Wednesday, June 3, 2009

Biodata : Ustaz Akhil Hayy

Posted by On 10:49 AM






Daripada genre Rock ke Nasyid


“PLANET saya dulu, nauzubillah. Disko, perempuan dan ya, semua jenis maksiat seperti itu berlarutan selama enam tahun. Rocklah katakan. Semoga Tuhan mengampunkan dosa saya,” akui Ustaz Akhil Hayy yang dulu hidup berpaksikan gelombang rock seperti kumpulan Poison dan Loudness tanpa selindung sambil memohon ampun beberapa kali.

Namun, segala kemungkaran itu sudah tidak lagi melingkarinya selepas lelah menanti hasil menjadi anak seni yang tidak ke mana selain kerap bermimpi soal kematian. Dan harapan bekas vokalis kumpulan rock terkenal tahun 80-an, D’Riyadh ini, semoga Tuhan tidak mencabut imannya sehingga akhir hayat.

Pada usia 39 tahun, dia yang sudah dua kali menunaikan haji berasa masih baru menjalani transformasi kehidupannya. Baru masuk usia 14 tahun, katanya yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan selepas membawa diri ke Indonesia. Itu semua berkat pujukan arwah ayah, Haji Abdul Hai, sekitar tahun 1994 yang banyak membimbing dirinya daripada terus hanyut bersama syaitan.

Akil yang pernah digelar jalang jantan kerana dunia maksiatnya dahulu, tidak sukar
untuk kembali ke sisi Tuhan yang telah melimpahkan sinar baru dalam kehidupannya. Apatah lagi dipermudahkan keluarga yang tidak putus memberi sokongan.

Akhil mendalami ilmu agama di Madrasah Al Mustaufiwiyyah di Sumatera Barat pada usia mencecah 26 tahun. Di situ, dia ‘mencuci diri’, kembali mengaji dan akhirnya selepas kerap berulang alik dari Malaysia ke madrasah ini untuk tujuan tersebut, akui Akhil, akhirnya dia berjaya menimba ilmu akhirat.

“Alhamdulillah, hari ini, saya dapat berkongsi ilmu saya bersama orang ramai melalui dakwah saya. Dan biar sudah menukar paksi kehidupan, saya masih mendengar muzik rock dan melepak dengan remaja yang menjadikan rock sebagai paksi hidup mereka.

“Saya nak tahu apa yang mereka cari dalam kehidupan,” ujarnya yang berkata penghijrahan bukan satu transformasi yang boleh dibuat-buat.

Katanya yang bakal muncul dengan album Nasyid Legenda 11 sambil memanjatkan syukur: “Tiada jalan pintas untuk berhijrah. Sebaliknya inilah senjata Allah kepada sesiapa sahaja yang mahu Dia berikan. Senjata itu adalah taufik dan hidayah. Dan gunalah ia sebaik mungkin kerana ia tidak akan berlaku dua kali.”


WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya ramai rockers yang mengenali D’Riyadh. Band yang dianggotai empat anak muda dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan menghasilkan album sulung – ‘Media 88-89’.
Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E (dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute dan hensem! Hahahaha!! Standard la, tipikal industri muzik Melayu!


D’Riyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 37, yang sudah ‘berhijrah’ dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan pendakwah bebas. Rasanya ramai yang pernah dengar atau tonton ceramahnya. Sempoi, kan? Heheh…
Atas bantuan saudara Aliph (rakan se’rock’ aku), kami berdua sempat duduk berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.

Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu, bila mendapat hidayah dan pengalamannya. Sempoi lepak dengan mamat ni, kelakar pulak tu. Sebenarnya dia dah biasa membahasakan diri sebagai ana dan memanggil orang anta, tapi bila bersembang bab rock, keluar jugak aku, kau, lu, gua semua! Heheh… So, untuk memudahkan, biar la aku letak saya aje.

Apa aktiviti sekarang?

Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam. Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh negara termasuk la Singapura. Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team. Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.

Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?


Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri kahwin kan? Pengalaman pertama D’Riyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada 1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording contract daripada PMC.

Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. D’Riyadh sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul habis la! Tak terlawan la masa tu.


D’Riyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?

Heheh… saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng. Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan GARISAN = D’RIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so, lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.

Masa mula-mula buat band dulu macamana?

Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh… rasanya cerita jual durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la. Heheh.

Dalam banyak konsert D’Riyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?


Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila! Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar Search aje la… heheh.

Err… sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.

D’Riyadh pun tak lama kan?

Ha ah… Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi Hikayat Rok, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem, bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain, tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa A’ah, bekas drummer Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab banyak sangat problemnya.

Akhirnya kami tinggal bertiga. D’Riyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan, masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la! Hahaha
! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan habuk pun tarak!

Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya,
“Album D’Riyadh sebelum ni jual berapa banyak?” Kami cak
ap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia boleh cakap, “Hmm… kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas!” Heheh… sampai macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers memang sinonim kan? Heheh.

Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi apabila projek tu pun tak menjadi.

Bagaimana ‘penghijrahan’ itu berlaku?

Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada, tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa, walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la…

Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya. Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.


Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996. Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha… bermula dari situ orang sudah mula mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.

Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah tu?

Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya, jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya adalah umat pertengahan – tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil tahu.

Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.

Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?


Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.

Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi, kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup tu!


Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak perbezaannya, kan?

Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami pun nak buat sama! Hahaha!!

Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima teguran daripada mereka. Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan Allah swt, ceramah saya terus diterima. Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.


Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.



Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?

Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema. Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!

Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh. Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah, golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi sama-samalah kita kawal.

Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai
penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga akhirnya boleh diterima orang.

Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah, buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun, Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang peminatnya ketika bersama D’Riyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dua pompuan.


Siapa: Akhil Hayy @ Ustaz Akhil, 39. Transisi: Bekas vokalis D’ Riyadh ini mula ‘beralih arah’ pada tahun 1994. Kini: Pendakwah, penyanyi dan pengemudi program sendiri di Astro Oasis, Kafe Akhil.

Wahai Akil Hayy - Bermuhasabahlah

Posted on Monday, June 01 @ 15:35:21 PDT by TokPenghulu

ArtikelOleh: zihin

"

Membaca kisah kisah yang bergelandangan di akhbar adalah meletihkan lebih-lebih lagi apabila kita didedahkan oleh gelagat selebriti yang memualkan.

Sedari awal, saya bukanlah peminat saudara akil hayy bahkan tidak mengenali beliau pun sejak pembabitan beliau dalam dunia hiburan tanah air. Gelaran 'ustaz rock', 'ustaz hindustan', mahupun 'ustaz rebonding' cukup ngilu untuk didengar kerana institusi ustaz tidak boleh diwarnakan sebegitu rupa.



1.Panggilan 'ustaz'

Saudara, anda digelar ustaz oleh masyarakat kerana imej yang dibawa pada awal pembabitannya sebagai penceramah. Saya sendiri pada mulanya agak teruja dengan kebolehannya menyampaikan ceramah dengan tarikan bekas penyanyi rock dan suaranya. Dari situ saudara mula dikenali khususnya dipentas ceramah PAS.

Saya tidak dapat membayangkan betapa ektremnya saudara ketika berceramah di dalam pas dulu, memukul setiap orang, artis dan hari ini, satu persatu yang saudara perkatakan itu, 'menjangkiti' empunya diri.

Sejak dari mula digelar 'ustaz', saudara kelihatan lunak dan mengiyakan gelaran itu tanpa mengomelnya. Puluhan malah ratusan kain rentang, cd, kaset, siaran media yang menjodohkan nama saudara dengan perkataan mulia itu.

Perkataan itulah yang meningkatkan imej setinggi-tingginya namun alangkah lupa dirinya saudara apabila membuat balasan "saya tidak pernah meminta dipanggil ustaz". Itupun setelah saudara terkapai-kapai mencari alasan yang kerana dihenyak kontroversi berterusan.

Saya konsisten dalam pandangan ini khususnya dalam tulisan terdahulu. Ada yang memberi respond panggilan ustaz adalah bermaksud 'tuan' sahaja, bukanlah dalam erti kata 'ustaz' secara istilahnya.

