Friday, February 6, 2009

MB Perak baru ahli politik terkenal


IPOH: Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir adalah seorang ahli politik terkenal di negeri ini, yang memberikan banyak sumbangan dalam pembangunan Maklumat, Komunikasi dan Teknologi (ICT) di negeri tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi penggal kedua ini, Zambry, 47 memulakan kariernya dalam politik sebagai ketua Pemuda Umno Pangkor pada 1992 dan kemudian mengetuai Pemuda Umno Perak, beliau diberi tanggungjawab dalam membangunkan ICT negeri semasa menjadi Exco negeri yang dipertanggungjawabkan mengenai multimedia.

Selepas memenangi kerusi negeri pertama di Pangkor pada pilihan raya umum 2004, beliau dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Multimedia dari 2004 hingga 26 September 2006.

Sehari kemudian beliau dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi dan Inovasi dalam rombakan kecil kerajaan negeri, yang memberikan beliau banyak kuasa untuk memperluaskan lagi pembangunan ICT di Perak.

Dilahirkan di Pulau Pangkor pada 22 Mac 1962, ketua Umno Bahagian Lumut itu berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1987 dan empat tahun kemudian lulus ijazah Sarjana dalam Pemikiran Islam daripada universiti yang sama.

Bekas Exco Pemuda Umno kebangsaan itu juga memegang ijazah Sarjana dalam Falsafah Politik dan Perbandingan Agama pada 1992, dan tiga tahun kemudian memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Politik Kontemporari, kedua-duanya daripada Temple University, Amerika Syarikat.

Seorang penulis aktif, Zambry memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan penulisan semasa menuntut, antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak pada 1982 dan memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan pada 1986 dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan 1987.

Beliau juga menulis beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).

Zambry juga editor bagi beberapa penerbitan termasuk "Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise pada 1989, "Business Administration in Islam" oleh Hizbi pada 1991 dan "Imbas Gemilang KBS 98" untuk Kementerian Belia dan Sukan.

Ayah kepada lima orang anak, tiga perempuan dan dua lelaki, beliau pada 2005, ditauliahkan dengan Leftenan Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh ketika itu Yang diPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan menjadi ahli politik pertama diberikan tauliah seperti itu. BERNAMA

Pakatan harus terima kenyataan BN perintah Perak


SLIM RIVER: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Pakatan Rakyat untuk menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) kini memerintah negeri Perak.

"Mereka harus menerimanya sebagaimana kami menerima keputusan pilihan raya umum (ke-12)," katanya.

Abdullah merakamkan penghargaan kepada Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdullah percaya keputusan yang dibuat Baginda itu adalah berpandukan kepada undang-undang yang jelas.

"Saya percaya bahawa Sultan Azlan memang menghalusi apabila memberi adaptasi dan mengizinkan sesuatu tindakan yang diambil dari segi undang-undang mesti tepat.

"Terima sahajalah (keputusan ini). Dulu semasa pilihan raya yang lepas parti pembangkang telah menang, (kita dapat terimanya)," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Air Tanah Sime Darby Ladang ClunyBedford, Batang Padang, dekat sini, semalam.

Abdullah berkata: "Kita tidak boleh menentang sebarang undang-undang yang telah dibuat dan pihak berkenaan berhenti bermain politik.

"Orang di negeri lain sedang sibuk dengan hal berkaitan dengan usaha untuk memberi perhatian kepada pekerja-pekerja dan projek yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan membantu rakyat supaya tekanan ekonomi yang ada sekarang ini dapat diringankan," katanya.

Mengulas pendekatan BN memperoleh majoriti untuk menerajui kerajaan negeri Perak, Abdullah berkata: "Saya percaya ini bukan sesuatu yang akan dibantah, yang penting kita mahu kerajaan yang akan dibentuk itu mengikut undang-undang dan menjalankan pentadbiran dengan penuh tanggungjawab serta memberi khidmat kepada rakyat."

Abdullah berkata anggota BN yang telah ditarik oleh Pakatan Rakyat telah menyedari kesilapannya dan kini kembali ke pangkuan parti.

