaknya ke sekolah dan juga sehinggakan, akibat kebiasaannya Ahmad melalui jalan itu, maka akalnya akan sedaya upaya memberitahu kepada Ahmad agar tidak memerlukan lampu isyarat ketika membelok.
Contoh kedua, Ramli masih hidup membujang, masih solo dan tiada kenalan untuk dijadikan bakal isteri. Maka Ramli pun berusaha mencari pasangan hidup. Tidak berapa lama kemudian Ramli berjumpa dengan seorang wanita yang disukainya. Untuk mengenali lebih mendalam wanita itu, maka Ramli, walaupun beliau tahu ber'dating' dengan wanita adalah jelas haram dari segi hukum Islam, namun beliau rasa tiada apa-apa kesalahan kerana akalnya telah terbiasa melihat rakan-rakanya ber'dating' dengan makwe-makwe masing-masing semenjak dari sekolah menengah, di universiti sehingga beliau sudah bekerja.
Maka Ramli pun sentiasalah tiap-tiap hari ber'dating' dengan 'makwe'nya selama setahun untuk dijadikan bakal isteri walaupun ianya berdosa namun telah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang menganggap ianya perkara biasa dan tiada dosa. Ke hulu ke hilir, dari taman bunga ke panggung wayang sehingga ke air terjun bersama-sama untuk kononnya mengenali wanita yang disukainya untuk dijadikan bakal isteri. Masyarakat melihatnya, tetapi malangnya tiada siapa yang menegur dan menghalang, malah jika ada kelompok yang berani menegur, maka kelompok itu dilihat oleh masyarakat seperti kelompok yang sungguh asing.
Begitulah juga amalan masyarakat Malaysia yang suka sangat membuat konsert nyanyi-nyanyian. Kerana ianya telah diantarabangsakan, telah dijadikan satu profession untuk mendapat keuntungan kewangan, telah dijadikan satu kebiasaan budaya kepada masyarakat untuk berhibur, telah dibiasakan adanya konsert semenjak tahun 70-an, telah dijadikan satu upacara untuk menarik pelancong, maka perkara yang jelas haram, jelas berdosa telah dijadikan satu perkara yang biasa sehingga ke tahap mencipta satu dinding untuk mengaburkan masyarakat dari dapat melihat tahap dosanya anjuran konsert itu.
Pelik tetapi benar, inilah ungkapan yang boleh disebutkan kepada masyarakat Malaysia sekarang yang sudah dibutakan hati imannya, yang terlalu taksub dengan suka akan budaya hedodisme, budaya suka-suka, yang sudah hilang pertimbangan agamanya terhadap cara jalan kehidupan dan yang paling malang, sudah membudaya intelekkan perkara-perkara maksiat.
Inilah yang terjadi sekarang, ramai masyarakat, yang sedihnya masyarakat yang dilahirkan Islam seperti memandang enteng terhadap satu kelompok jemaah yang membantah terhadap konsert Avril Lavigne. Malah ada yang mengecop kelompok jemaah yang membantah ini sebagai ekstrimis agama, berfikiran kolot dan yang paling malang, mereka mengecop jemaah ini adalah jemaah yang boleh menjatuhkan ekonomi negara dan industri hiburan. Perkara yang pelik lagi rosak ini telah menjadi 'kebiasaan' di Malaysia.
Oleh itu, apakah yang akan dilakukan oleh kita sebagai umat Islam? Adakah kita akan hidup seperti biasa, membiarkan akal kita menguasai cara kehidupan kita tanpa kawalan iman dan Islam. Jadikanlah peluang untuk menukar kerajaan baru ini adalah satu titik tolak untuk menjulang Islam mentadbir negara Malaysia agar negara kecil ini mendapat redho Allah SWT. Jika tidak, sia-sialah perjuangan kita ini.
http://ibnmustaffa.blogspot.com/2008/08/haram-tetap-haram-wahai-manusia.html
29.08.2008
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ibnumustaffa04.html
Muslimah Dan Dakwah
Oleh: Ukhti Sutinah Bt A.Safar
Naib Presiden II PMIUTM (HEWI)
Di dalam tuntutan menyeru kepada ma'ruf dan mencegah pada yang munkar, timbul persoalan akan peranan muslimah/wanita di dalam berdakwah.
Apakah muslimah juga mempunyai kewajipan yang sama dengan muslimin di dalam beramar ma'ruf dan nahi munkar?
Apakah ada dalil2 yang memberikan kewajipan berdakwah kepada muslimah/wanita dan adakah wujud batasan-batasan yang perlu dijaga oleh seseorang muslimah di dalam menunaikan tuntutan tersebut?
Ya, sudah pastilah terdapat penerangan-penerang an dan usaha-usaha yang dilakukan oleh para ulama didalam menguraikan permasalahan tersebut.Sepertiman a penerangan yang diuraikan oleh Syaikh Abdul `Aziz bin Abdullah bin Bazz Rahimahullah di dalam Majmu`Fatawa wa Maqaalat, 7/323-326), beliau mengariskan dengan dalil2 Al-Quran dan As-sunnah yang mencangkupi semuanya.
Allah berfirman dalam Al-Quran:
"Kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya. Mereka menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar." (At-Taubah : 71)
"Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah." (Ali Imran : 110)
Beliau juga menguraikan akan kewajipan muslimah/wanita agar menjaga adab-adab yang sesuai dengan syari'at sepertimana juga kepada muslimin/lelaki dan juga harus bersabar di dalam mengharapkan pahala dari Allah ta'ala.
Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.
Jelas bahawa kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Semua hujah yang mewajibkan dakwah terpakai ke atas wanita. Semua hujah wajib amal jama`ie terpakai ke atas wanita. Kewajipan wala’ `ammah dan khassah juga wajib ke atas wanita. Hakikat masa kini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan amat penting, kerana wanita adalah salah satu dari sumber kekuatan Islam. Tidak menggunakan kekuatan ini adalah satu pembaziran ke atas kekuatan yang ada. Selain dari itu masuk Islam menggunakan wanita dalam usaha menentang Islam, malah melihat wanita sebagai pintu masuk paling penting dalam usaha merosakkan Islam, oleh itu kaum wanita mesti disedarkan. Dalam hubungan ini wanitalah yang paling sesuai menyedarkan wanita.
" Bersabarlah kalian, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Anfal : 46)
Dan juga firman Allah azza wajalla yang menceritakan ucapan Luqman kepada anaknya:
"Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah kepada yang ma`ruf, laranglah dari yang mungkar dan bersabarlah engkau menghadapi apa yang menimpamu, kerana itu adalah perkara yang diwajibkan Allah." (Luqman : 17)
Beliau juga menegaskan agar muslimah/wanita yang berdakwah agar menjaga ada-adab yang digariskan oleh syari’at sepertimana tegas beliau:
“dia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan) , hijab dan amal soleh. Hendaknya dia menjauhi tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya”
Beliau juga ditanya apakah perlu disediakan waktu untuk wanita agar dia berdakwah kepada Allah? beliau menjawab:
Saya tidak dapati ada larangan dalam hal itu. Jika ditemui ada wanita solehah yang boleh berdakwah, maka selayaknya dia dibantu, diatur waktunya, diminta darinya untuk membimbing para wanita sejenisnya, kerana memang para wanita perlu kepada para pembimbing wanita.
>Adanya wanita seperti ini di kalangan wanita lainnya kadang lebih bermanfaat dalam menyampaikan dakwah untuk mengajak kepada jalan yang benar daripada lelaki. Kadang kala wanita-wanita itu malu bertanya kepada da`i yang lelaki, sehingga dia menyembunyikan apa yang seharusnya dia tanyakan. Kadang pula dia terlarang untuk mendengarkan dakwah daripada lelaki. Namun jika da`inya wanita, dia tidak demikian. Kerana dia boleh berdekatan dengannya dan menyampaikan apa yang perlu baginya serta hal itu lebih besar pengaruhnya.
Maka dengan adanya penguraian ini yang dilakukan oleh para ulama' dapat kita ketahui bahawa muslimah/wanita juga menpunyai kewajipan sama dengan lelaki di dalam berdakwah kepada Allah. Hendaklah wanita yang mempunyai ilmu agar menjalankan kewajipan dakwah ini serta memberi nasihat pada yang lain dengan membawa kebaikan semampu yang boleh. sepertimana firman Allah ta'ala:
"Ajaklah mereka kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang paling baik." (An-Nahl : 125)
"Katakanlah: Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah berdasarkan bashiroh (ilmu), aku dan orang yang mengikutiku. " (Yusuf : 108)
"Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam)." (At-Taghabun: 16)
Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Beliau pernah diseksa dan dipenjarakan. Namun semangatnya tidak patah.
Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.
Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.
Pengimbangan Antara Keluarga dan Dakwah.

Keseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga amatlah dituntut. Sebagai da’iah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, wanita mestilah mengatur kehidupannya secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Wanita mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama wanita tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada wanita dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.
Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah. Dia juga mesti benar-benar tahu takat maksimum urusan rumah tangga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah. Dia mesti tahu takat yang kalau dilanggar rumah tangganya akan mengalami kemudaratan. Dia juga mesti tahu takat kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkannya akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua takat ini wanita mesti jujur terhadap dirinya, keluarganya dan dakwah yang dipikulnya. Pertimbangannya juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami.
