Monday, August 24, 2009

Panduan elak klinik swasta keliru rawat H1N1



Ogos 24, 09 5:15pm
Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada semua hospital dan klinik swasta untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas kepada mereka dalam mengendalikan rawatan dan kes influenza A (H1N1).

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata garis panduan itu bagi menangani kekeliruan yang yang seringkali wujud di kalangan pengamal perubatan swasta dalam menangani kes-kes sedemikian.

Katanya perjumpaan tersebut dijangka diadakan dalam minggu ini dan ia dijangka mampu membantu mereka menangani kes H1N1 dengan lebih cepat dan cekap.

"Selain memberikan rawatan dengan cepat dan cekap, kita juga berharap agar klinik dan hospital swasta ini mempunyai bekalan antivirus yang mencukupi untuk diberikan kepada pesakit yang menunjukkan simptom-simptom H1N1," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat H1N1 kepada media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut meminta agar media tidak bergantung kepada statistik kes untuk membuat laporan berhubung situasi terkini H1N1 kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Bilangan kes yang dilaporkan setiap hari tidak menggambarkan keadaan sebenar dan boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya.

Sementara itu, Liow berkata seorang wanita berusia 38 tahun menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang.

Katanya mangsa sebelum itu telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas menghidapi demam dan batuk selama dua hari.

Katanya, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antivirus Tamiflu.


"Lima hari selepas menerima rawatan untuk influenza A, pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 20 Ogos selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan cyanosis.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan diberikan rawatan tamiflu, namun disahkan meninggal dunia pada 19 Ogos akibat pneumonia dan keputusan swab tekak pada 20 Ogos mengesahkan mangsa positif H1N1,"
katanya.

Liow juga berkata 1,455 pesakit penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 85 buah hospital, termasuk empat hospital swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, hanya 285 pesakit disahkan menghidap H1N1, dengan 39 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk dua kemasukan baru.

"Daripada 39 kes itu, 33 kes melibatkan pesakit yang berisiko iaitu penyakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak/bayi, penyakit pernafasan kronik, selepas hamil dan Sindrom Down,"
katanya.BERNAMA

http://www1.malaysiakini.com/news/111290

SAH: Guru SMK USJ12 korban A(H1N1)


PUTRAJAYA: Seorang guru wanita berusia 38 tahun daripada SMK USJ12 yang meninggal dunia pada 19 Ogos lalu menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, mangsa sebelum itu telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas demam dan batuk selama dua hari.

Menurut Liow, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif Influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antiviral Tamiflu.

"Lima hari selepas menerima rawatan untuk Influenza A, pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 20 Ogos selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan 'cyanosis'.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan diberikan rawatan tamiflu, namun disahkan meninggal dunia pada 19 Ogos akibat pneumonia dan keputusan swab tekak pada 20 Ogos mengesahkan mangsa positif H1N1," katanya.

Liow juga berkata, 1,455 pesakit penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 85 buah hospital, termasuk empat hospital swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, hanya 285 pesakit disahkan menghidap H1N1, dengan 39 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk dua kemasukan baru.

"Daripada 39 kes itu, 33 kes melibatkan pesakit yang berisiko iaitu penyakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak/bayi, penyakit respiratori kronik, postnatal dan Sindrom Down," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada semua hospital dan klinik swasta untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas kepada mereka dalam mengendalikan rawatan dan kes Influenza A (H1N1).

Liow berkata, garis panduan itu bagi menangani kekeliruan yang seringkali wujud di kalangan pengamal perubatan swasta dalam menangani kes-kes sedemikian.

Katanya lagi, perjumpaan tersebut dijangka diadakan dalam minggu ini dan ia diharap dapat membantu mereka menangani kes H1N1 dengan lebih cepat dan cekap.

"Selain memberikan rawatan dengan cepat dan cekap, kita juga berharap agar klinik dan hospital swasta ini mempunyai bekalan antiviral yang mencukupi untuk diberikan kepada pesakit yang menunjukkan simptomsimptom H1N1," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat H1N1 kepada media di sini hari ini.

Beliau turut meminta agar media tidak bergantung kepada statistik kes untuk membuat laporan berhubung situasi terkini H1N1 kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. "Bilangan kes yang dilaporkan setiap hari tidak menggambarkan keadaan sebenar dan boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya. BERNAMA

*cyanosis - blueness or lividness of the skin, as from imperfectly oxygenated blood.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/24/mstar_berita/20090824160220&sec=mstar_berita

Hukuman penjara 10 tahun ke atas dua bekas pengurus besar Tabung Haji dikekalkan

Hukuman penjara 10 tahun ke atas dua bekas pengurus besar Tabung Haji dikekalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tingi hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas dua bekas pengurus besar Tabung Haji yang didakwa melakukan pecah amanah dan tipu melibatkan wang berjumlah RM200 juta. BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2009/8/24/mstar_mahkamah/20090824143702&sec=mstar_mahkamah

Sunday, August 23, 2009

Mayat harum selepas 26 tahun ditanam


KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta.


JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.

Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.

Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut.

“Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983.

“Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.


GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.


Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.

Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.

Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.

Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan.

Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.

Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Saturday, August 22, 2009

Derita isteri 'jutawan'

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan penderaan seksual serta kelakuan liar suaminya yang sebelum ini mengaku sebagai seorang hartawan dari Lubnan, Farinnie Mohd Farid semalam memohon fasakh daripada Elli Youseff Najem.

Farinnie, 23, memohon fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam, dengan Elli Youseff, 49, selepas hampir setahun mereka tidak tinggal bersama.

Tuntutan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 dan difailkan pada 7 Ogos lalu.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu mahkamah saman penyampaian meminta Elli hadir di mahkamah tidak dapat disampaikan berikutan tiada orang di rumahnya.

“Pihak kami tahu defendan tinggal di situ. Kami menghantar saman itu di alamat itu kerana sebelum ini media ada melaporkan dia tinggal di rumah berkenaan bersama teman wanitanya, iaitu seorang warga Filipina.

“Mengikut laporan, defendan kini dalam siasatan polis berikutan wanita terbabit mati akibat terjatuh. Oleh itu kami memohon saman secara tampalan dilakukan,” katanya.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 16 September depan sebutan semula.

Terdahulu, Fakhrul Azman memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana tidak sihat manakala Elli tidak dapat dikesan.

Berdasarkan penyata tuntutan, Farinie mendakwa suaminya suka melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap orang gaji termasuk mencabul, seks oral, berjalan bogel dalam rumah serta memaksa pembantu rumah memandi dan mencukur bulu kemaluannya.

Katanya, jika perbuatan itu ditegur, defendan akan mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Farinie mendakwa defendan juga suka meliwatnya serta memaksa mengadakan hubungan kelamin walaupun ketika haid atau sedang berpantang dan jika enggan, Elli akan mengamuk dan memukulnya.

Dia juga mendakwa defendan bertindak zalim dan menganiayanya dengan menarik rambut, menengking dan bergaduh tanpa sebab.

Farinie juga mendakwa tidak tahan sikap Elli suka menipu untuk mendapatkan wang dengan menggunakan taktik orang lain perlu membayar wang pendahuluan terlebih dulu.

Elli juga didakwa sering menghalang isterinya menunaikan solat serta memaksanya makan di hadapan khalayak ramai ketika Ramadan.

Dalam penyata tuntutannya, Farinie seterusnya mendakwa Elli memaksanya memakai salib, tetapi gagal dan pada 20 Jun 2009 dia menerima beberapa keping gambar suaminya bersama seorang perempuan yang diakui sebagai isteri dan defendan memakai lambang itu.

Farinie berkata, dia menerima defendan sebagai suami kerana menyangka dia seorang yang baik, tetapi selepas pernikahan, barulah dia menyedari status bujang yang diikrarkan Elli sebenarnya palsu kerana mempunyai isteri di merata negara.

Wanita itu mendakwa Elli tidak mengaku anak yang dilahirkannya hasil perkahwinan mereka serta sering menuduh mereka anak luar nikah, menyebabkannya tertekan untuk meneruskan hidup bersama.

Farinie juga tertekan apabila sering menerima gambar menunjukkan suaminya bersama perempuan lain dan surat yang menghina serta membezakan dirinya dengan perempuan yang kini hidup bersama defendan.

Pasangan itu yang bernikah pda 6 Oktober 2005 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Price-Kovadis Elias, dua tahun dan Nur Analeeza Sofya, setahun.

Elli Youseff sebelum ini pernah menarik perhatian media dan rakyat negara ini dengan janji derma RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Malaysia serta membangunkan Lubnan dengan pelaburan lebih RM55.5 bilion.

http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090822091557/Article

Dulu gemuk, kini menawan


BERAT badan Needham pernah mencecah 115 kilogram.




NEEDHAM kini mempunyai tubuh yang menawan.


LONDON - Ketika bergelar mahasiswi pada usia 18 tahun, berat badan Leanne Needham mencecah 115 kilogram (kg) sekali gus memaksanya ponteng kuliah kerana tiada kerusi yang sesuai untuk dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, Needham yang kini berusia 21 tahun dinobatkan sebagai gadis yang berjaya menurunkan berat badan paling banyak pada tahun ini oleh pusat kecantikan Slimming World.

Dalam tempoh dua tahun, dia berjaya mengurangkan berat badan lebih 44 kg dengan kerap bersenam dan banyak memakan buah-buahan dan sayuran selain pasta serta telur.

"Saya berazam melakukan perubahan kerana malu dengan keadaan diri saya. Apabila anda gemuk, keyakinan diri anda menjadi rendah dan perasaan anda mudah terganggu," katanya.

Needham menerima wang tunai £2,000 (RM11,687) dan sebuah pemain cakera video digital (DVD) selepas memenangi pertandingan itu yang terbuka kepada golongan berusia antara 15 dan 21 tahun. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

H1N1 akan merebak

BEIJING – Kerajaan di seluruh dunia perlu menggandakan persediaan bagi menghadapi wabak selesema babi (H1N1), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Menurut WHO, persediaan itu perlu berikutan penyebaran global selesema babi dikhuatiri berlaku dengan lebih cepat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pengarah WHO Pasifik Barat, Shin Young-soo menjelaskan, virus influenza A diramal merebak lebih pantas diikuti dengan peningkatan dua kali ganda kes jangkitan selesema di kebanyakan negara.

“Pada satu peringkat, terdapat satu ‘le dakan’ jumlah kes,” kata Young-soo pada satu simposium pakar-pakar dan pegawai kesihatan di sini.

“Pastinya akan terdapat lebih banyak kematian dan kes,” tambahnya. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Pengguna Facebook pertama dipenjara


KEELEY tiba di sebuah mahkamah majistret di Worcester, England semalam.


LONDON – Seorang remaja, Keeley Houghton menjadi individu pertama yang dipenjara di Britain kerana membuli di alam siber selepas dia menyiarkan ancaman bunuh di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah mahkamah Britain menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Keeley, 18, kerana menulis dalam web peribadinya bahawa dia akan membunuh Emily Moore, remaja perempuan yang dibulinya sejak sekian lama.

“Keeley akan bunuh jalang itu (Moore),” menurut mesejnya di Facebook.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang 12 Julai lalu dan membiarkan komen itu berada di laman Facebook miliknya selama 24 jam.

Mahkamah Majistret Worcester diberitahu bahawa Moore, 18, menjadi mangsa Keeley selama empat tahun dan pernah menghadapi serangan fizikal selain rumahnya turut dirosakkan.

“Sejak Moore berusia 14 tahun, anda (Keeley) berulang kali mengugut dan mengasarinya. Pembuli sebenarnya pengecut sama ada di sekolah atau di kalangan masyarakat,” kata Hakim Bruce Morgan.

Remaja itu menangis ketika hakim membacakan hukuman tersebut.

Selain itu, dia turut dilarang daripada menghubungi Moore secara langsung melalui Internet atau dalam apa cara sekali pun selama lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang aktivis, Emma Jane Cross menyatakan hukuman itu akan menjadi rujukan penting dalam kes buli siber di Britain.

“Hukuman itu menjelaskan bahawa perbuatan membuli sama ada di dunia nyata atau di Internet boleh menjurus kepada kesalahan jenayah dan tidak boleh dibiarkan,” katanya. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Hari kedua tanpa korban


ORANG ramai memakai topeng penutup hidung dan mulut sementara menunggu waktu menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara semalam.





BUKIT MERTAJAM - Kes kematian akibat jangkitan pandemik selesema babi terus memperlihatkan trend yang melegakan dengan tiada kematian dilaporkan semalam iaitu hari kedua berturut-turut tanpa mengorbankan nyawa.

Namun begitu, jumlah kes baru masih tinggi dengan 380 termasuk 220 yang kemudian disahkan H1N1, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 5,876 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 1,556 pesakit masih dirawat di 98 buah hospital seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 44 pesakit masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi),'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pencegahan Penularan H1N1 di Klinik Desa Bukit Indra Muda di sini semalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya kerap menggunakan bahan pencuci tangan dan memakai topeng mulut dan hidung khususnya semasa berada di kawasan sesak.

"Meskipun terdapat hanya 0.1 hingga 0.4 peratus kematian, kita mesti menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan sebarang jangkitan,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Hanya ada 400,000 dos vaksin


MAKMAL Sanofi Pasteur di Perancis memperhebatkan pengeluaran vaksin H1N1 selepas menjadi syarikat ketiga setakat ini membuat ujian suntikan terhadap manusia.


BANGI - Malaysia tidak dapat membuat tempahan yang banyak untuk vaksin selesema babi atau H1N1, malah stok pertama yang dijangka tiba Oktober ini hanya 400,000 dos disebabkan persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Bilangan dos itu dipercayai hanya mencukupi untuk para petugas barisan hadapan wabak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persaingan untuk mendapatkan vaksin H1N1 cukup sengit selepas wabak itu menyerang banyak negara.

Namun, katanya, kementerian sedang berusaha membuat tempahan susulan daripada syarikat-syarikat pengeluar.

"Kita tidak dapat buat banyak tempahan pada peringkat pertama ini kerana hakikatnya semua negara kini berebut-rebut membelinya untuk rakyat masing-masing,'' katanya kepada pemberita pada majlis Syarahan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Tiong Lai berkata, pihaknya perlu memantau keberkesanan vaksin itu terlebih dahulu sebelum digunakan.

"Jika ia berkesan, baru kita akan membuat lebih banyak tempahan,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

H1N1: Tiada kematian baru, 310 telah didiscaj keluar hospital


KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1) didaftarkan Sabtu ini, manakala seramai 230 pesakit dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke wad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata seramai 310 pesakit telah didiscaj keluar dari hospital menjadikan baki yang dirawat setakat ini seramai 1,476 pesakit di 102 buah hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 316 kes disahkan positif H1N1, di mana 40 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kemasukan baru manakala lapan kes dipindah keluar dari unit itu.

"Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (tujuh), diabetes (lima), penyakit kronik (lima), asma/COAD (tiga), obesiti (tiga) mengandung/postnatal (satu) dan kanak-kanak istimewa (satu)," katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa wabak H1N1 di negara ini Sabtu ini.

Dr Mohd Ismail berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 negara.

Sehingga pukul 8 pagi ini, menurut WHO peningkatan kes jangkitan H1N1 dicatat sebanyak 1,227 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 234,569 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 34, menjadikan keseluruhan kematian sehingga kini sebanyak 2,433, katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Ismail menasihatkan individu yang mempunyai gejala ILI supaya bertanggungjawab tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak termasuk Bazar Ramadan, Masjid dan rumah-rumah ibadat lain.

"Ini adalah kerana anda masih boleh menyebarkan penyakit walaupun mengalami gejala demam dan batuk ringan. Sekiranya terpaksa mengunjungi tempat awam, pemakaian mask (topeng mulut dan hidung) menjadi kemestian sepanjang masa," katanya.BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/22/mstar_berita/20090822141729&sec=mstar_berita

Kartika akan berpakaian penuh, melutut dan disebat di belakang dengan rotan nipis


SUNGAI SIPUT: Wanita Islam Malaysia pertama yang akan dikenakan hukuman sebat minggu depan kerana meminum arak akan berpakaian penuh dan melutut, disebat di bahagian belakang badan dengan rotan kecil yang nipis dengan sebatan sederhana, demikian menurut laporan sebuah agensi berita antarabangsa hari ini.

Agensi berita Reuters dalam satu temuramah dengan Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, di kediaman bapanya di sini memetik wanita itu sebagai berkata yang dia masih belum menerima maklum balas berhubung permintaannya untuk menjalani hukuman itu di khalayak ramai.

Hukuman ke atas Kartika dijadualkan berlangsung minggu depan di sebuah penjara di Selangor selama seminggu bermula Isnin ini.

Reuters juga melaporkan, perbicaraannya yang panjang di mahkamah memaksanya berhenti kerja sepenuh masa di sebuah hospital dan sejak itu hanya bergantung kepada kerjaya sebagai model sambilan.

"Saya memberitahu yang saya seorang model untuk menyelamatkan kerjaya sepenuh masa saya...tetapi saya rasa malu kerana orang menggunakan status saya sebagai model untuk menghebahkan kes saya," katanya.

Tambah wanita itu lagi, pengalaman pahit selama 20 bulan sejak insiden ditahan meminum arak pada 2007 itu menambah rasa gementarnya, namun dia menghormati undang-undang yang mengharamkan umat Islam meminum dan membuat keputusan untuk menjalani hukuman enam sebatan itu.

Ibu kepada dua anak ini turut membayar denda RM5,000 atas kesalahan itu dan meminta hukuman yang sepatutnya dijalankan di penjara itu dilaksanakan di khalayak ramai. Bagaimanapun pihak berkuasa penjara sehingga kini tidak memberi maklum balas kepada permintaannya.

"Saya tidak menangis apabila hakim menjatuhkan hukuman itu. Saya memberitahu diri saya, tidak mengapa, teruskan dengan hukuman itu," kata Kartika.

Kartika ditahan pada 11 Disember 2007 di sebuah hotel di Kuantan, Pahang ketika sedang meminum arak.

Katanya, dia meminum tiga gelas minuman keras sebelum hotel itu diserbu pihak berkuasa agama sambil menambah, itu adalah kali kedua dia meminum arak.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/22/mstar_berita/20090821192254&sec=mstar_berita

Insurans tidak lindungi pesakit H1N1?

Ogos 22, 09 1:34pm
Persatuan Insurans Nyawa Malaysia (LIAM) berkata kesemua 16 syarikat insurans nyawa anggota persatuan itu akan membayar tuntutan yang dikemukakan akibat kematian dan kemasukan hospital
berikutan rawatan jangkitan
influenza A (H1N1).

"Meskipun majoriti polisi perubatan tidak memasukkan penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina oleh undang-undang, syarikat insurans hayat bertindak kepada keperluan mendesak negara berikutan peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu," menurut kenyataan LIAM di Kuala Lumpur semalam.


Menurut LIAM, syarikat insurans akan terus memantau situasi dan akan memaklumkan kepada pemegang polisi sebarang perubahan keputusan.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata perlindungan dan polisi kesihatan berbeza antara satu syarikat dengan syarikat lain.

"Ia bergantung kepada syarikat berkenaan sama ada mahu memasukkan Influenza A(H1N1) dalam polisi mereka. Kami tidak boleh memaksa mereka mengubah polisi," kata penasihat teknikal PIAM Tan Eng Leong kepada Bernama.

Menurut laman web PIAM, polisi kesihatan umumnya tidak mengecualikan rawatan kemasukkan ke hospital bagi jangkitan atau penyakit berjangkit seperti H1N1.

"Namun, beberapa polisi ada menyatakan pengecualian perlindungan bagi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina mengikut undang-undang.

Ini bermakna jika H1N1 diklasifikasikan sebagai satu penyakit berjangkit memerlukan kuarantina oleh undang-undang Malaysia, maka polisi sedemikian tidak meliputi perlindungan seperti perbelanjaan perubatan,"
kata beliau.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr David Quek Kwang Leng meminta syarikat insurans supaya lebih bermurah hati dan lebih memahami krisis seumpamanya.