Katanya kriteria utama yang diperlukan sebagai Menteri Besar ialah seorang yang boleh memimpin dan berkhidmat kepada rakyat.

Nizar bukan yang pertama enggan meletak jawatan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini ada seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama, Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.

Ningkan mungkin paling dikenali sebagai yang mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan oleh Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu.

Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang Ketua Menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Pada 14 Sept 1966, Yang diPertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti.

Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang diPertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengatakan bahawa mereka menyokong beliau. BERNAMA


Thursday, February 5, 2009

Kumpulan Spring

Kerana Budi Ku Jatuh Hati


Bourgenvilla


Romantis


Sejujur Mana Kata Kata


Butakah Cinta


Sampai Hati


Pesanan Buat Kekasih


Kita Ditakdirkan jatuh Cinta

Wednesday, February 4, 2009

Empat ADUN masuk BN, Perak tumbang?

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


 PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).

Manakala tiga lagi, iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) turut mengambil keputusan menyertai BN.

Keempat-empat mereka kini berada di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya untuk sidang media khas.

"Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.

Sementara sebelum itu, Nasarudin yang gagal dihubungi dipercayai 'hilang' dan disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

Perkara tersebut dimaklumkan isteri beliau bahawa Nasarudin telah dijemput oleh dua orang yang tidak dikenali di rumah mereka sebentar tadi.

Dalam pada itu, ketika ini juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menuju ke Istana Kinta bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.

Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.

Nizar turut dijadualkan mengadakan sidang media pada petang ini dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam.


"Kami tetap hadir sidang DUN" - Jamaluddin

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kini menjadi kontroversi akan tetap hadir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika dipanggil tanpa menghiraukan kononnya mereka akan dihalang daripada memasuki Dewan.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berkata tiada siapa yang boleh menghalang beliau daripada menghadiri persidangan DUN.

"Kenapa perlu halang saya, saya masih ADUN.

"Saya ada hak sebagai ADUN Behrang, tiada siapa boleh halang saya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Jamaludin yang disahkan sebagai ADUN oleh Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berkata, bentuk tindakan akan dibincangkan dengan peguam jika beliau dihalang daripada memasuki Dewan.

"Saya nak berkhidmat sebagai wakil rakyat Behrang," katanya.

Dalam pada itu Jamaluddin berkata beliau juga telah dihubungi oleh Mohd Osman (ADUN Changkat Jering) bagi memaklumkan bahawa beliau juga telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"ADUN Changkat Jering baru hubungi saya dan beliau kata beliau telahpun keluar dari PKR.

"Kami telah dihalau oleh pemimpin-pemimpin PKR dan buat apa kami tunggu lagi," katanya.

Bagaimanapun Jamaluddin berkata beliau tidak merancang untuk menanggalkan papan tanda PKR di premis pusat khidmatnya.

"Saya tak akan tanggalkannya, PKR menolak saya tetapi saya tidak akan menolak PKR.

"Isteri dan anak-anak saya masih anggota PKR," katanya.

MB Perak: DUN tidak dibubar, exco mesyuarat Jumaat

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi megandakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

"Kita tak akan bubarkan DUN untuk buat pilihanraya.

"Mengenai kekosongn dua jawatan exco itu, kita akan putuskan pemangkunya dalam mesyuarat exco yang akan diadakan pada Jumaat ini," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata, jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

Ditanya mengenai pengganti tetap bagi jawatan exco tersebut, beliau berkata pelantikan itu memerlukan prosedur yang lebih teliti.

"Buat masa ini kita lantik pemangku dahulu kerana untuk melantik pengganti bagi jawatan exco yang tetap, kita perlu melalui proses yang lebih banyak termasuk memohon perakuan Sultan Perak," katanya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/4/mstar_berita/20090204115442&sec=mstar_berita

Kerajaan Pakatan Perak goyah?