Peranan muslimah dalam lapangan dakwah adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Bermula seawal penurunan wahyu yang pertama kepda baginda Rasulullah SAW, sehingga kini muslimah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah ini. Menyoroti sirah kehidupan wanita agung, Saidatina Khadijah Khuwailid yang menjadi manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam dan kemudian mengorbankan seluruh kehidupan termasuk harta, masa dan tenaga terhadap jalan dakwah sepatutnya menjadi idola dan inspirasi seluruh muslimah dalam menjalankan tanggungjawab yang besar ini di samping tidak mengabaikan tanggungjawab utama mereka sebagai isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga muslim (baitul muslimah).
Fenomena yang memisahkan wanita dari perjuangan Islam merupakan salah satu karat jahiliyyah yang ditinggalkan kepada seluruh kaum muslimin sehingga tanpa kita sedari ia menjadi fitnah kepada agama Islam yang syumul itu sendiri. Islam dikatakan menindas kaum wanita dan menyekat kebebasan kaum wanita untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka akibat daripada salah faham yang ditimbulkan ini. Justeru, selaku kaum muslimah khususnya, kemandirian kita dalam gerak kerja dakwah adalah suatu perkara yang penting bukan sahaja sebagai melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjwabka n, bahkan untuk memastikan salah faham yang berbentuk perjuangan feminisme yang menyerap ideologi liberalisme yang dipelopori oleh barat ini dapat dihentikan. Inilah cabaran terbesar buat muslimah sekalian yang mengaku bergelar seorang da'i.
Saturday, August 30, 2008
Bukan kerana ‘Racist’
Oleh: Muhamad Na'im Ab Razak
Aktivis Mahasiswa USM
Semalam aku menghabiskan masa untuk menghayati lagu ‘Anak Kecil Main Api’. Kali pertama mendengar lagu ini ialah sewaktu aku masih berfahaman racist. Lagu ini begitu sinonim dengan band skinhead 2nd guest dan The Mister yang membawa fahaman Malay Power.
Kemudian baru sahaja aku mendapat tahu bahawa ini ialah lagu patriotik. Terkejut gila aku. Seorang batch-mate kata lagu ni biasa dinyanyikan dekat BTN. Rupa-rupanya memang ada lirik lagu ni kat file BTN. Aku je yang tak sedar. Apa yang ada pada lagu ni sebenarnya?
Thursday, August 28, 2008
anak kecil main api
anak kecil main api
terbakar hatinya sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi di pijak milik orang
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman
indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutup lah hati
terkunci mati
maruah pribadi dah hilang
kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati,bersama berbakti
pulih kembali harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dgn maha perkasa
janganlah lalai,teruskan usaha
melayukan gagah di nusantara
http://www.tranungkite.net/
Garismasa kehidupan Anwar
Wednesday, 27 August 2008
Dari seorang aktivis ABIM hingga menjadi Timbalan Menteri. Dari duduk atas kerusi empuk hingga terperosok ke dalam penjara. Bersama memimpin Pakatan Rakyat dan kemudiannya di tuduh dengan tuduhan sodomi kali kedua dalam 10 tahun.
Berikut adalah catatan beberapa peristiwa penting dalam hidup Anwar:
1968 - Anwar lahir sebagai seorang aktivis politik dengan menubuhkan ABIM
1974 - Anwar ditangkap dan dipenjara tanpa perbicaraan dibawah ISA selama 20 bulan ekoran demonstrasi kemiskinan petani di Baling.
1982 - Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mempelawa Anwar menganggotai UMNO. Anwar menang kali pertama bertanding di Parlimen Permatang Pauh1983 - Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
1986 - Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan
1991- Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan1993 - Anwar menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri
April-June, 1997 - Mahathir bercuti selama dua bulan, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri
June-September, 1997 – Krisis kewangan Asia melanda Malaysia, Mahathir menolak cadangan penyelesaian krisi dari Anwar.
Sept. 2, 1998 - Mahathir memecat Anwar dari kabinetSept. 20, 1998 - Anwar ditangkap dan dituduh sodomi selepas demonstrasi membantah Mahathir dan meminta Mahathir meletak jawatan
Sept. 29, 1998 - Anwar hadir di mahkamah, mengaku tidak bersalah keatas tuduhan rasuah dan sodomi
April 14, 1999 - Anwar dijatuhkan hukuman enam tahun penjara atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Dipaksa meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.
