Jun 17, 11
6:02pm
“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.
“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.
Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.
Menyalahi undang-undang
“Hisham boleh beri  sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak  untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9  Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.
Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi  amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu  menyertai perhimpunan itu.
“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda  atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya  hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari  sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”
Hishamuddin berkata  polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan  mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.
Sesiapa sekali pun
“Sesiapa sekali pun...,  saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya  jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh  mengatasi undang-undang,” katanya.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan  perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan  Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.
"Kami akan  berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan  kemudian.
"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu  bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata  Khairy.
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan  perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/167259
 
 
No comments:
Post a Comment