Pandangan ini boleh digunapakai namun ia tidak boleh digunakan oleh akil hayy. Ini kerana beliau berada pada kedudukan yang dilihat sebagai -benar-benar ustaz - yang mempunyai autoriti untuk bercakap tentang Islam.

Program kafe akil hayy, kekerapan ceramah diseluruh malaysia itu sendiri mengiyakan bahawa masyarakat awam menerima beliau sebagai 'ustaz'. Umumnya orang awam akan menjadikan beliau sebagai sandaran kerana gelaran tersebut.

2. Pelajaran agama.

Niat saudara pada awal ingin mencari Islam amatlah mulia dann terpuji tetapi ingatlah bahawa Islam bukanlah semangat tetapi amalan istiqamah.

Lihatlah hampir 50 kali Al-quran menggabungkan ayat beriman dan beramal soleh yang menunjukkan ia tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Menelusuri kenyataan akil hayy tentang pembelajaran agama beliau : saya cuba naqalkan disini ;

Http://rumahselebriti.blogspot.com/2009/01/biodata-ustaz-akhil-hayy.html

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak.

Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia.

Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana.

Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996.

Dalam link yang lain ;

Http://penawarrinduku.blogspot.com/2009/05/sejarah-ustaz-akhil-hayy.html

Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan kami mula berpecah. Puncanya ada yang sakit, yang nak buat kerja sendiri, kami cuba juga ambil ahli lain, tapi masih tak boleh jalan.

Akhirnya saya berhajat buat album solo. Masa nak masuk studio, rasanya mula datang hidayah. Ada saja halangannya. Dalam pada tu saya berniaga di KL hampir setahun dan mula tak menyanyi lagi.

Saya mula berhijrah semula ke kampung, rambut masih panjang dan perang lagi. Masa tu mula mendekati masjid semula.

Dari segi hakikatnya keluarga saya memang dalam golongan orang-orang beragam arwah atuk seorang tuan guru dan arwah ayah saya sendiri seorang mutawif haji (membawa jamaah haji).

Bapa saya tidak pernah memarahi saya, dia cuma menggunakan kaedah psikologi. Beliau sering mengingatkan saya dan memberi nasihat.

Pada 1995 beliau membawa saya menunaikan haji di Mekah, masa tu kita reda.
Sebelum ke Mekah saya ada ke Indonesia, arwah bapa bawa saya duduk sekejap di Pasentrian tapi tak sempat memperolehi apa-apa sijil. Lepas daripada tu saya pulang ke Malaysia, sejak itu timbul minat semula.

Alhamdulillah ketika itu saya mula masuk ke masjid, orang pun bagi ruang kepada saya berdakwah dan menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di jabatan kerajaan. Saya mula mengajar di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

Dari 2 link tersebut, saudara mengatakan bahawa saudara mula berubah setelah tahun 1992. Pergi sekejap ke pasentren indonesia tanpa memperolehi apa-apa sijil. Kemudian haji di Mekah. Sekitar 1994 atau 1995 saudara telah mula berceramah.

Saudara, jangka masa sekitar 2 tahun tidak memungkinkan saudara mempelajari dan memahami ilmu agama secara terperinci, menjadi pendakwah yang tidak hanyut dek cabaran dan memberi pandangan tentang agama melainkan saudara mendapat ilmu ladunni dari seperti nabi khaidir.

Apatah lagi saudara sendiri mengakui bergelumang begitu lama dalam dunia hiburan yang menyedihkan. Saya sendiri mempunyai pendidikan Islam secara formal sejak dari kecil sehingga universiti dan masih belajar tentang Islam hingga kini.

Namun bila saya membelek kitab-kitab Islam, alangkah malangnya masih banyak yang saya tidak ketahui. Itulah lautan ilmu Allah yang hanya dapat digapai dengan izin Allah, sedikit demi sedikit berkadaran dengan (thul az-zaman) pengorbanan masa dan usia.

Justeru, kepada masyarakat yang ingin mengambil ilmu dari sesiapa sahaja, maka lihatlah dahulu kepada latarbelakangnya, pengajiannya agar Islam ini tidak disalah tafsir mengikut hawa nafsu dan kepentingan peribadi.

3. Rambut panjang mengikut sunnah?

Lama sekali saya mencari patahan jawapan dari saudara kenapa saudara berambut panjang mengurai seperti perempuan malahan 'rebonding'. Dari dulu saya hanya menemui ' terimalah ana seadanya'. Satu jawapan yang bukan jawapan.

Pengalaman mengajar saya apabila seorang mengatakan, "dia adalah ustaz, kalau haram tentu dia tak buat ". Itulah persepsi masyarakat bahana title 'ustaz' .

Baru kini saya mendapat jawapannya : berambut panjang adalah sunnah Rasul saw.

Atas nama Islam dan saudara bertanggungjawab di hadapan Allah nanti, dari manakah saudara mendapat pandangan ini? Begitu berani sekali saudara memberi pandangan dan menyandarkan kepada Rasul saw yang mulia.

Rasulullah saw berambut panjang hanya sekadar mencecah bahu (mankab)(riwayat al-Bukhari).

Lebih buruk lagi Rasullah saw melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (riwayat al-Bukhari)

Saya berani mengatakan bahawa saudara terpedaya dengan diri sendiri. Gelaran ustaz tersebut telah menyebabkan saudara merasa mampu dan boleh memberi kenyataan tentang Islam.

Takutilah Allah dalam perkara agama .

Kata sayyidina Ali karramallah wajhah, sekiranya agama ini berasaskan akal fikiran, nescaya Rasulullah saw membasuh telapak khuf ketika berwuduk.

Tetapi Baginda saw membasuh pada bahagian atasnya sahaja. (sepatutnya tempat berpijak dan terkena kotoran adalah telapak khuf dan dibasuh tetapi menyapu sebelah atas membuktikan bahawa agama tidak boleh berasaskan akal fikiran bahkan wahyu dari langit!)

4. Azmil Mustafa

Hanya satu-satunya (dalam pemerhatian saya) artis yang benar-benar kembali ke pangkal jalan dan menghayati Islam, dia ialah Azmil Mustafa atau lebih dikenali Ali Setan.

Saya mempunyai sebab berkata begini :Saya pernah dijemput berceramah bersama beliau di sebuah masjid. Disitu saya berkongsi bilik dengan beliau. Dengan itu, panjang cerita yang kami bualkan sepanjang malam.

Namun saya berani mengatakan bahawa beliau memang benar-benar istiqamah dengan Islam sejak mengambil keputusan untuk menginggalkan dunia artis kerana :

1- Beliau telah melakukan hijrah ini melebihi 10 tahun lalu. Ketika saya bertemu beliau, anak bongsu beliau berusia 10 tahun dibawa bersama kerana tiada siapa yang menjaganya dirumah. Kata beliau, "inilah anak saya yang merupakan usia saya berhijrah dari dunia lagha artis".

2- Beliau telah meninggalkan langsung hubungkait dengan dunia artis, rakan-rakan bahkan membuang telefon bimbitnya kerana dibimbangi akan dihubungi lagi oleh rakan-rakan artis yang lain.

3- Beliau istiqamah berserban dan jubah sekalipun ke luar negara.

4- Beliau kini menuntut ilmu ke syria tanpa apa-apa bantuan dan sumber kewangan. Kata beliau "sekiranya kita mahukan Islam, pasti Allah akan bantu".

Sudah lebih 2 tahun beliau berada di sana. Artis-artis yang lain hanyalah meninggalkan sekejap kemudian kembali semula dan bergelumang dengan noda artis seperti sediakala melainkan dengan imej baru - bertudung.

5. Kontroversi

Setiap kontroversi yang timbul adalah ciptaan saudara sendiri. Saya tidak ingin mendetailkan perkara ini kerana seluruh 'dunia' sudah mengetahuinya.

Saudara menonton wayang, dengan wanita bukan muhrim.

