Pemuda Umno nafi mahu bakar pejabat PKR
 Jimadie Shah Othman
Jun 28, 11
3:30pm
Jun 28, 11
3:30pm
Pemuda Umno menafikan mengugut mahu membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya  ketika berkumpul di perkarangannya malam tadi.
 Sebaliknya, menurut exco pergerakan itu Lokman Noor Adam  (kanan), beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya  berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".
Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka malam tadi.
"Ini tidak membawa maksud kita mahu membakar. Kalau mahu kita boleh beli sahaja bangunan itu," katanya sambil mendakwa PKR mempunyai masalah dengan pemilik bangunan itu yang tidak lagi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Dalam kejadian semalam, Setiausha Agung PKR Saifuddin  Nasution Ismail menganggarkan kira-kira 300 orang bermotosikal berkumpul dan menuntut PKR agar menarik  balik sokongan kepada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa sempat merakam "ucapan berapi-api Lokman yang berbaur hasutan" Lokman yang kelihatan hadir bersama bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.
Dakwanya lagi, Lokman ada mengeluarkan kenyataan mahu membakar ibu pejabat PKR dan pihaknya mempunyai rakaman bagi membuktikannya.
'Bedebu pun tidak'
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Lokman menjelaskan, Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat lawan politiknya itu cuma bagi memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak genter dengan perhimpunan BERSIH dua minggu lagi.
 "Kami tidak ada kata hendak jahanamkan pejabat PKR. Sebagai  manusia bertamadun, kita tidak buat perkara itu.

"Berdebu pun tidak pejabat PKR," katanya sambil menafikan beliau mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.
Malah, tambahnya, pihaknya juga ada merakamkan perhimpunan mereka yang boleh membuktikan bahawa kenyataan Saifuddin hari ini tidak benar.
"Saya sedih, kalau orang seperti Saifuddin pun tidak ada integriti, bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang lain," katanya sambil menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai "lawak bodoh".
Lagi pun, tambahnya, perhimpunan mereka cuba berlangsung sebentar sahaja.
"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".
Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka malam tadi.
"Ini tidak membawa maksud kita mahu membakar. Kalau mahu kita boleh beli sahaja bangunan itu," katanya sambil mendakwa PKR mempunyai masalah dengan pemilik bangunan itu yang tidak lagi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga mendakwa sempat merakam "ucapan berapi-api Lokman yang berbaur hasutan" Lokman yang kelihatan hadir bersama bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.
Dakwanya lagi, Lokman ada mengeluarkan kenyataan mahu membakar ibu pejabat PKR dan pihaknya mempunyai rakaman bagi membuktikannya.
'Bedebu pun tidak'
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Lokman menjelaskan, Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat lawan politiknya itu cuma bagi memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak genter dengan perhimpunan BERSIH dua minggu lagi.
"Berdebu pun tidak pejabat PKR," katanya sambil menafikan beliau mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.
Malah, tambahnya, pihaknya juga ada merakamkan perhimpunan mereka yang boleh membuktikan bahawa kenyataan Saifuddin hari ini tidak benar.
"Saya sedih, kalau orang seperti Saifuddin pun tidak ada integriti, bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang lain," katanya sambil menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai "lawak bodoh".
Lagi pun, tambahnya, perhimpunan mereka cuba berlangsung sebentar sahaja.
"Belum pun pihak polis sempat minta bersurai, kita sudah bersurai," kata Lokman  yang juga bekas exco Pemuda PKR sewaktu dipimpin Ezam Mohd Noor sebelum  ini.
http://malaysiakini.com/news/168240
 
No comments:
Post a Comment