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah berkenan melawat pameran setem selepas melancarkan sampul surat pertama dan setem-kenang kenangan sempena menyambut 25 tahun pemerintahan baginda semalam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan sekali) turut hadir. Ketika kemelut politik menyelubungi negeri itu beliau mungkin terpaksa memilih untuk menasihatkan Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.


PETALING JAYA: Kemelut politik yang melanda negeri Perak, diterajui Pakatan Rakyat, dilihat semakin meruncing ekoran keputusan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - yang menjadi fokus kontroversi terbaru - memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), petang semalam.

Dengan keputusan ADUN terbabit, Jamaluddin Mohd Radzi dari Behrang, kerajaan Pakatan Rakyat kini kurang seorang wakil rakyat.

Pakatan Rakyat kini hanya menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 27 kerusi. Jamaluddin mahu bertindak sebagai calon Bebas.

Dalam pada itu, kedudukan rakan sejawatannya, Mohd. Osman Jailu iaitu ADUN Changkat Jering pula menjadi tanda tanya.

Sehingga pagi tadi, Mohd. Osman tidak dapat dihubungi.

Bagaimanapun difahamkan Mohd. Osman akan mengambil langkah yang sama seperti keputusan Jamaluddin - yang kedua-dua mereka telah diisytiharkan telah meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan sebaliknya.

Kedua-dua mereka juga merupakan exco kerajaan negeri.

Apakah pilihan yang ada bagi kerajaan negeri Perak?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Difahamkan antara beberapa opsyen yang sedang diteliti ialah Menteri Besar memanggil sidang tergempar DUN ataupun membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan raya negeri tergempar yang memerlukan perkenan Sultan.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, dalam keadaan politik di Perak yang tidak stabil, DUN wajar dibubarkan berikutan kerajaan berada dalam keadaan yang tidak mantap.

"Bagaimanapun, pada masa ini, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah tetapi jika kedudukan kerusi antara Pakatan dan BN menjadi semakin berkurang, maka ia wajar dilakukan berlandaskan sistem demokrasi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ghazali berkata, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya di peringkat negeri jika mendapat perkenan Sultan bagi membina kerajaan yang lebih mantap.

"Itu menjadi hak kerajaan negeri untuk menentukan perlu atau tidak perlu mengadakan pilihan raya di peringkat negeri.

"Berikan semula hak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan lompat parti tidak sepatutnya berlaku memandangkan wakil rakyat dipilih berdasarkan parti yang diwakili mereka.

"Selain itu, dua ADUN berkenaan turut menafikan mereka telah meletak jawatan. Atas dasar apa penafian itu dilakukan sedangkan mereka tahu isi kandungan surat tersebut dan menandatanganinya semasa ia tidak bertarikh.

"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu betul. Beliau memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu kerana beliau mendapat surat tersebut," katanya.

Ghazali berkata, keputusan SPR pada hari yang memutuskan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing masih lagi ADUN Behrang dan Changkat Jering berikutan wujud keraguan pada surat peletakan mereka juga adalah alasan yang tidak kukuh.

"Mengapa tidak dipertimbangkan surat pertama itu sama ada ia benar-benar surat peletakan jawatan yang sah daripada dua ADUN berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh tergesa-gesa membubarkan DUN dan seterusnya mengadakan pilihan raya kerana ia melibatkan amanat rakyat dan isu dalaman yang dihadapi Pakatan masih boleh diselesaikan.

"Dalam keadaan sekarang, Speaker atau Menteri Besar tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya kerana isu dua ADUN ini masih boleh diselesaikan.

"Ini isu dalaman Pakatan, bukannya mereka kehilangan kepercayaan melalui undi tidak percaya yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa dibubar.

"Pilihan raya melibatkan pemilihan dan amanat rakyat dan kita ada undang-undang khusus mengenainya," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pilihan raya patut dielakkan kerana ia akan membabitkan kos yang besar.

Berhubung keputusan SPR pada hari ini berhubung kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman yang masih kekal sebagai ADUN, Zaini berkata, SPR membuat keputusan setelah mengambil kira dari sudut perundangan pilihan raya.

