Sunday, July 3, 2011

Kait Empower dengan komunis tindakan 'keji'

Salhan K Ahmad
Jul 1, 11
7:20pm

Sekumpulan NGO wanita hari ini mengutuk tuduhan "keji" yang mengaitkan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) dengan unsur komunis.

NONETuduhan berkenaan, ekoran serbuan polis ke atas pejabat Empower semalam, disifatkan sebagai cubaan untuk menjatuhkan nama baik organisasi berkenaan.

Operasi mengejut ke pejabat Empower merupakan salah satu daripada tindakan pihak berkuasa bagi menghalang mobilisasi penyertaan ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam operasi tersebut, sekumpulan polis turut merampas poster nasionalis wanita Shamsiah Fakeh yang dipaparkan di dada akhbar hari ini sebagai "bukti bahawa Empower mempunyai kaitan dengan komunisme."

NONEPengarah eksekutif Women's Aid Organisation, Ivy Josiah berkata, tuduhan berkenaan menunjukkan "niat jahat yang dipesongkan dari konteks asal" berhubung tindakan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0.

"Shamsiah Fakeh bukanlah topik tabu kerana beliau adalah seorang tokoh nasionalis yang diiktiraf dalam sejarah negara kita," katanya lagi.

Jelasnya, poster Shamsiah yang dirampas polis itu merupakan salah satu daripada siri poster tokoh wanita yang digunakan dalam satu program latihan kelolaan Empower.

Antara poster lain dalam siri berkenaan termasuk imej peguam wanita pertama negara BH Oon yang juga anggota pengasas MCA, serta raja perempuan Kelantan, Che Siti Wan Kembang.

Program latihan berkenaan, dijalankan sejak Disember 2010 bertujuan meningkatkan tahap penglibatan wanita dalam politik, katanya.

womens aid organisation pc censored anti rape campaign 130109 ivy josiahMalah, Empower juga telah dijemput kerajaan bagi menyertai kajian berhubung tujuan itu, kata Ivy (kiri) lagi yang membacakan satu kenyataan.

"Secara langsung, kerajaan telah melakukan sabotaj ke atas polisinya sendiri iaitu meningkatkan penglibatan wanita dalam semua bidang," tambahnya.

Ketika ditanya, Ivy berkata 10 kumpulan wanita yang menganggotai BERSIH itu tidak akan berganjak daripada niatnya untuk menyertai perhimpunan 9 Julai.

Sementara itu, pengerusi Empower, Maria Chin dalam sidang media sama berkata, polis mungkin menganggap mereka telah berjaya menyerang "saraf utama" BERSIH melalui tindakan itu.

Empower merupakan sekretariat bagi perhimpunan 9 Julai dan juga pelancaran BERSIH 2.0

NONE"Tetapi (polis) sebenarnya telah menjadikan BERSIH satu gerakan sosial (melalui tindakan itu)," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Maria berkata beliau telah diserahkan notis oleh polis hari ini supaya hadir memberi keterangan.

Tambahnya, beliau akan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pada Isnin.

Sidang media di pejabat WAO hari ini antara lainnya turut dihadiri wakil Sisters in Islam, All Women's Aid Organisation, Tenaganita dan Persatuan Peguam Wanita.

http://malaysiakini.com/news/168649

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...