Jun 29, 11
1:01pm
Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.
"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya.
Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300  orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar  menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan  pada 9 Julai.Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar  ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau  tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.
"Sudah  tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua  itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.
Bagaimanapun exco  pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya  dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9  haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di  sini".
Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar  kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.
http://malaysiakini.com/news/168344
 
 
No comments:
Post a Comment