"Bagaimanapun, jika wujud ketidakpuasan hati tetang keputusan itu, terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk mencabarnya.

"Pada ketika itu nanti, kita akan lihat undang-undang mana yang lebih mengatasi undang-undang yang satu lagi dalam memutuskan isu ini," katanya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/4/mstar_berita/20090204070501&sec=mstar_berita

Isu ADUN: "Keputusan SPR muktamad"

Oleh G. MANIMARAN

TUMPUAN MEDIA... Para wartawan mandapatkan komen daripada Exco Kanan kerajaan negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai kemelut politik di Perak di Ipoh semalam. Beliau mendakwa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak permintaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sebagai keputusan yang silap. -fotoBERNAMA


PETALING JAYA: "Keputusan SPR muktamad." Demikian tegas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengulas kata dua Pakatan Rakyat yang semalam memberikan tempoh 48 jam kepada agensi itu untuk mengkaji semula keputusannya.

"SPR buat kerja dengan rapi, tidak terburu-buru dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa," kata beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha suruhanjaya itu sebelum ini, ketika dihubungi mStar Online tengah malam tadi.

"Soal kaji balik keputusan (yang dibuat oleh SPR) tidak timbul," katanya.

Bagaimanapun jelas Wan Ahmad, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Itu hak masing-masing," kata beliau dengan menambah bahawa keputusan semalam dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk tujuan pilihan raya diadakan dan undang-undang, bukan semata-mata soal politik.

Petang semalam, exco kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham meminta SPR menyemak semula keputusannya mengenai status ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering dalam tempoh 48 jam.

Ngeh, yang mendakwa SPR telah membuat keputusan yang salah, berkata jika SPR enggan berbuat demikian maka ia telah cuai dalam menjalankan tanggungjawab berperlembagaan di luar batas kuasanya.

Pagi semalam SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN Perak kawasan Changkat Jering dan DUN Behrang dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai ADUN Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai ADUN Behrang.

Ngeh, yang juga Pengerusi DAP negeri, berkata tugas SPR adalah untuk menjalankan pilihan raya dan bukan untuk memutuskan sama ada perlu atau tidak pilihan raya.

"Dalam enggan meneruskan dengan pilihan raya kecil, SPR merampas peranan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan telah menyalahtafsirkan peranannya," katanya.

Kata Ngeh, menurut Artikel XXXVI (5) Perlembagaan Negeri Perak, sebarang kekosongan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri harus diisi dalam masa 60 hari menerusi pilihan raya kecil dan Yang Dipertua DUN Perak T. Sivakumar telah memaklumkan kepada SPR bahawa dia telah menerima surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat dari dua ADUN itu.

Ngeh, yang juga seorang peguam, berkata ia bukan untuk SPR mempertikaikan keputusan Yang Dipertua DUN sejak yang Dipertua secara sah bertindak ke atas surat peletakan jawatan itu dan bukan menjalankan sebarang inkuari.

Katanya SPR tertakluk kepada Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Ditanya sama ada keputusan SPR itu akan dicabar di mahkamah, Ngeh berkata tindakan susulan akan diputuskan selepas berakhirnya tempoh 48 jam itu.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/4/mstar_berita/20090204064511&sec=mstar_berita

Kerajaan Perak tidak iktiraf 2 ADUN

KONTROVERSI ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu terus menjadi fokus arena politik tempatan sejak lebih seminggu lalu.

 IPOH: Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam tadi berkata, jawatan exco yang dipegang oleh keduadua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya, tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

"Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa keduadua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskna tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

Terdahulu Karpal memberitahu Bernama baahwa adalah sia-sia untuk mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang dan Changkat Jering, di mahkamah.

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan semalam kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

"Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.

Pandangan Karpal Singh itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian veteran parti itu Lim Kit Siang, yang dalam satu kenyataan berkata, SPR telah bertindak mengenepikan perlembagaan dan di luar bidang kuasanya apabila menolak keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhubung kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan diadakan pilihan raya kecil.

Tugas berperlembagaan SPR, katanya, ialah mengambil tindakan terhadap notis rasmi Speaker DUN Perak mengenai kekosongan di dua kerusi itu dan menetapkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

"SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masingmasing," kata Lim.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Kemelut politik di Perak meletus tiga hari lepas apabila dua ADUN itu dikatakan "hilang", menimbulkan kebimbangan yang mereka telah berpaling tadah dengan menyertai Barisan Nasional (BN).

ADUN Behrang dianiaya PKR?


KEDUA-DUA ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi mendakwa tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno. BERNAMA

100,000 warga Indonesia dijangka hilang kerja


Bachtiar sambil diperhatikan Abdul Ghafar (kiri)." title="MESRA...Hishamuddin (dua dari kanan) menyambut Da’i
Bachtiar sambil diperhatikan Abdul Ghafar (kiri)." height="196" width="300" border="0">
MESRA...Hishamuddin (dua dari kanan) menyambut Da’i 
Bachtiar sambil diperhatikan Abdul Ghafar (kiri).

KUALA LUMPUR: Selain rakyat tempatan, kira-kira 100,000 warga Indonesia yang bekerja di sektor pembuatan negara ini dijangka akan diberhentikan secara berperingkat sehingga hujung tahun berikutan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu.

Duta Besar Republik Indonesia, Tan Sri Da'i Bachtiar, berkata jumlah itu membabitkan satu pertiga daripada hampir dua juta rakyat negara itu yang bermastautin di Malaysia, sekali gus berkhidmat dalam pelbagai sektor khususnya perkilangan.

Katanya, maklumat diperoleh menerusi majikan juga menunjukkan 10,000 rakyat Indonesia sudah diberhentikan perkhidmatan mereka di beberapa kilang besar sekitar Johor dan Pulau Pinang.

“Pihak kedutaan sedia maklum masalah ini, malah menjangkakan pembuangan pekerja dan penghantaran pulang warga Indonesia yang berkhidmat di sini akan berlaku sepanjang tahun bergantung kepada keperluan industri dan kestabilan ekonomi.

“Kebanyakan mereka terbabit berkhidmat di sektor perkilangan khususnya pembuatan, manakala yang lain umpamanya perkhidmatan rumah tangga tidak berdepan risiko kerana majikan tempatan masih memerlukan pembantu rumah rakyat Indonesia. 

“Bagi rakyat Indonesia yang diberhentikan masing-masing diberi pilihan sama ada menyambung kontrak dengan bekerja di sektor atau bahagian lain mahupun pulang ke negara asal,” katanya ketika ditemui sebaik selesai kunjungan di Balai Berita Bangsar di sini semalam.

Rombongan delegasi Kedutaan Indonesia itu disambut Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) (M) Bhd, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Pengarang Eksekutif Harian Metro (HM)/Metro Ahad (MA), Abdul Ghafar Ismail. 

Da'i Bachtiar berkata, majikan yang terpaksa memberhentikan perkhidmatan pekerja warga Indonesia diharap bertanggungjawab terhadap penghantaran pulang rakyat negara itu seperti dijanjikan mengikut kontrak bekerja.

“Untuk (rakyat Indonesia) yang tidak mahu pulang dan ingin bekerja di sektor lain, terpulang kepada mereka tetapi diingatkan supaya mengikut prosedur betul dengan menyediakan dokumen lengkap untuk tujuan permohonan pekerjaan.

“Kedutaan bersedia menyalurkan bantuan dan maklumat kepada mereka menerusi pejabat Atase Buruh,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204085726/Article/index_html

‘Mak cik tetap lega’


KUALA KANGSAR: “Walaupun tidak dapat menatap buat kali terakhir wajah anak kesayangan, mak cik tetap lega kerana jenazahnya selamat disemadikan dengan sempurna selepas menanti selama hampir setahun.

“Mak cik pasrah apa yang berlaku dan menganggap ia ketentuan Ilahi dan percaya ada hikmah di sebalik semua ini,” kata Marthiah @ Saadiah Mat Piah, 63, ibu kepada A Fairos Ahmad Sulaiman, 37, wanita yang mati dibunuh di Ranong, Thailand.

