Dis 4, 10
3:45pm
“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.
Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.
“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.
Dacing berat sebelah
“Ini akan menjadi  satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa  menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan,  pagi ini.Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan  kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat  sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu  sendiri.
“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana  BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan  utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja”.
“BN  sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya  untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita  masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah  sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?”  soalnya.
Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah  Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses  pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani  pemeriksaan badan yang lengkap”.“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno)  bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus  dengan pemilihan sendiri.
“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian  dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa  masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti  jika tidak ada pemilihan diadakan?
“Jadi bagi mencergaskan semula dan  memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada  pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak  akan bertanding semula.
Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.
http://malaysiakini.com/news/149983
 
 
No comments:
Post a Comment