Jul 1, 11
3:44pm
Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia  mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua  Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai  ini.Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut  mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.
Penyokong  kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke  bangunan Komtar selepas solat Jumaat.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani  Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan  Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu  dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak  nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana  beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan  perhimpunan haram oleh pihak polis.
Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memukul cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.
Bertindak kasar
Mereka juga bertindak  kasar dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala  seorang seorang lagi daripada stesen TV.Selepas polis menahan enam orang dan membunyikan siren,  penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin  Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.
Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan  keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada  pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu,  Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan  Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau  Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. 
Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.
Kesesakan teruk
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis  di sekitar Komtar ditutup.
Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan  telatah dan gelagat mereka.
Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira  3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau  Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira  lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan  jambatan, menuju ke Seberang Perai.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/168610
 
 
No comments:
Post a Comment