Jenazah arwah tiba di kampungnya di Kampung Temong Hilir, Enggor di sini kira-kira jam 7.30 malam tadi dan disembahyangkan di Masjid Al Syakirin sebelum dikebumikan selepas solat Isyak.

Seramai kira-kira 100 kenalan dan sanak saudara menanti ketibaan jenazah arwah yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 petang yang diiringi adiknya, A Rahimi, 35.

Turut menziarahi keluarga arwah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak. 

Sementara itu, adik bongsu arwah, Ahsani, 32, berkata dia berterima kasih kepada seorang lelaki warga Australia, Mark Rotherham yang memaksa pihak berkuasa Thailand membuka semula fail kes kakaknya.

“Fail kes kehilangan kakak saya sudah ditutup polis Ranong dengan alasan kakak saya masih berada di Thailand, namun lokasinya sukar dijejaki kerana sering berpindah-randah.

“Bagaimanapun, Mark yang juga bekas anggota polis di Australia memaksa mereka (polis Ranong) membuka semula fail kes itu selepas mengesyaki ada sesuatu tidak kena mengenai kehilangan kakak saya,” katanya.

“Dia banyak membantu kami memberi maklumat perkembangan kes arwah sehinggalah kes ini selesai,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092130/Article/index_html

‘Hajat emak termakbul’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam." title="SEBAK...Rahimi (kiri) membawa rangka kakaknya yang
tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam." height="331" width="300" border="0">
SEBAK...Rahimi (kiri) membawa rangka kakaknya yang 
tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam.

SEPANG: “Walaupun hanya rangka, kami sekeluarga bersyukur kerana jenazah arwah kakak dapat disemadikan di kampung halaman sendiri,” luah A Rahimi Ahmad Sulaiman, adik wanita Malaysia yang dibunuh di Thailand akhir tahun lalu.

Allahyarham A Fairos Ahmad Sulaiman, 37, dari Kampung Temong Hilir Enggor, Kuala Kangsar, Perak, mati dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam tangki najis di rumah sewanya di Ranong, kira-kira 300 kilometer dari Phuket, Thailand.

Rahimi berkata, ibunya, Marthiah @ Saadiah Mat Piah, 63, terlalu berharap untuk membawa balik rangka arwah supaya dapat dikebumikan di kampung.

“Saya rasa lega sangat dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk Wisma Putra dan peguam dari Noraisah Yamin & Associates kerana berusaha membawa pulang rangka kakak.

“Sebelum ini kami tenggelam punca macam mana nak bawa balik, tetapi dengan bantuan semua pihak rangka arwah dapat dibawa pulang, paling penting hajat emak untuk membawa jenazah kakak balik termakbul,” katanya ketika ditemui sejurus selepas menuntut rangka arwah kakaknya di Kompleks MASkargo di sini, semalam.

Rangka mangsa dibawa dari Bangkok menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH785 tiba pada jam 2.10 petang dan disambut beberapa ahli keluarga, peguam Noraishah Shamsuddin dari Noraishah Yasmin & Associates dan Penolong Setiausaha Bahagian Konsular Wisma Putra, Syed Nauzir Idid.

Sebaik melihat kotak yang berisi rangka arwah kakaknya, Rahimi kelihatan menitiskan air mata sebelum mengangkatnya ke dalam van untuk dibawa pulang ke Kuala Kangsar.

Dia yang bertugas sebagai Pengurus Skuad Pelapis Kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, rangka arwah Fairos disemadikan berhampiran pusara datuknya, Abdullah Senik, di Tanah Perkuburan Kampung Temong Hilir, Enggor, Kuala Kangsar.

Pada 30 Januari lalu, akhbar melaporkan polis Thailand menemui rangka anggota badan A Fairos dalam tangki najis di rumah sewanya di Ranong, Thailand pada 10 Oktober lalu selepas dilaporkan hilang sejak lebih setahun lalu.

