Monday, May 4, 2009

KENAPALAH MASIH ADA LAGI ORANG TAK SEDAR BAHAWA AF TU HARAM

Selasa, April 28, 2009

Posted on Tuesday, April 28 @ 00:00:00 MYT by Paktam
Oleh keraspedal

Sekarang AF dan masuk musim ke tujuh,'berkat' sokongan orang ramai. Mereka tak tahu ke ini kerja haram? Mufti dan Ulama pun kata haram......yang halalkan hanya UMNO.

Saluran yang menyiarkan rancangan seperti ini adalah saluran maksiat, ia mampu meruntuhkan akhlak serta harga diri remaja, dan Ulama luar negara menyifatkan program seperti AF (dan yang sewaktu dengannya) sebagai satu jenayah berat terhadap umat islam..

Selajutnya,bereka juga berkata, program ini menjadi haram menurut kaca mata islam kerana ia berkonsepkan hiburan yang menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung selama berbulan-bulan lamanya. Ia meliputi cara-ara menari, berpegang tangan antara lelaki dan wanita, pakai pakaian yang mendedahkan aurat serta menjolok mata..

Bahkan perdengarkan suara perempuan di khalayak adalah haram, mereka tanpa segan silu terkinja kinja, diiringi alunan mizik yang melalaikan. Ia juga seolah-olah diperdagangkan untuk tontonan umum.

Ini amat bertentangan dengan nilai tamadun serta ajaran Islam. Para Ulama juga menyeru agar mereka yang terlibat dalam meraih pendapatan darinya supaya segera bertaubat. Para uUama juga berpendapat, bukan hanya peserta yang harus bertaubat, bahkan para penonton.. jika ada penonton yang memberi undi kepada peserta ini, ini adalah satu dosa dan setiap dosa yang bakal artis itu dapat, anda juga kan memperoleh dosa yang sama...kerana apa? kerana atas usaha andalah (mengundi mereka) yang menyebabkan penyanyi ini menang dan seterusnya mengkhayalkan orang ramai.

sumbar:

http://keraspedal.blogspot.com/"

Diedit (sikitlah titik koma dan huruf besar keciknya jer tak ubah ISI langsung)
Oleh: Ambuyat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...