Monday, October 27, 2008

'Tak perlu minta restu mereka'


NASRUDIN bersama Fadilah di Lombok.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Nasrudin Dahrom, 24, lelaki yang menimbulkan kontroversi kerana melarikan Nor Fadilah Ahmad, 18, untuk dikahwininya di Lombok, Indonesia, bertegas enggan ke Malaysia untuk mendapatkan restu kedua-dua ibu bapa gadis itu.

Dia enggan bertemu ibu bapa Fadilah dan berkahwin mengikut cara yang betul di negara ini kerana yakin mendapat tentangan khususnya daripada bapa gadis itu, Ahmad Abdul Hamid.

"Sebelum ini pun saya sudah mencuba tetapi, bapa Fadilah masih tetap berkeras tidak membenarkan kami berkahwin dan jika saya perlu ke sana untuk mendapatkan Fadilah dengan cara yang betul mengikut adat di sana,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin Dahrom mendapat perhatian ramai pada 24 September lalu Ahmad meluahkan rasa kecewa setelah mendapat tahu anaknya dilarikan oleh pemuda tersebut.

Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.

Dalam pada itu, keluarga Fadilah dijangka berlepas ke Mataram, Nusa Tenggara Barat hari ini untuk berjumpa semula dengan anak mereka itu sambil diiringi rombongan Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...