Identiti rangka itu disahkan milik Fairos berdasarkan ujian DNA yang dikeluarkan Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis Bangkok pada 26 November lalu.

Menurutnya, arwah amat disenangi semua ahli keluarga kerana sifatnya yang periang, penyayang dan suka membantu adik beradik lain terutama ketika di alam persekolahan.

Katanya, keluarganya akan berjuang mendapatkan hak penjagaan anak tunggal kakaknya, Johan Sebastian, 5, yang kini dipercayai berada di Belanda bersama bapanya, Mohd Lufti Abdullah @ Lambertus Den Dulk.

“Kalau betul suami arwah kakak bersalah, kami sekeluarga tidak akan maafkan dia, malah akan berjuang untuk mendapatkan Johan kerana ia satu-satunya peninggalan arwah.

“Kami akan cuba sedaya upaya membawa pulang Johan ke Malaysia,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092200/Article/index_html

Ketua maut jatuh flet

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

dari tingkat 4." title="DI SINI...flet tempat ketua Geng 4 maut jatuh
dari tingkat 4." height="225" width="300" border="0">
DI SINI...flet tempat ketua Geng 4 maut jatuh 
dari tingkat 4.

KUALA LUMPUR: Jeritan seorang penghuni yang ternampak kelibat lelaki cuba memasuki rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin, Jinjang Utara di sini, berjaya menumpaskan ketua penjenayah Geng 4 paling dikehendaki polis.

Lelaki dikenali sebagai Muslizal Muhammad, 24, dikatakan terbabit dengan lebih 20 kes samun bersenjata bersama anggota kumpulannya di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu, maut apabila terjatuh dari tingkat 11 ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis.

Muslizal, dari Kepong, nekad melarikan diri melalui tingkap rumah persembunyiannya ketika polis menyerbu jam 6 pagi semalam.

Dia turun dari tingkat 12 ke tingkat 11 melalui tingkap dari rumah persembunyiannya sebelum cuba memasuki sebuah rumah lain untuk melarikan diri.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata sebelum melakukan serbuan di rumah suspek, polis menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng 4 yang dalam perjalanan ke rumah itu.

“Sebaik tiba di depan rumah, polis mengetuk pintu sebelum dibuka seorang anggota kumpulan itu selepas hampir lima minit diketuk.

“Dalam rumah itu, polis menahan empat lagi anggota kumpulan itu yang berusia 17 hingga 24 tahun,” katanya.

Katanya, polis menjalankan pemeriksaan dan mendapati tingkap di dapur terbuka sebelum ternampak Muslizal cuba melarikan diri. 

“Dia melompat ke tingkat 11 sebelum cuba memasuki sebuah rumah,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah apabila penghuni rumah itu ternampak bayangannya sebelum menjerit.

Ini menyebabkan Muslizal cuba turun ke tingkat 10, namun tidak berjaya apabila tergelincir lalu terjatuh ke kawasan lapang rumah pangsa berkenaan. 

Zakaria berkata, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah tangan.

Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Zakaria berkata, kumpulan ganas itu dikesan menggunakan kereta curi di sekitar Lembah Klang untuk menyamun mangsa.

“Mereka yang cuba dikesan polis sejak tahun lalu itu sering menyamun selepas tengah malam secara berkumpulan empat orang dengan menggunakan senjata.

“Cara mereka menyamun mulanya menghalang kereta dari depan sebelum menyamun pemandu dan penumpangnya selain terbabit dalam jenayah samun rumah dan samun tepi jalan,” katanya.

Sebelum melakukan serbuan itu, polis mengejar sebuah Honda City kira-kira jam 4 pagi semalam yang dipandu anggota sindiket berkenaan dari Sentul sebelum hilang daripada pandangan. 

“Kereta itu ditemui di sekitar Rawang selepas suspek meninggalkannya di tepi jalan. Mereka tidak pulang ke rumah masing-masing kerana takut dikesan polis.

