Wednesday, July 22, 2009

Bos geng penyeluk saku Mangkui ditahan


KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.



HERMOSA


KUALA LUMPUR - Ketua Geng Mangkui yang aktif dalam jenayah menyeluk saku di ibu negara ditahan bersama enam anggotanya termasuk tiga wanita ketika bersembunyi di Skudai, Johor Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua anggota kumpulan penjenayah warga Filipina yang berumur 30 hingga 60 tahun ditahan ketika mereka sedang tidur di dua buah hotel.

"Mangkui atau nama sebenarnya Hermosa Mansio, 60, dan anggotanya dipercayai sedang bersembunyi di situ selepas mereka menjadi buruan polis," kata beliau selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Stesen LRT Pasar Seni di sini semalam.

Menurut beliau, polis merampas dua jam tangan, sebuah kamera digital, satu dompet berisi wang tunai RM700, satu beg pinggang dan beberapa telefon bimbit dalam serbuan di kedua-dua hotel itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...