Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka  dan dun Kerdau, Pahang.11.45 am: MERLIMAU -  Yuhaizad dalam sidang media selepas selesai pengumuman oleh SPR  berkata, beliau bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat dan yakin dapat memenangi  Dun berkenaan.
"Saya tak janjikan apa-apa sebab saya bukan kerajaan tapi  saya bersedia untuk menyumbang dan bagi PAS, rakyat sentiasa di hati kami,"  katanya.11.38 am: MERLIMAU  - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan  menerima dua borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN.
Terdapat  tiga bantahan terhadap borang pencalonan BN namun semuanya ditolak.
Oleh  itu SPR mengumumkan satu lawan satu di Merlimau. PAS diwakili Yuhaizad Abdullah  manakala BN diwakili Roslan Ahmad.
11.30 am: KERDAU  - Pegawai pengurus pilihan raya memaklumkan dua calon yang  sah bertanding, Syed Ibrahim Syed (BN) dan Hassanuddin Salim (PAS). 
11.00 am: MERLIMAU  - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh  bantahan bagi borang pencalonan tamat.
10.42 am:  MERLIMAU - Penyokong PAS  dan Pakatan Rakyat masih setia berkumpul di hadapan sekatan polis di luar  bangunan pusat penamaan calon sambil berselawat dan bertakbir.
Manakala  penyokong Umno Barisan Nasional pula semakin berkurangan kerana ada yang telah  beransur meninggalkan kawasan berkumpul menjadikan mereka sekitar lebih 100  orang sahaja.
10.30 am: MERLIMAU - Timbalan Presiden PAS,  Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun  mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN.
"Di Merlimau kita akui  persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding,"  katanya.
Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana  yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau  seorang anak tempatan.10.10 am: MERLIMAU  - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan.  Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad  Abdullah.
10.00 am: KERDAU - Pegawai pengurus pilihan  raya, Datuk Tarif Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang tamat dan  masa bantahan dibuka sehingga jam 11 pagi.
9.40 am: MERLIMAU - Suasana di luar pusat penamaan gamat dengan suara para penyokong kedua-dua belah pihak yang berbalas sorakan.
Penyokong Pakatan Rakyat turut membawa sepanduk dalam pelbagai bahasa yang menyatakan sokongan terhadap calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat.
9.15 am: MERLIMAU  - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan  Rakyat tidak berganjak.
Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil  berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman'  berselang seli.
Turut kedengaran laungan 'Reformasi'. Sehingga kini keadaan terkawal dan  tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
9.15 am:  MERLIMAU - Lebih kurang 2  ribu penyokong PR menyertai perarakan.
9.06 am:  KERDAU - Calon PAS, Hassanuddin  Salim menyerahkan borang pencalonan.
9.00 am:  MERLIMAU - Pegawai pengurus  pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan  dibuka.8.49 am: MERLIMAU -  Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.
Turut  mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim,  Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri  calon.
8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah  tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan  Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Perarakan diiringi laungan  selawat dan keadaan terkawal.
8.30 am: KERDAU - Tiba di pintu masuk  tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.
8.25 am: MERLIMAU - Bob  Lokman turut menyertai perarakan hari ini.
8.15 am:  KERDAU - Perarakan  dimulakan.
8.13 am: MERLIMAU -  Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul  di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.
Antara  pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengarah  Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR,  Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar  Mat Akin.
8.08 am: KERDAU - Bacaan doa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
8.00 am: KERDAU - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tiba di tempat permulaan perarakan.
Gambar (MERLIMAU): Pimpinan dan penyokong mula  berhimpun
7.57 am: MERLIMAU  - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di  persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke  pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.
6.30 am: KERDAU - Para penyokong PR mula di tempat perakan dimulakan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31071:sekitar-hari-penamaan-calon-prk-n27-merlimau-n28-kerdau&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment