Friday, June 17, 2011

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno
Jimadie Shah Othman
Jun 17, 11
11:06am

BERSIH mengalu-alukan keputusan Pemuda Umno untuk turut sama berhimpun dan berarak pada masa dan tempat yang sama dengan mereka pada 9 Julai ini.

NONEAnggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan cuba menghalang pergerakan itu kerana setiap pihak mempunyai hak berhimpun.

"Kami tidak akan cuba hentikan mereka. Mereka mempunyai hak berhimpun dan begitu juga kami.

"Kami menghormati hak masing-masing. Mereka hendak berhimpun atau berjalan, itu hak mereka," katanya.

Malam tadi, Pemuda Umno memutuskan berhimpun 'berdamping' dengan BERSIH bagi menyokong sistem pilihan raya sedia ada. Butiran lanjut bagaimanapun belum diumumkan.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, tiga kumpulan tersebut dijangka bertembung pada hari berkenaan.

kumpulan itu 'sebenarnya sama'

Ditanya sama ada pihaknya beranggapan bahawa tindakan itu merupakan provokasi, Maria berkata:

"Perhimpunan kami aman. Kalau ada provokasi, bukan datang daripada kami. Kami tidak keluarkan sebarang kenyataan (provokasi) dan menegaskan menolak keganasan."

umno youth rally 090209 khairy 02Mengulas berhubung kemungkinan berlaku pertembungan antara pihaknya dengan Pemuda Umno dan PERKASA, Maria secara berseloroh menyifatkan kedua-dua kumpulan itu "sebenarnya sama."

Dalam perkembangan berkaitan, Maria memberitahu sebanyak 2,000 kemeja-t rasmi BERSIH berwarna kuning akan mula diedarkan pada Ahad ini sewaktu pelancaran perhimpunan itu di ibu negara.

Menurut Maria, ia akan dijual dengan harga RM15 setiap satu.

Akan diedarkan juga pengikat kepala BERSIH dan risalah menjelaskan lapan tuntutan mereka beserta satu risalah berhubung persempedanan semula kawasan pilihan raya, tambah Maria.

Selain ucapan wakil NGO yang menyokong perhimpunan itu, majlis tersebut juga akan menayangkan dokumentari ringkas berhubung pembelian undi dalam pilihan raya, termasuk kejadian dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

"Kami undang semua wakil parti politik tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan untuk memberikan sokongan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/167188

Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion

Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion
Wira Arjuna
Jun 17, 11
9:36am

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan didapati memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil oleh mereka.

NONEBagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen semalam bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

NONEPada ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh ketua pembangkang mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Tidak pernah tindas

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

palm oil plantation 111005“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

felda tenang calonAnwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Ahmad pada siadang Dewan Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

NONERibuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


http://malaysiakini.com/news/167183

Cybersecurity: Serangan siber dijangka berterusan

Cybersecurity: Serangan siber dijangka berterusan
Jun 17, 11 9:24am

Serangan terhadap beberapa laman web berkaitan kerajaan dijangka berterusan beberapa hari lagi, kata ketua pegawai eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol. (B) Husin Jazri.

Beliau berkata penyerang siber menyasarkan aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

NONE"Cybersecurity, melalui Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), mendapati wujud peningkatan ketara dalam kegiatan berkaitan keselamatan siber dalam tempoh 24 jam lepas.

"Berdasarkan pemerhatian kami, serangan yang dilakukan akan menjejaskan kerahsiaan, integriti maklumat dan kewujudan laman web. Ini seterusnya boleh menjejaskan kegiatan perniagaan sesebuah organisasi," katanya dalam kenyataan.

Oleh itu, Cybersecurity menasihati semua pemilik sistem supaya sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah perlu untuk melindungi laman web masing-masing.

Awal pagi semalam, serangan dikenali sebagai 'Operation Malaysia' dilakukan oleh sebuah kumpulan antarabangsa menggunakan nama 'Anonymous' yang menjejaskan 51 laman web termasuk http://malaysia.gov.my dan http://sabahtourism.com.

hacked parliamentSerangan siber juga dipercayai dilakukan kumpulan lain berikutan pengesanan modus operandi berbeza seperti yang digunakan oleh sebuah kumpulan tempatan yang menggelarkan dirinya sebagai Dragon Force, yang lebih gemar melumpuhkan laman sesuatu web dan menghiasi laman itu dengan imejnya.

