KUALA LUMPUR, 13 Dis: Singapura hari ini berkata  laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian  Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita  nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar  Ibrahim sahaja.
"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks,"  kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu, lapor  Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin  di rantau ini yang didedahkan Wikileaks.
Bagi Bernama, laporan itu  merujuk kepada pendedahan bahawa Datuk Seri Anwar telah diperangkap dan Anwar  masuk ke dalam perangkap itu.
Namun, agensi berita itu tidak melaporkan  pendedahan lain yang dibuat oleh Wikileaks dalam laporan mereka  itu.
Antaranya, diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam satu  mesyuarat pada September 2008, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS  David Sedney berkata: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang  berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan  didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan  perempuan Mongolia Altantuya Sharibu.
Dia mengulangi pendapatnya bahawa  “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.
Seorang lagi  diplomat Singapura, Peter Ho dalam Mac 2008, mengutuk mantan Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah  Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih  kasar.
Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana  tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat  pertalian keluarga”.
Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi  tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.
Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun  setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak  sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus  dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29819:singapura-minta-jangan-ambil-luar-konteks-bernama-hanya-anwar-&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment