Jun 17, 11
9:36am
Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.
Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.
Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.
Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.
Tidak pernah tindas
Anwar meminta kerajaan  Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda,  Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh  mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan  RM1.197 bilion Felda tahun lalu.
Anwar berkata Felda sepatutnya mampu  memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih  telus.
Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk  menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah  dunia melambung tinggi.Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak  mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan  yang bakal dicapai.
Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa  rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion  pada tahun 2009.
Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno  ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering  mengundang tindakan padah daripada pemerintah.
Ahmad pada siadang Dewan  Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun  keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh  peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan  pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk  hasil sawit yang diusahakan.
Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos  lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di  Kemahang.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
http://malaysiakini.com/news/167183
 
 
No comments:
Post a Comment