Wednesday, June 3, 2009

Peragut dihukum penjara 30 bulan

02/06/2009 11:51am

SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.

Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.

Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...