Tuesday, December 7, 2010

Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29725:haron-din-tokoh-maal-hijrah-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

Anwar mulakan kempen peneroka saman Felda

Hafiz Baqi

KAJANG, 7 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan kempen peneroka saman Felda dalam satu himpunan bertemu peneroka di Bera, Pahang pada 17 Disember ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya menganjurkan program tersebut yang turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pesiapan kepada para peneroka yang bakal mengambil tindakan itu (saman Felda) sekiranya tuntutan mereka tidak diberi perhatian.

Dijangka lebih 1,000 yang sudah bersedia untuk menyaman Felda akan hadir dalam majlis tersebut.

"Peneroka akan diberi penerangan mengapa perlunya tindakan saman ini supaya semuanya mengambil tindakan sama," ujar beliau Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang, malam tadi.

Kata Mazlan, Pahang merupakan negeri teramai peneroka yang menyatakan bersedia betindak demikian iaitu sekitar 4,000 orang.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kenyataan Mazlan yang yakin sekurang-kurangnya 5,000 peneroka akan ke mahkamah untuk menyaman Felda atas dakwaan melakukan penipuan.

"Sebahagian besarnya daripada Pahang kerana negeri itu paling banyak Felda di Semenanjung," katanya Mazlan dalam majlis tersebut di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir.

Saman besar-besaran peneroka ke atas Felda bergantung kepada dua tuntutan kepada kerajaaan yang diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga akhir Disember ini iaitu pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 ribu kepada peneroka yang masih belum menerima pembayaran tersebut dan pengredan perahan buah kelapa sawit dinaikkan kepada 23 peratus daripada sekitar 18 hingga19 peratus ketika ini.

Kedua-dua tuntutan itu dikemukan berdasarkan keputusan mahkamah masing-masing melibatkan peneroka Felda Sungai Koyan, Pahang dan Felda Sungai Kemahang, Kelantan.

Dalam kes peneroka Felda Sungai Koyan, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan kerajaan perlu bayar RM1,700 seekar kepada peneroka untuk tanam semula manakala kes peneroka Sungai Kemahang terbukti berlaku manipulasi penggredan perahan buah sawit yang merugikan peneroka.

Sementara itu, alumni kakitangan Felda yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan perjuangan menuntut hak para peneroka telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas).

Badan itu akan berganding dengan Anak, sebuah pertubuhan yang agresif menuntut hak-hak peneroka daripada Felda serta beberapa pertubuhan lagi yang bakal ditubuhkan untuk membentuk jaringan badan bukan kerajaan khusus menangani isu-isu berkaitan tanah rakyat serta tanah-tanah rancangan seperti Felda, Felcra dan Risda.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kumpulan yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda ini akan sama-sama turun bertemu rakyat untuk menerangkan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam Felda.

Selain itu kata Mazlan, kumpulan tersebut berperanan sebagai penasihat disamping memberi input-input berguna kepada Anak bagi memastikan tindakan-tindakan yang diambil memberi kesan semaksimumnya.

"Mereka sangat arif tentang penyelewengan dan penipuan Felda ke atas peneroka, malah ada antara mereka yang terlibat waktu bertugas dahulu kerana terpaksa (di arahkan) dan kini mereka mahu menebus kembali," katanya.

Turut bersama dalam majlis yang bermula dengan makan malam di Stadium Kajang itu termasuklah para peneroka dan rakyat tertindas daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis itu Pengerusi Alumni Bekas Pegawai Felda, Khamis Saat telah menyerahkan 50 borang penyertaan rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda kepada Abdul Hadi.

"Dalam masa beberapa bulan lagi mereka mensasarkan 200 hingga 300 pegawai - pegawai Felda yang telah bersara menyertai gabungan ini," ujar Mazlan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29727:anwar-mulakan-kempen-peneroka-saman-felda&catid=1:utama&Itemid=50

Dana Pendidikan PAS sasar kumpul RM1 juta

Majdan Yahya

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dana Pendidikan PAS mensasarkan untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu pembiayaan para pelajar dan prasarana sekolah agama rakyat (SAR).