"Kami menghadapi beberapa masalah dengan syarikat insurans kesihatan. Ini terutamanya berhubung kes-kes di hospital swasta di mana banyak syarikat insurans enggan membayar semula rawatan kerana telah termaktub dalam kontrak insurans perubatan, pengecualian rawatan wabak penyakit," kata beliau.

Beliau memuji insurans kesihatan Etiqa yang mengumumkan bahawa rawatan jangkitan H1N1 adalah penyakit yang boleh dibayar tuntutannya.

"Kami meminta syarikat insurans lain untuk mencontohinya. Jika tidak, kami berada dalam keadaan sukar untuk memberikan rawatan terbaik," katanya. BERNAMA

http://www1.malaysiakini.com/news/111162

H1N1 kini cecah 5,876 kes

Ogos 21, 09 4:14pm
Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan setakat ini hari ini, yang menyaksikan 380 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 5,876.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 1,556 pesakit masih berada di wad di 98 hospital di seluruh negara, dengan sejumlah 220 disahkan positif virus A (H1N1).

Beliau menasihatkan orang ramai menggunakan bahan pencuci tangan bagi membersihkan tangan dan menutup mulut dan hidung dengan penutup semasa berada di kawasan sesak bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

"Meskipun terdapat hanya 0.1 hingga 0.4 peratus kematian, kita mesti menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan sebarang jangkitan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pencegahan A (H1N1) di klinik Bukit Indera Muda di Permatang Pasir di Bukit Mertajam.

Liow, yang juga naib presiden MCA, bagaimanapun menasihatkan pengundi di Permatang Pasir tidak bimbang apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi itu pada 25 Ogos.

"Kami telah mengambil langkah drastik bagi mencegah penularan virus itu dan orang ramai tidak perlu begitu khuatir," kata beliau.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendidik semua petugas pilihan raya mengambil tindakan berjaga-jaga semasa pengundian Selasa ini.

"Kami juga akan mengedarkan penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan di semua pusat pengundian," kata Liow.

http://www1.malaysiakini.com/news/111117

Thursday, August 20, 2009

Tiada korban baru

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Tiada korban baru,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berhubung perkembangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

Katanya, ini bermakna kes kematian setakat ini kekal 67 orang.

Dr Mohd Ismail berkata, 257 orang disahkan positif H1N1 dan daripada jumlah itu, 36 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 21 kes lagi mempunyai faktor risiko antaranya diabetes, sakit kronik, lelah, kegemukan, kanak-kanak istimewa, bayi, wanita hamil dan bersalin.

“Pesakit perlu lebih peka serta memberi kerjasama dengan baik bagi mengawal penularan wabak ini. Mereka mempunyai simptom H1N1 sepatutnya tidak mengunjungi kawasan awam antaranya pusat beli-belah dan jangan naiki kenderaan awam.

“Walaupun ringan, virus berkenaan masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka batuk atau bersin,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan peningkatan angka korban virus Influenza A (H1N1) di negara ini kepada 67 orang apabila tiga lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Tiga mangsa terbaru itu membabitkan warga emas berumur 71 tahun, wanita berusia (33 tahun) dan kanak-kanak perempuan (10 tahun).

Dr Mohd Ismail meminta mereka mempunyai simptom penyakit itu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah dan mengelak menaiki kenderaan awam.

“Mereka mempunyai simptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka batuk atau bersin. Oleh itu, sesiapa yang ada simptom ini mesti berada di rumah, jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tidak bersimptom lagi,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah pencegahan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Section/index_html?mysec=Setempat

Cari penyakit di luar asrama

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar menyusup keluar dari asrama semata-mata untuk berjumpa teman lelakinya mengundang padah apabila dirogol lebih 10 lelaki di sebuah rumah di Wangsa Maju, petang kelmarin.

Pelajar malang terbabit pada mulanya dikatakan keluar dari asramanya berseorangan tanpa diketahui warden sejurus tamat waktu persekolahan bersama-sama pelajar lain yang tidak tinggal di asrama.

Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun memang berjanji dengan teman lelakinya untuk bertemu di luar sekolah dan sejurus dapat menyusup keluar, dia terus menghubungi teman lelakinya itu.

Menurut sumber polis, mangsa kemudian menunggu teman lelakinya itu di satu lokasi yang dijanjikan sebelum dibawa menaiki sebuah kereta.

“Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar sebelum singgah di sebuah rumah di Wangsa Maju. Di rumah itu, mangsa dirogol lebih daripada 10 lelaki tidak dikenali dipercayai rakan teman lelakinya itu.

“Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke asramanya. Mangsa yang terdesak dan trauma dengan kejadian itu menceritakan kejadian yang berlaku kepada warden asramanya,” katanya.

Mangsa dibawa warden asrama itu membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang.

Sumber terbabit berkata, beberapa jam selepas laporan dibuat, polis menahan beberapa suspek di sekitar Hulu Klang untuk siasatan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090820074451/Article/index_html

‘Saya sudah sedia’

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my

Mutalib ketika ditemui, semalam." title="AKUR...Kartika Sari Dewi dan bapanya Shukarnor
Mutalib ketika ditemui, semalam." height="202" width="300" border="0">
AKUR...Kartika Sari Dewi dan bapanya Shukarnor
Mutalib ketika ditemui, semalam.

SUNGAI SIPUT: “Jika boleh saya mahu keluarga dan sanak-saudara dibenar menyaksikan saya dirotan.

Malah, saya juga memohon supaya media dibenar membuat liputan ketika hukuman itu berlangsung,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Model sambilan itu mengulas hukuman enam sebatan secara syariah yang bakal dijalaninya di Penjara Wanita Kajang selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan, pada 11 Julai 2008

“Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apapun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan.

“Saya akur keputusan mahkamah menetapkan hukuman dilaksanakan di penjara walaupun niat saya tidak kesampaian,” katanya.

Ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang Salak (U) di sini, semalam, Kartika berkata niatnya mahu menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bukan untuk mengaibkan diri sendiri, tetapi ingin memberi pengajaran kepada orang lain yang masih meneguk air syaitan itu.

“Jika hukuman itu dilaksanakan di penjara, orang ramai tidak dapat menyaksikannya, sekali gus saya gagal menyampaikan mesej itu.

“Saya tak pernah menyesal atas keputusan yang saya buat (enggan membuat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan kepadanya).

“Saya sudah memalukan keluarga kerana dididik dengan ilmu agama sejak kecil oleh ibu bapa saya. Namun, saya alpa dan dengan hukuman ini saya harap ia dapat menyedarkan saya untuk kembali ke jalan benar,” katanya.

Kes Kartika mendapat liputan meluas selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas dia disabitkan kesalahan meminum arak.

Terdahulu pada 1 Disember tahun lalu, ibu kepada dua anak itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Kartika yang reda dengan hukuman itu mahu ia dilaksanakan di khalayak ramai, tetapi Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, kelmarin, mengeluarkan waran penahanan terhadapnya.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini, bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.

Kartika berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima hukuman dan menganggap ia balasan terhadapnya kerana melakukan dosa besar dan menconteng arang ke muka orang tua.

“Persediaan saya lebih kepada aspek kerohanian dengan membaca doa dan ayat al-Quran. Saya jangka hukuman akan dilakukan sebelum Ramadan.

“Bagaimanapun, saya reda dan anggap hukuman yang akan dijalankan pada bulan penuh berkat itu sebagai cabaran dan ujian daripada-Nya,”
katanya.

Sementara itu, suaminya, Muhammad Afandi Amir, 38, berkata dia pernah menyuruh Kartika membuat rayuan terhadap hukuman sebatan itu.

“Bagaimanapun, Kartika nekad dengan keputusannya untuk menerima hukuman sebatan dan saya menghormati pendiriannya.

“Saya sedih memikirkan kesihatan Kartika kerana hukuman itu nanti mungkin dijalankan pada Ramadan. Bagaimanapun, saya tetap menghormati keputusan mahkamah kerana ia sudah termaktub dalam undang-undang syariah,” katanya yang berharap ia akan menjadi iktibar kepada orang ramai.

Kartika yang berasal dari Sungai Siput, menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan Muhammad yang juga warga negara republik itu dan mempunyai dua anak, berusia tujuh dan lima tahun.

DNA boleh dipalsukan



SATU babak dalam drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation. - Gambar hiasan


WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...