Rais tak tahu ada arahan SKMM momok BERSIH
 Jul 1, 11 5:38pm
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak menyedari terdapat arahan  yang dikeluarkan oleh agensinya berhubung penyekatan penyiaran liputan berhubung  perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
 Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim mendakwa tidak mengetahui  apa-apa berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia (SKMM) kepada stesen televisyen dan radio swasta supaya  melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

“Setahu saya, tiada,” katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.
Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.
 Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan  kandungannya dalam laporan itu.

Stesen televisyen dan radio juga diarah supaya tidak merujuk perhimpunan BERSIH sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
“Setahu saya, tiada,” katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.
Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.
Stesen televisyen dan radio juga diarah supaya tidak merujuk perhimpunan BERSIH sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan  ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang  ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang  teruk.
[Baca berita penuh]
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/168640
 
No comments:
Post a Comment