Timbalan Pengerusi Lembaga Amanahnya, Datuk Abu Bakar Chik berkata, objektif penubuhan dana itu untuk membantu SAR dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti.

Ini, katanya kerana walaupun negara telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan tetapi urusan pendidikan Islam masih menjadi tanggungjawab rakyat.

Menurutnya, tidak ketinggalan kedaifan prasarana SAR serta tidak ada pembelaan terhadap sekolah pondok.

Justeru, ujarnya dana itu juga bertujuan membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan kebajikan guru dan pelajar serta pelaksanaan program berorientasikan pendidikan.

“Dana Pendidikan PAS ini akan dikawal selia oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS sementara pengurusannya diamanahkan kepada Lembaga Pengurusa Dana (LPD) yang dianggotai oleh profesional berkelayakan di dalam parti,” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, memulakan langkah bagi pengumpulan dana, satu program dengan konsep makan malam bersama Mursyidul Am dan Presiden PAS akan diadakan pada 29 Januari depan di Shah Alam.

“Kami mensasarkan untuk mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat serta para penyumbang untuk mengumpul RM1 juta bersempena dengan program makan malam itu,” ujarnya yang turut disertai pengarah program, Dr Azman Ibrahim.

Tambahnya, dengan dana RM1 juta yang diizinkan Allah dapat dikumpulkan dengan sokongan dan dukungan para penyumbang, LPD akan mula mengorak langkah bagi melaksanakan pelan tindakan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan.

"Kepada Allah kami berserah dan memohon semoga diberkati setiap usaha dan sumbangan yang disumbangkan demi untuk kebaikan bersama," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29721:dana-pendidikan-pas-sasar-kumpul-rm1-juta&catid=1:utama&Itemid=50

Khir Toyo hanya 1% dari kes jerung

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.

"Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja.

"Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29719:khir-toyo-hanya-1-dari-kes-jerung&catid=1:utama&Itemid=50

Serang Pakatan: Najib lancar perang pilihan raya

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.

"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29716:serang-pakatan-najib-lancar-perang-pilihan-raya&catid=1:utama&Itemid=50

Masyarakat peribumi Sabah dakwa tanah dirampas

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Satu rombongan rakyat pedalaman Sabah hari ini mengadu kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung rampasan tanah mereka oleh kerajaan negeri.

Mereka yang terdiri dari 25 orang, hadir ke parlimen dan turut menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS itu.

Turut serta bersama mereka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS, Mazlan Aliman.

Pada sidang media sebelum itu, Hamzah yang mengetuai rombongan itu memberitahu, tanah tersebut diteroka oleh masyarakat peribumi Sabah seawal pemerintahan Usno lagi.

Mereka juga memohon tanah itu dan membayar premium, namun sehingga sekarang katanya tiada jawapan.

"Apabila BN di bawah Musa Aman mengambil alih pemerintahan negeri, jabatan hutan bertindak membakar rumah masyarakat peribumi.

"Hujah mereka supaya rumah tidak didirikan lagi di sini," katanya.

Selain dibakar, masyarakat peribumi turut diusir keluar dari tanah mereka manakala tanaman yang diusahakan dimusnahkan.

Lebih malang katanya, tanah yang dirampas itu diberi kepada syarikat kroni dan mereka yang menyamar sebagai anak negeri.

"Sebagaimana berlaku sekarang, tiba-tiba sahaja kita lihat di Keningau dan Nabawan tanah yang diusahakan sejak beratus tahun dahulu menjadi milik syarikat kroni," katanya.

Pertemuan dengan Tuan Guru Abdul Hadi itu dibuat memandangkan bekas Menteri Besar Terengganu itu pernah menyelesaikan isu tanah ketika PAS memerintah negeri itu pada tahun 1999.

"Masalah masyarakat peribumi ini tidak akan selesai jika Umno BN masih memerintah negeri ini.

"Kecuali kerajaan yang membuktikan mereka benar-benar berjiwa rakyat seperti Selangor sekarang dan Terengganu pada 1999," katanya.

Memorandum sama sebelum itu turut diserah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan berhubung masalah sama turut akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia petang ini.