Saudara bercanda dengan wanita di pantai pada waktu malam, dan bersama-sama saudara, ada wanita yang terdedah dadanya, masalah rumahtangga dan bermacam-macam lagi.

Saudara sebenarnya mencipta fitnah kepada Islam kerana masyarakat melihat saudara mewakili Islam kerana imej dan panggilan ke "ustaz" an saudara itu.

Sedangkan Islam adalah bebas dari perbuatan saudara itu. Ia sama lah seperti orang cina tidak mahu masuk Islam kerana ada orang Islam mencuri. Islam adalah tidak ada kena mengena dengan mencuri tetapi orang Islam telah menjadi fitnah kepada Islam yang mulia.

Saudara mempunyai program sendiri dengan wajah Islam. Pihak Astro memang akan lebih gembira dengan kontroversi ini kerana beralasan kontroversi akan menaikkan rating sebuah program.

Namun Islam adalah Islam dan bukan seperti itu.

Alangkah besarnya pahala saudara sekiranya kerana kebaikan saudara, orang semalaysia mencontohi kebaikan itu.

DAN ALANGKAH BESARNYA DOSA SAUDARA SEKIRANYA PERBUATAN SAUDARA MENJADIKAN IMEJ ISLAM KELIHATAN HODOH DAN MENJAUHKAN ORANG DARI MENDEKATI ISLAM.

Saya menulis ini bukan kerana apa-apa tetapi tanggungjawab kerana menyayangi Islam. Niat saya, sekalipun orang tidak mengenali saya, semoga kita semua dapat memahami Islam dengan wajah yang sebenar sekali pun sedikit.

Saya bukan pengubah tetapi hanya penyampai..


* Kepada pencinta Islam ambil iktibar dari kisah ini. Terimalah artis seadanya, supaya jamaah Islam adalah tempat mereka membersihkan diri yang telah lama bergelumang.

Buat akil hayy – bermuhasabahlah .."

Muhyiddin tegur Utusan

Rahmah Ghazali | Jun 2, 09 7:00pm
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbarUtusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

muhyiddin yassin utusan melayu dikhianati 020609Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.

http://www1.malaysiakini.com/news/105679

Skim pinjaman khas

KUALA LUMPUR 1 Jun – Kerajaan sedia mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman wang untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap bagi mengelak golongan itu meminjam dengan ah long.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, skim pinjaman yang sedia ada kebanyakannya adalah untuk pekerja tetap dan ingin membuka perniagaan sahaja.

“Ketika ini tiada skim tertentu bagi membantu golongan tidak bekerja tetap, justeru kerajaan perlu melihat satu skim khas untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada media di sini hari ini.

Menurut Awang Adek, pihaknya perlu memperhalusi cadangan tersebut kerana ia melibatkan banyak pihak seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bank Negara dan badan-badan berkaitan.

Jelas beliau, jika skim tersebut dilaksanakan, ia akan dibuat untuk jangka masa panjang bukan seperti skim yang diperkenalkan oleh ah long.

“Perkara ini agak rumit, ia perlu diperhalusi ekoran kerajaan perlu memikirkan cara lebih efisien untuk pembayar menjelaskan balik pinjaman tanpa paksaan,” katanya.

Rabu lalu, polis membebaskan tiga lelaki yang diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.

Awang Adek menambah pada masa ini kerajaan menyediakan pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) bagi peminjam yang mahu menjalankan perniagaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi penduduk luar bandar.

Mengenai LHDN, Awang Adek memberitahu, jumlah pungutan cukai bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, jumlah keseluruhan pungutan cukai tahun ini dijangka terjejas ekoran keadaan ekonomi dunia yang meleset.

“Tahun lalu jumlah hasil kutipan adalah sebanyak RM90.6 bilion iaitu sebanyak 16 peratus peningkatan dari tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, jumlah individu yang telah disenarai hitam ekoran tidak menjelaskan pembayaran cukai telah menurun iaitu 42,000 orang sahaja berbanding 72,000 beberapa tahun sebelum ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Peragut dihukum penjara 30 bulan

02/06/2009 11:51am

SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.

Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.

Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...