Sunday, September 26, 2010

Berjumpa dalam mimpi

2010/09/25

SHAH ALAM: Bukan saja ungkapan maaf daripada Sosilawati, malah jutawan pemurah itu turut hadir di dalam mimpinya.

Selepas ke bilik air pada jam 3 pagi dan kembali ke bilik, tidurnya didatangi mimpi.


“Saya bermimpi bertemu Sosilawati di dalam ladang getah ketika tengah hari. Dia memakai baju biru.


“Saya memeluknya dan memberitahu, dia selamat rupanya, tetapi Sosilawati hanya mendiamkan diri dan riak wajahnya biasa saja,”
katanya eksklusif kepada Metro Ahad.


Siti berkata, dalam mimpinya, Sosilawati menjalani sesi fotografi untuk majalah khusus untuk Aidilfitri.


“Walaupun ladang getah, saya lihat suasananya cantik. Staf Sosilawati beritahu, majikannya mahu char kuetiau dan fresh orange dan saya menyediakannya.


“Ketika menyediakan makanan itu, saya lihat Sosilawati disolek dan kemudian diambil gambar. Selepas habis sesi fotografi, dia menepuk belakang saya dan menyuruh saya menjaga anaknya,”
katanya.


Selepas menerima pesanan supaya menjaga anak daripada Sosilawati, Siti tersedar daripada mimpinya apabila azan Subuh berkumandang.


Selepas habis bersolat, Siti menerima panggilan telefon daripada saudaranya yang memberitahu Sosilawati dibunuh dan mayatnya dibakar.


“Hancur luluh hati saya apabila mendengar perkhabaran berkenaan. Saya sangkakan mimpi itu menggembirakan tetapi ada khabar duka disebaliknya,” katanya.


Menurut Siti, selepas mengetahui Sosilawati hilang, setiap hari selepas bersolat dia berdoa supaya sahabat karibnya selamat. Pada masa sama dia turut bersolat hajat memohon supaya Sosilawati ditemui semula dalam keadaan selamat.


“Barangkali ada yang beranggapan saya membuat cerita mengenai mimpi itu tetapi demi Allah, memang saya didatangi mimpi sedemikian rupa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berjumpadalammimpi/myMA/myArticle/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...