Isu negara Islam
Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau  Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah  dipersetui secara sepakat.
"Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi.  Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan  difokus adalah isu bersama,” kata Anwar.
“Kenapa perlu dibawa isu yang  kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada  konsensus."Isu martabatkan Islam adalah dalam kerangka perlembagaan  dan sebagai seorang Muslim, kami di Pakatan akan bergerak bersama berhubung isu  dan agenda yang kita ada konsensus,” katanya.
Selain memperkasakan agenda  bersama gagasan itu, kovensyen kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu  kepada bagi mpertahankan perlembagaan negara dan membela rakyat segenap lapisan  tanpa mengira agama dan bangsa.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata  mereka akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13 dan membincangkan  strategi masing-masing.
"Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi  itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen),"  katanya.Mesyuarat hari ini diadakan seminggu sebelum konvensyen  Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan  isu ketuanan Melayu untuk membakar sentimen perkauman di  negara ini.
"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk  mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan  fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat  Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas  prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," katanya.
Semakin liar
Menurut Anwar berkata Umno  semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang  sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan  datang.Lim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap  Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.
"Baru-baru ini  kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap)  parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan  khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.
Abdul Hadi berkata  ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang  tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda  bersama gagasan pembangkang itu.
"Kita telah meletakkan satu asas kukuh  melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan  pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara  bermasyarakat majmuk. 
TPM Cina“Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam  merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya.
Ditanya  wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan  Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat  keputusan berdasrkan perlembagaan negara.
"Kita belum menang ataupun  ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya  lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara),” katanya.
http://malaysiakini.com/news/150577
 
 
No comments:
Post a Comment