Sunday, September 21, 2008

Maut gara-gara berebut asam boi

JOHOR BAHRU – Gara-gara meleraikan pergaduhan tiga adiknya yang berebut asam boi, seorang abang berusia 24 tahun tertikam adik lelakinya hingga mati di Kampung Paya, Layang-Layang, Kluang semalam.

Dalam kejadian 9 pagi itu, adik perempuan berusia tiga tahun telah memakan asam boi milik kakaknya yang berusia 14 tahun lalu berlaku pergaduhan antara mereka.

Justeru, abangnya iaitu mangsa yang berusia 20 tahun cuba meleraikan pergaduhan kedua-dua adik perempuannya itu.

Bagaimanapun, perbuatannya itu menimbulkan kemarahan abang mereka yang berusia 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis Fauzi Arshad berkata, akibatnya berlaku pergaduhan antara kedua mereka dan ketika itu abang yang berusia 24 tahun telah tertikam adiknya yang berusia 20 tahun menggunakan sebilah parang.

“Dalam pergaduhan itu, mangsa ditikam di rusuk kiri. Mangsa yang cedera parah kemudiannya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kluang, bagaimanapun meninggal dunia dalam perjalanan tersebut,” katanya sambil membertahu ketika kejadian ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...