"Kami hari ini mewakili ratusan ribu rakyat Sabah.

"BN jangan fikir keputusan di Batu Sapi fix deposit sokongan rakyat Sabah," katanya.

Dalam pada itu, kesemua ahli rombongan tersebut akan diraikan pada himpunan 5,000 rakyat marhaen di Stadium Kajang malam ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29715:masyarakat-peribumi-sabah-dakwa-tanah-dirampas&catid=1:utama&Itemid=50

Ketereh diisytihar Perbandaran Islam esok

Wartawan Kita

KETEREH, 6 Dis: Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila sebuah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diisytiharkan sebagai bandar Islam.

Pada 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pertama di negara ini.

Pada 1 Muharam ini (esok) Majlis Daerah Ketereh (MDK) pula akan diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam.

Pengisytiharan itu akan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di padang MDK.

Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, program diadakan sempena sambutan tahun baru Hijriah esok.

“Sebenarnya usaha-usaha ke arah menjadikan MDK sebagai Perbandaran Islam sudah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu termasuk mengadakan program keagamaan di pasar-pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Selain itu mempertingkatkan tahap kebersihan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MDK,” katanya di sini.

Program yang cukup bersejarah itu dijangka turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MDK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Program tersebut bermula dengan majlis berbuka puasa sunat sempena 1 Muharam.

Kemudian diikuti solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah Maghrib oleh Speaker.

Majlis makan malam pula diadakan selepas solat Isya’ berjemaah. Selepas upacara pengisytiharan ‘Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam’ akan diadakan pula persembahan multimedia.

Sementara itu, malam ini sambutan Hijratul Rasul peringkat negeri akan diadakan di Balai Islam, Lundang. Program itu dijangka dirasmikan Sultan Muhammad Ke-V.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29713:ketereh-diisytihar-perbandaran-islam-esok&catid=1:utama&Itemid=50

Kes Khir Toyo dipindah ke Mahkamah Tinggi

Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menangkap dan membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 45, yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad Khir dituduh atas kesalahan mendapat barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo yang berharga RM3.5 juta pada tahun 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat SPRM hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM750,000.00 seorang dengan seorang penjamin.

“Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kelak,” kenyataan itu menambah.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama Ketua Bahagian Pendakwaan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Timbalan Pendakwaraya, Dzulkifli Ahmad di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir diwakili oleh peguam Athimulan & Co. Manakala Shamsuddin tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29709:kes-khir-toyo-dipindah-ke-mahkamah-tinggi&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, December 6, 2010

Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

Dr Mohd Zuhdi Marzuk
Dis 4, 10
4:04pm

Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut.

Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi.

Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.

Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut.

Berebut-rebut menjadi hamba

Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah.

Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain, kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat.

Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama.

Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih.

Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia. Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid.

Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti Umno, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain.

Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki.

Animal Right

Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup.

Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia.

Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu.

Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology. Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia.

Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka.

Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka.

Kita semuannya hamba

Mereka semua lupa bahawa Tuhan bukan mereka yang menciptakan alam semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil.

Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya. Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil.

Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya.

Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak.

Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Semua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya.

http://malaysiakini.com/news/149985


Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal

Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal
Dis 4, 10 10:52am

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

hamdan adnan 170805Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

cuepacs omar osman 181007Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Rakyat marhaen menderita

Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

NONEKata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Alasan bodoh

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.

mamak restaurant 271206 food“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.

“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.

NONEMohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.

“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.

“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”

http://malaysiakini.com/news/149962

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

Dis 4, 10 10:08am

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

http://malaysiakini.com/news/149959

Etnik mangsa tembakan polis kini dikenalpasti

Etnik mangsa tembakan polis kini dikenalpasti

Dis 4, 10 5:35pm

Buat kali pertamanya, identiti mangsa yang mati ditembak polis sering-kali dirahsiakan tetapi kali ini ia berjya didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia.

rights groups on shooting deaths 041210 posingMalaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa terdapat peningkatan 17 kali ganda jumlah mereka yang ditembak mati polis pada 2009, di mana 88 ditembak berbanding hanya lima orang pada 2001.