Nov, 1999 - Datin Seri Azizah menang Parlimen Permatang Pauh menggantikan Anwar

Aug. 8, 2000 - Anwar dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan sodomi, bermula selepas tamatnya hukuman 6 tahun atas kesalahan penyalahgunaan kuasa
Oct. 31, 2003 - Mahathir bersara dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Sept. 2, 2004 - Mahkamah Tinggi Malaysia membuat keputusan sebaliknya, Anwar tidak bersalah dan dibebaskan

March 8, 2008 - Pakatan Rakyat menang dengan 82 kerusi Parlimen, menafikan majority 2/3 UMNO/ BN dan menguasai lima negeri
Apr. 14, 2008 - Anwar bebas dari penggantungan terlibat dalam politik
June 29, 2008 - Saiful menuduh Anwar melakukan sodomi keatasnya
July 31, 2008 - Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
Aug. 7, 2008 - Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan sodomi Saiful
Aug. 26, 2008 - Anwar memenangi semula kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil dengan majority yang lebih besar.
http://buletinonline.net/
Ramadhan vs Merdeka

25 Syaaban 1429 H, 27 OGOS - 'Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna fi Ramadhan'. Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran mari sama-sama kita rafa'kan kepada Sang Pencipta yang sehingga kini masih lagi membuka ruang dan peluang buat kita meniti saat-saat akhir sebelum menjejakkan kaki ke Ramadhan yang Mulia. Ucapan terima kasih sekali lagi kita sembahkan pada Pemilik Agung Alam Semesta yang Maha Kasih pada hamba-hambanya, sehingga saat ini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.
Ramadhan vs Merdeka

Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia : Apa hasilnya?
Oleh: Syafiq Zulakifli
Aktivis Mahasiswa Mesir
nur_azhari@yahoo.com
Selepas Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT 07) tahun lalu, pada tahun ini Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia mengambil tempat. Bertempat di Dewan Kristal, Saly Mall, Madinah Nasr, persidangan ini memberi ruang yang terbuka kepada semua mahasiswa di antara Mesir, Jordan, United Kingdom, Yaman, Maghribi, dan Syria bertukar-tukar pendapat dan pandangan di dalam memastikan kemajuan dan peningkatan nilai ilmu dan thaqafah diterapkan secara langsung.
PMRAM yang merupakan penganjur kepada program ini sekaligus berjaya memastikan pemahaman dan gemblengan tenaga berpasukan terus dibina dengan menyatukan rangkaian pemikiran. Ini terbukti dengan beberapa pembentangan kertas kerja yang diadakan beserta dengan deklarasi yang terus digilap bagi merealisasikan hasrat mahasiswa Islam di rantau luar negara tidak hanya lena dibuai dengan arus pemodenan semasa.
Tinjauan saya mendapati sebahagian besar peserta berjaya menyatukan pemikiran di antara golongan agamawan dan profesional di dalam memastikan gerak kerja sebagai mahasiswa Islam Malaysia di luar negara sentiasa wujud. Realitinya peranan mahasiswa luar negara seharusnya dimainkan tanpa memikirkan apakah hasilnya nanti. Namun, daripada sudut pemahaman pemikiran di luar bidang kuasa ini, keyakinan kita membentuk gerakan generasi untuk menyumbang kepada masyarakat itu sudah hampir-hampir tiba ke arah yang positif.
Sebanyak lapan resolusi yang dipersetujui oleh semua ketua delegasi di dalam persidangan ini. Semestinya peranan Sekretariat Mahasiswa Islam Asia Barat (SMART) menjadi amanah utama yang perlu ditekankan agar tidak ada lagi anasir-anasir musnah yang menjadi jurang di antara negara-negara ini.
Perasmi penutup di dalam ucapan rasminya mengingatkan mahasiswa bahawa keperluan mahasiswa menguasai bahasa Arab adalah cukup penting pada waktu ini.
"Sudah sampai masanya kita menghayati, mendalami dan menguasai bahasa Arab secara total".
Kuasa mahasiswa Islam di luar negara menjadi benteng kekuatan kerana bahasa ini bakal menjadi bahasa dunia yang akan menenggelamkan pemikiran dan dakyah songsang masyarakat yang sentiasa berkecamuk.
Hasilnya nanti, istilah muqabalah, muzakarah dan mubahalah tidak lagi terbelit lidah disebut oleh rakyat Malaysia.
Sumber: http://typeace.blogspot.com/
ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI, KITA YANG MANA????
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi 3 buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di dalam periuk kedua dan serbuk kopi di dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, meletakkan telur di dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat nak?’’ “Lobak, telur dan kopi’’, jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkanya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu si anak bertanya, “Apa erti semua ini ayah?’’ Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras, dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah rasa dan warna air tersebut. “Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?’’ tanya ayahnya.
Bagaimana dengan kita? Apakah kita adalah LOBAK yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau apakah kita adalah TELUR yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita SERBUK KOPI? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100°C. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan mambuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?????
Sumber: http://rabitahselangor.blogspot.com/
http://kampusnegara.net/