Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 15 tahun mengamuk menggunakan pistol milik bapanya dan melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan ibunya di Bandar Country Homes, Rawang, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja lelaki terbabit dikatakan dimarahi bapanya yang juga seorang anggota polis berpangkat sarjan sebelum mengambil pistol jenis Glock yang disimpan dalam almari.
Dalam kekecohan itu, remaja itu melepaskan tembakan di halaman rumah dan mengenai rusuk kanan ibunya yang berusia lingkungan 40-an.
Insiden itu tidak berakhir di situ saja kerana remaja itu seolah-olah hilang pertimbangan dan enggan menyerah senjata.
Sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke sana bagi melakukan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata ibu remaja itu yang terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh oleh jirannya.
“Dia kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.
“Ketika kejadian, bapa, ibu dan tiga adik remaja itu berada di rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Difahamkan, remaja itu anak sulung daripada empat beradik dan baru menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), baru-baru ini.
Khalid berkata, siasatan mendapati hanya satu das tembakan dilepaskan remaja terbabit dan terdapat beberapa butir peluru dalam pistol itu.
Menurutnya, polis yang mulanya menyangka remaja itu berada dalam rumah cuba memujuk supaya dia menyerah.
“Bagaimanapun ketika memasuki rumah itu, dia tiada dan pemeriksaan mendapati pistol itu dibawa bersamanya.
“Polis yang melakukan gerakan mengesannya kemudian berjaya menahan remaja itu yang menaiki motosikal bersama rakannya kira-kira jam 12.15 tengah malam tidak jauh dari situ,” katanya.
Beliau berkata, pistol yang dilarikan remaja itu ditemui dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan.
Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20081126084823/Article

No comments:
Post a Comment