Hari ini Lawyers For Liberty (LFL), Suaram dan PKR, mendedahkan bermula tahun 2000 - 279 orang telah ditembak mati dan 21.8 peratus (61 kematian) adalah berketurunan India.

Melayu pula sebanyak 15 peratus (42) manakala Cina adalah 18.6 peratus (52).

Berikut pecahan mengikut kaum:

2000: Melayu (4); Cina (2) India (0)
2001: Melayu (0); Cina (1) India (3)
2002: Melayu (6); Cina (12); India (6)
2003: Melayu (2); Cina (4); India (7)
2004: Melayu (2); Cina (7); India (1)
2005: Melayu (1); Cina (4); India (4)
2006: Melayu (2); Cina (0); India (3)
2007: Melayu (3); Cina (4); India (4)
2008: Melayu (7); Cina (9); India (11)
2009: Melayu (15); Cina (9); India (23)

Jumlah: Melayu (42); Cina (52); India (61)

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149996

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Regina Lee
Dis 4, 10
3:45pm

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

gerakan youth and woman wing convention 041210 01“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

“Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

gerakan youth wing convention 041210 lim si pinKetua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja”.

“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.

NONE“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.

http://malaysiakini.com/news/149983

Perlembagaan Perak dipinda tanpa majoriti 2/3

Humayaun Kabir
Dis 4, 10
9:20am

Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .

Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul dan mendapat majoriti mudah adalah memadai.

perak assembly referring to the constitutionBerikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 28 ADUN BN dan empat ADUN Bebas yang berpaling tadah.

Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.


Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

sultan azlanUsul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

NONERakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Artikel III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.

http://malaysiakini.com/news/149957

Tutup kilang, rugikan rakyat, kata Faekah

Dis 4, 10 12:18pm

Tindakan kerajaan pusat yang mengarahkan penutupan kilang pengeluar sarung tangan di Ijok, Hartalega Sdn Bhd, dikhuatiri akan menakutkan pelabur selain menyebabkan 800 pekerja tempatan hilang pekerjaan, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

NONE“Adalah merugikan rakyat Selangor dan negara khasnya jika arahan itu dibuat tanpa siasatan lanjut tetapi hanya untuk menjaga kepentingan politik dan memenuhi agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor yang mahu menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor serta dari negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Pelaburan RM2 billion terjejas

Menuru Faekah, implikasi penutupan kilang itu tanpa usul periksa akan menyebabkan pelabur membatalkan rancangan melabur di Kuala Selangor, termasuklah pelaburan usaha sama syarikat Jepun dan Guthrie melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.

“Adalah amat tidak wajar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk T Murugiah mengarahkan Hartalega menghentikan operasi hanya kerana aduan beberapa orang penduduk berhampiran kilang yang mendakwa kesihatan terganggu kerana pencemaran oleh kilang berkenaan,” katanya.

NONEHartalega telah beroperasi sejak 1996 dan sehingga hari ini, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan operasi kilang itu menyebabkan penduduk mengalami masalah pencemaran.

Pertengahan tahun ini, penduduk Taman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor mendakwa terdedah dengan pencemaran bahan kimia hasil bahan buangan.

Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang untuk meninjau masalah rayat itu.

Abdul Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang dan amalan-amalan mengikut kawalan alam sekitar terutama melibatkan rawatan air tercemar dan pelepasan asap dan beliau berpuas hati kerana Hartalega mematuhi semua peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 03Katanya, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum dialirkan keluar manakala asap yang dilepaskan dari kilang itu tidak membahayakan kesihatan.

Pihak kilang juga memberitahu dakwaan adanya ammonia di ruang udara sekitar kawasan perumahan juga tidak benar kerana ujian yang dilakukan pihak Hartalega mendapati tidak wujud bahan kimia itu.

Malah, menurut Faekah, tinjauan kerajaan negeri juga mendapati tiada seorang pun pekerja kilang itu yang mengalami masalah kesihatan walaupun setiap hari terdedah dengan bahan kimia.

