Feb 26, 11
1:20pm
Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.
Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.
Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.
Syed Ibrahim menepiskan isu tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu  'serangan peribadi'.
Katanya, oleh kerana tiada isu besar yang di kawasan  itu, maka isu itu ditimbulkan di Kerdau.
Sementara itu, calon PAS pula,  Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan  perasaan optimis.
Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan  dan strateginya.
'2Malaysia'
"(Strategi  saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum  lebar.
Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di  Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan  pemimpin kedua-dua parti.
BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula  rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat  menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada  slogan 1Malaysia.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk  Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah  Salleh.
Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin  Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin  Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Di luar  dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40  meter.
Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim  pula berarak bersama 1,000 orang.
Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN  lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan  poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya.
Tiada  insiden tidak diingi berlaku.
http://malaysiakini.com/news/157099
 
 
No comments:
Post a Comment