Pengurus operasi BubTech Sdn Bhd Mazniezan Iqram Mat Zain berkata kumpulan Anonymous cuba mempamerkan kemarahannya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail kerana ia melanggar Akta Hakcipta 1987.

"Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS.

"Sebenarnya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan ialah untuk memerangi kegiatan pelanunan dan menghalang laman web berkenaan daripada berkongsi secara haram fail yng mengandungi lagu, filem dan fail," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167182

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad
Norain Saleh
Jun 17, 11
8:47am

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

NONE“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.

http://malaysiakini.com/news/167179

'Keterangan bercanggah atas desakan Khir'

'Keterangan bercanggah atas desakan Khir'
Jun 16, 11 9:08pm

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa beliau memberi tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 dan 7 Jun lepas atas desakan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

NONEShamsuddin berkata desakan itu berlaku selepas beliau dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan, dan "saya menerima banyak desakan daripada Mohamad Khir untuk tidak melibatkan diri beliau."

"Kerap kali saya dijanjikan bahawa kes akan dikawal, iaitu tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan beliau. Saya yakin dan percaya saya datang ke SPRM sebagai saksi dan bila SPRM datang hendak hantar surat, rupa-rupanya mereka datang bawa surat pendakwaan.

"Pada hari orang SPRM datang bawa surat untuk saya didakwa di mahkamah pun, Mohamad Khir masih cakap jangan bimbang, kita boleh selesaikan perkara ini. Itu janji-janji beliau," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed.

Shamsuddin memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes terhadap Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui Shamsuddin.

khir toyo mansion 060709 06Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun melepaskan dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung tuduhan tersebut.

Semalam, Shamsuddin memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada 2009 dan sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat iaitu pada 7 Jun lepas.

Kepada soalan lain, Shamsuddin berkata beliau tidak memaklumkan laporan penilaian yang dibuat oleh penilai yang dilantiknya, Trans Asia Properties kepada Dr Mohamad Khir pada perjanjian jual beli pada 2007 atas sebab harga rumah yang ditawarkan masa itu adalah sama dengan penilaian rumah iaitu RM5.5 juta.

NONEShamsuddin berkata nilai itu hanya dimaklumkan kepadanya secara lisan oleh penilai harta berkenaan tetapi tidak mempunyai dokumen mengenai penilaian itu ketika urusan jual beli.

"Tidak perlu bagi saya menunjukkan kepada Dr Mohamad Khir laporan nilai Trans Asia kerana ia telah disampaikan kepada Dr Mohamad Khir dalam perbincangan saya bersama Dr Mohamad Khir di mana saya meminta RM5.5 juta, yang saya percaya adalah angka yang munasabah.

"Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir tidak setuju dengan harga itu dan minta dikurangkan kepada RM3.5 juta," katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata Shamsuddin gagal untuk mendedahkan fakta itu (laporan penilaian) kepada Dr Mohamad Khir, dan dengan itu menafikannya peluang yang saksama untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki bersambung Isnin depan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167171

BERSIH: Pemuda PAS hantar memo pada Suhakam

BERSIH: Pemuda PAS hantar memo pada Suhakam
Abdul Rahim Sabri
Jun 16, 11
5:40pm

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menuntut semua pihak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Suhakam, Shahizad Sulaiman jam 3.35 petang ini.

Turut sama ialah beberapa pemimpin PAS Pusat dan Pemuda PAS Johor termasuk exco Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan peguam Zulhazmi Shariff.

NONEDalam memorandum tersebut, Suhaizan memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH kerana dikhuatiri ia mengancam keselamatan negara, mengganggu sosio-ekonomi, keadaan trafik dan aktiviti perniagaan.

"Kenyataan ini dengan jelas (menunjukkan) polis tidak menghormati Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya.

Menurutnya, perkara 27 Akta Polis (akta 344) berhubung kuasa mengawalselia perhimpunan, perjumpaan atau perarakan adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan, dan bukannya menghalang kebebasan.

Laporan polis

Selain itu, Suhaizan turut menyelar pihak yang membuat laporan polis, yang didakwanya "untuk menggagalkan" perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

"(Ia) adalah suatu tindakan tidak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata," memorandum itu dipetik.

Dalam aduan lisannya, Suhaizan mendakwa kenyataan Khalid itu bersifat prejudis dan sepatutnya beliau perlu bersikap lebih profesional.

"Sepatutnya beliau terima (dahulu) permohonan (permit daripada BERSIH).

"Kita kecewa dengan semua ini. Pemuda PAS minta Suhakan memberi penegasan kepada polis dan NGO (lain) supaya menghormati perkara 10," katanya.

Sementara itu, Zulhazmi turut membidas polis yang memberi amaran untuk membuat 'tangkapan pencegahan' sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut.

NONEBeliau berkata, tidak ada peruntukan untuk membuat tangkapan pencegahan.

"Macam mana nak tangkap, sedangkan kesalahan itu belum berlaku," katanya.

'Salah siapa?'

"Diumumkan akan ada tangkapan pencegahan, bila? Kita tak tahu...Jadi sesiapa sahaja yang ada di Kuala Lumpur, contohnya di Sogo pada 8 Julai, (mereka) akan menanggungnya," katanya.

Jika terjadinya perkara itu, Zulhazmi mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian atau peniaga menutup kedai.

"Siapa yang menyebabkan kerugian, sunyi sepi (ibu kota) kerana peniaga tutup kedai. Salah siapa? Salah penganjur atau polis?" katanya.

Beliau juga turut membidas campurtangan pihak lain yang didakwanya cuba membuat kacau di perhimpunan tersebut.

"Sepatutnya pihak satu lagi yang nak buat kacau perlu diberi perhatian," katanya.

Sementara itu, Mohd Sany pula menyatakan janji Pemuda PAS untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan ketika perhimpunan tersebut.

Ia berdasarkan pengalaman sayap PAS itu terlibat dengan banyak perhimpunan seumpama itu sebelum ini.

"Kita hadir untuk menuntut pilihan raya yang adil. Kita tidak akan mencetuskan huru-hara dan mengganggu keselamatan negara. Harap polis dapat berlaku adil,"tegasnya.

Sementara itu, dalam reaksinya terhadap memorandum itu, Shahizad berkata, beliau akan memanjangkannya kepada suruhanjaya itu untuk dibincangkan dan diputuskan untuk tindakan lanjut.

Katanya, beliau hanya mewakili pesuruhjaya lain kerana ada di kalangan mereka mempunyai urusan di luar, termasuk berada di Sabah.

http://malaysiakini.com/news/167147

TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat

TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat
Jun 16, 11 5:15pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.

NONEBeliau berkata, rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan ketidaktenteraman kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis takkan keluarkan permit maka ia satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.

"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang," katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata pihak terbabit tidak mengambil kira soal keamanan negara yang dicapai kini tetapi hanya memikirkan soal kepentingan politik dan puak mereka sahaja.

bersih rally 271207 03"Pelbagai tuduhan dan isu akan timbul, pelbagai perkara yang tidak menyenangkan akan dibangkitkan, negara yang aman nak kita kekalkan dalam keadaan yang baik, ekonomi sudah berkembang, tetapi mereka tidak ambil kira soal itu," katanya.

Perhimpunan kali kedua itu dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

Pada 2007, BERSIH yang menggunakan slogan "Gelombang Kuning", menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan nelayan dan pemilik bot yang melancarkan mogok apabila tidak ke laut sebagai bantahan terhadap penarikan subsidi super diesel berkuatkuasa bulan ini, Muhyiddin berkata mereka sepatutnya tidak bertindak terburu-buru.

NONE"Ini kerana ia boleh menjejaskan penangkapan ikan yang boleh memberi kesan kepada bekalan ikan negara. Tentunya kesan panjang ia tidak baik, apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu mereka," katanya.

Muhyiddin berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, sudah pun meneliti perkara itu dan ia akan dibawa ke Kabinet.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167142

Kartunis Utusan, rogol dan zina

Kartunis Utusan, rogol dan zina
Mohd Asri Zainul Abidin
Jun 16, 11
4:47pm

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

http://malaysiakini.com/news/167136

Penapisan internet: K'jaan ada kuasa, kata TPM

Penapisan internet: K'jaan ada kuasa, kata TPM
Jun 16, 11 4:14pm

Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

"Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar "Anonymous" yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

NONEKumpulan itu bertindak demikian kerana menuduh kerajaan Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan.

Laporan lengkap

"Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan.

"Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara," katanya.

azlanSementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen esok.

"Saya tidak dapat maklumat secara terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya," katanya.

ng yen yen pc 150611 facebookBeliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu.

"Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan," katanya.

Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi, sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167128

Projek terbengkalai: K'jaan keluar surat pengesahan

Projek terbengkalai: K'jaan keluar surat pengesahan
Jun 16, 11 3:42pm

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai bagi mengurangkan beban pembayaran ansuran pinjaman rumah oleh pengguna yang menghadapi masalah projek terbengkalai dan sakit.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungMenterinya Datuk Chor Chee Heung berkata langkah itu bagi membolehkan pembeli dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan-kemudahan lain dalam proses pembelian rumah.

Beliau berkata dengan adanya surat pengesahan berkenaan, pembeli boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan membuat penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman oleh institusi perbankan.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan untuk sama ada membatalkan pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama) atau menangguhkan kenaan faedah pinjaman empat peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima tahun (mana-mana yang terdahulu).

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya memandang serius isu projek perumahan terbengkalai yang menimpa rakyat," katanya ketika menjawab soalan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) di Dewan Rakyat hari ini.

Kamalanathan meminta supaya kementerian menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang gagal menyiapkan projek perumahan seperti yang dijanjikan.

azlanDalam pada itu, Chor berkata kementerian kini dalam peringkat akhir proses menambahbaik perundangan sedia ada melalui pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Perlesenan) 1996 (Akta 118).

Katanya pindaan adalah untuk mewujudkan peruntukan khas bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan atau menyebabkan suatu projek perumahan terbengkalai.

Menurut beliau kesalahan ini dicadangkan dikenakan denda sebanyak RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

"Di dalam cadangan pindaan akta ini juga, kementerian bercadang menaikkan kadar deposit daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan yang diperakui oleh arkitek (tidak termasuk kos tanah tetapi termasuk yuran profesional)," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167121

RM3.5 juta terlalu rendah, tegas saksi

RM3.5 juta terlalu rendah, tegas saksi
Hazlan Zakaria
Jun 16, 11
3:37pm

Pengarah Ditamas Shamsuddin Hayroni menegaskan bahawa harga RM3.5 juta adalah terlalu untuk banglo mewah dan hartanah yang terletak di lot 8 dan 10 di kawasan Jalan Suasa di Seksyen 7 Shah Alam.

Sebaliknya, kata Shamsuddin, harga yang munasabah adalah RM5.5 juta seperti yang dimintanya.

NONEShamsuddin juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau "tidak ada pilihan" tetapi bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada
bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo pada harga yang rendah kerana 'bimbang perniagaan dan projeknya yang sedang dijalankan di Selangor akan terjejas'.


Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam demikian ketika disoal-balas oleh peguambela Kamarul Hisham Kamaruddin, pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah terhadap Dr Mohd Khir.

Kamarul mendesak Shamsuddin (kiri) supaya mengakui bahawa RM3.5 juta adalah sebut harga yang berpatutan oleh Dr Mohd Khir kerana tidak ada sebab bagi beliau untuk mempercayai sebaliknya, berdasarkan kepada maklumat yang ada padanya.

Peguambela itu memetik penilaian hartanah kerajaan sebelum ini yang meletakkan harganya pada kira-kira RM4.3 juta.

Beliau menganjurkan bahawa penilaian itu adalah untuk sebuah bangunan yang siap, manakala hartanah itu, ketika dibeli oleh Dr Mohd Khir adalah 60 peratus siap kerja pengubahsuaiannya. Beliau menganjurkan bahawa adalah munasabah harganya lebih rendah kerana pembinaannya belum siap.

khir toyo mansion 060709 03Kamarul juga berkata Shamsuddin - yang sebelum itu mendapat penilaian hartanah itu dari penilai Valuer Trans Asia pada harga RM5.5 juta - gagal untuk mendedahkan fakta itu kepada Dr Mohd Khir, dan dengan itu menafikannya peluang yang saksama untuk mendapatkan harga yang lebih baik dan menyediakan asas bagi harga jualannya yang lebih tinggi.

Shamsuddin bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa jumlah tersebut tidak munasabah, sambil menambah bahawa tidak perlu baginya untuk menunjukkan kepada Dr Mohd Khir laporan Valuer Asia Trans kerana ia telah disampaikan kepada Dr Mohd Khir dalam perbincangan mereka di mana beliau meminta RM5.5 juta, yang beliau percaya adalah angka yang munasabah.



http://malaysiakini.com/news/167119
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...