Murugiah tiada kuasa

“T Murugiah sebenarnya tiada kuasa mengarahkan Hartalega ditutup kerana kilang berkenaan memenuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Hanya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mempunyai kuasa mengarahkan hilang itu ditutup.

NONE“Hasil pemeriksaan berkala yang dilakukan terhadap Hartalega mendapati kilang itu tidak melanggar peraturan. Sehubungan itu, tiada alasan untuk MDKS menutup operasi kilang berkenaan,” katanya.

Faekah berkata Murugiah tersilap fakta dan mendapat maklumat yang silap kerana tidak merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat arahan itu.

MDKS, kata Faekah telah diarahkan supaya terus mengadakan perbincangan dengan penduduk untuk meningkatkan sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir manakala JAS pula akan meningkatkan pemeriksaan dan kawalan bagi memastikan Hartalega tidak mencemar alam sekitar.

Masalah itu timbul apabila, jarak antara kawasan industri dan kawasan perumahan yang sepatutnya adalah 500 meter tetapi dibina kurang 100 meter dari kilang.

http://malaysiakini.com/news/149968

Gerakan mahu remaja 18 tahun dibenar mengundi

Dis 4, 10 10:42pm

Kerajaan diminta supaya mengkaji menurunkan untuk umur pengundi mulai umur 21 tahun kepada 18 tahun memandangkan mereka yang berumur 18 tahun kini sudah mampu membuat keputusan yang matang.

gerakan youth and woman wing convention 041210 01Ini adalah antara 12 resolusi yang merangkumi aspek pentadbiran negara, pendidikan, politik dan ekonomi yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan, di Kuala Lumpur hari ini.

Pemuda Gerakan juga mencadangkan supaya pendaftaran secara automatik dilakukan ke atas warganegara yang mencapai usia untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengenai soal pendidikan, pergerakan itu mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Perundingan yang bertanggungjawab untuk memantau, merancang dan memberi cadangan kepada kementerian itu mengenai pengurusan dan penambahbaikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil yang didakwa sering dipinggirkan.

Selain itu Pemuda Gerakan mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa bergiat dalam politik memandangkan mereka mempunyai kematangan untuk membahagikan masa antara belajar dan bergiat dalam politik.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/150011

Kelantan sedia RM300,000 biayai pengantin miskin

Dis 4, 10 5:04pm

Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Wan Ubaidah Wan Omar berkata ia sebahagian daripada RM1.5 juta yang disediakan kerajaan negeri di bawah program itu yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru sebagai usaha menangani kadar perceraian yang agak tinggi di negeri ini setiap tahun.

Bantuan itu merangkumi pembiayaan hantaran bagi pihak lelaki bernilai RM1,000, tidak termasuk sumbangan lain seperti pembiayaan majlis kenduri, persiapan tempat dan peralatan pasangan pengantin, katanya ketika ditemui di majlis Forum Keluarga Rasulullah di Masjid Mukim Jeli, di Jeli hari ini.

Wan Ubaidah berkata antara pengisian program itu ialah siri ceramah, majlis ilmu dan motivasi yang berasaskan pendidikan kekeluargaan bahagia atau "mawaddah", yang bertujuan mewujudkan institusi keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Tanpa menyebut jumlah sebenar pasangan umat Islam yang terbabit dalam kes perceraian di negeri ini, beliau berkata Kelantan menduduki tangga ke lima atau ke enam berbanding negeri lain.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata urusetia jawatankuasa itu juga sedang menyiapkan kertas kaji selidik atau senarai semakan bagi mengenal pasti masalah dan punca keruntuhan rumah tangga.

"Kertas kaji selidik atau senarai semak ini lebih kepada berasaskan konsep muhasabah diri di kalangan keluarga di seluruh negeri bagi mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah setiap keluarga," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/149990

Sunday, December 5, 2010

Cari kepuasan diri

Cari kepuasan diri

Oleh ISMA ISMAIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my

Shira
Shira

KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.

Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.


Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu.

Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.


“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.


“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

“Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.


“Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.


“Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.


“Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.


Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja.


Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.


“Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.


“Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.


Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.


Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.


“Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.


“Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya.


“Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Carikepuasandiri/Article

Tiga penculik tumpas

Tiga penculik tumpas



Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

TANGKAP... dua daripada tiga suspek ditahan reman dengan kes culik di Rawang.
TANGKAP... dua daripada tiga suspek ditahan reman dengan kes culik di Rawang.

RAWANG: Impian tiga penculik untuk bersenang lenang dengan wang tebusan bernilai RM30,000 tidak kesampaian apabila mereka ditumpaskan dalam serbuan Ops Scorpion, dekat sini, awal pagi semalam.

Rancangan mereka membebaskan mangsa culik iaitu seorang penuntut kolej swasta bagi mendapat wang tebusan terbabit memakan diri sendiri apabila tindak tanduk mereka dikesan polis.


Penuntut berusia 22 tahun itu diculik di depan rumahnya di Selayang Baru kira-kira jam 5.45 pagi pada 1 Disember lalu ketika menunggu rakan untuk ke kolej di Petaling Jaya. Dia dilarikan dua lelaki menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, usaha menangkap penculik dibuat selepas keluarga penuntut perempuan itu menyerahkan wang tebusan di kawasan Bukit Bintang, jam 2.45 petang semalam.


“Keluarga menyedari kehilangannya apabila suspek menghubungi mereka beberapa jam selepas kejadian untuk meminta wang tebusan RM30,000,” katanya, semalam.


Beliau berkata, keluarga mangsa yang bimbangkan keselamatannya segera membuat laporan polis pada hari sama.

“Polis merancang dengan keluarga mangsa untuk menetapkan tempat dan waktu untuk menyerahkan wang,” katanya.


Selepas keluarga menyerah wang tebusan dan mangsa dibebaskan, pasukan pantau polis dalam operasi berkenaan mengekori tiga suspek dengan seorang lelaki menunggang motosikal manakala dua lagi suspek, termasuk seorang wanita, menaiki kereta Toyota Avanza.

Polis mengekori penculik terbabit hingga kira-kira jam 3.05 pagi sebelum suspek panik melihat polis.


Ini mengakibatkan kereta dipandu suspek terbalik pada jarak kira-kira 500 meter berdekatan Tesco Rawang.


Dua suspek ditahan manakala suspek yang menunggang motosikal ditahan berhampiran lampu isyarat di tempat kejadian.


Abdul Rahim mengesahkan suspek berumur lingkungan 20-an dengan seorang bekerja di kilang, pejabat peguam serta penganggur.


Mereka ditahan reman bermula semalam untuk membantu siasatan polis.


“Kami masih menyiasat motif penculikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1996, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Tigapenculiktumpas/Article

Nasib malang penculik amatur


RUMAH yang menjadi tempat seorang mangsa culik dikurung selama tiga hari di Selayang Baru dekat Kuala Lumpur sebelum dia dibebaskan awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR – Hasrat tiga penjenayah mencari jalan mudah mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi membayar hutang ah long dengan cara menculik seorang pelajar kolej menerima padah apabila mereka diberkas dalam perangkap yang dipasang oleh polis di Rawang dekat sini awal pagi semalam.

Drama awal pagi itu bermula tiga hari lalu apabila ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita menculik pelajar perempuan berusia 22 tahun di hadapan rumahnya di Selayang Baru pada pukul 5.45 pagi.

Mangsa yang sedang menunggu rakan kemudian dikurung dalam sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian di Selayang Baru.

Selepas melarikan mangsa, para penjenayah amatur itu menelefon keluarga pelajar itu untuk meminta wang tebusan berjumlah RM30,000 sambil menetapkan lokasi penyerahan wang di kawasan Bukit Bintang di tengah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ahli keluarga pelajar itu yang tidak mempedulikan ugutan penculik supaya jangan membuat laporan polis telah bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Serentak dengan itu, sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melancarkan Ops Scorpion dengan menunggu suspek di kawasan penyerahan wang itu dan mengekori mereka.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Saturday, December 4, 2010

Ungkapan Emas

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter

Jumaat Disember 3, 2010

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.

Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.

Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.

Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.

Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.

“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/3/mstar_berita/20101203172722&sec=mstar_berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...