Monday, December 22, 2008

Ratu cantik filemkan pengalaman dirogol


LINOR ABARGIL (tengah) bergambar selepas diumum sebagai
pemenang pertandingan Miss World di Pulau Seychelle pada 26 November 1998.
--------------------------------------------------------------------------------


MILAN - Bekas pemenang ratu cantik Miss World, Linor Abargil dalam proses pembikinan filem dokumentari yang memaparkan pengalamannya ditikam sebelum dirogol dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.

Abargil, 28, hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum dirogol dengan kejam di Milan, Itali beberapa minggu sebelum memenangi gelaran Miss World pada 1998.

Selepas 10 tahun, model dari Israel itu kembali ke lokasi dia diperkosa dan berharap filem tersebut memberi inspirasi kepada mangsa rogol untuk melaporkan jenayah itu.

"Saya ingin bersama wanita yang menjadi mangsa rogol. Sekiranya filem ini dihasilkan 10 tahun lalu, saya mungkin kelihatan sebagai mangsa tetapi pada hari ini saya menjadi penyelamat," katanya.

Filem itu akan diterbit dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Cecilia Peck manakala Abargil akan membantu memberi gambaran sebenar mengenai kejadian yang membawa kepada serangan tersebut.

Abargil yang berumur 18 tahun ketika kejadian itu dirogol beberapa kali gara-gara menumpang kereta seorang ejen pelancongan dari Israel, Uri Shlomo di Milan.

Bagaimanapun, Abargil berjaya memujuk lelaki itu supaya melepaskannya sebelum dia melaporkan kepada pihak polis sehari selepas itu.

Namun, Shlomo dibebaskan selepas disoal siasat oleh pihak berkuasa Itali tetapi dia ditahan semula dan dihukum penjara 16 tahun berikutan tindakan polis Israel mengambil alih kes tersebut. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...