“Mereka ke rumah pangsa itu untuk menyembunyikan diri,” katanya yang percaya geng itu terbabit lebih 20 kes jenayah di sekitar Lembah Klang terutama di Jinjang, Kepong dan Sentul sepanjang tahun lalu. 

Katanya, siasatan turut mendapati ketua Geng 4 itu mempunyai rekod lampau dan pernah ditahan kerana disyaki menyamun.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092341/Article/index_html

Michael Chong serik jadi penjamin


mengugut membunuh diri selepas berhutang RM60,000 dengan
along." title="UGUT TERJUN...wanita bersama anak perempuannya yang
mengugut membunuh diri selepas berhutang RM60,000 dengan
along." height="304" width="300" border="0">
UGUT TERJUN...wanita bersama anak perempuannya yang 
mengugut membunuh diri selepas berhutang RM60,000 dengan
along.

KUALA LUMPUR: Gara-gara gagal melangsai hutang along, seorang ibu mengancam terjun membunuh diri bersama anak perempuan berusia empat tahun.

Wanita berusia 31 tahun itu mengugut untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan ibu pejabat MCA di sini, baru-baru ini, selepas mengalami tekanan perasaan melampau selepas diburu sembilan along yang menuntut hutang RM60,000.

Difahamkan wanita itu yang bekerja sebagai peniaga kedai nasi campur berhajat untuk mati bersama anak perempuannya selepas buntu bagi mendapatkan wang bagi membayar hutangnya.

Lebih memeranjatkan apabila wanita itu dikesan meminjam semata-mata untuk berjudi.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong yang turut melahirkan rasa simpati dan terkilan dengan kejadian berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian itu wanita dikenali sebagai Amy menemuinya di pejabat sambil meluahkan masalahnya.

“Dia sujud memeluk kaki saya sambil merayu supaya saya membantunya. Dia mengugut tidak teragak-agak untuk terjun dari tingkat tujuh pejabat saya jika permintaannya tidak ditunaikan.

“Kerana simpati, saya bantu mangsa dengan menemui semua sembilan along itu,” katanya.

Katanya, semua along itu akhirnya bersetuju mengurangkan faedah ditetapkan sebelum hanya meminta hutang RM28,000 dikembalikan.

“Saya membawa wanita itu untuk meminjamkan wang pula daripada syarikat peminjam wang berlesen untuk melangsaikan semua hutang along berkenaan.

“Syarikat peminjam wang berlesen hanya menetapkan kadar faedah 1.8 peratus setahun. Ini bererti mangsa hanya perlu membayar bunga kira RM2,000 setahun berbanding RM8,000 kepada along,” katanya.

Menurutnya, beberapa bulan selepas membantu wanita malang itu pejabatnya didatangi wakil syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan yang memberitahu wanita berkenaan lesap dan gagal membayar pinjamannya.

“Saya sebagai penjamin diarah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang RM28,000. Selepas disiasat, saya mendapat tahu wanita berkenaan sudah melarikan diri ke Amerika Syarikat,” katanya.

Kejadian sama berulang apabila seorang lelaki berasal dari Ipoh turut meminta bantuannya untuk melangsaikan hutang along sebanyak RM100,000.

Menurutnya, lelaki berkenaan yang memiliki sebuah pasar raya di Ipoh turut mengugut mahu membunuh diri dengan terjun ke sungai.

“Saya yang simpati sekali lagi menjadi penjamin untuk mangsa, namun selepas lima bulan, lelaki berkenaan terus lesap.

“Sejak itu, saya serik membantu mangsa along lagi walaupun mereka mengugut mahu terjun membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun saja, seramai 50 mangsa pinjaman along datang ke pejabatnya dan mengugut mahu membunuh diri. 

“Malah, tahun ini saja sudah lebih lima mangsa turut ‘berlakon’ ingin membunuh diri jika tidak dibantu melunaskan hutang, namun hati saya sudah kering.

“Jika mereka tetap mahu membunuh diri, saya menasihati mereka supaya pergi mencari bangunan lain atau tempat yang jauh daripada penglihatan orang ramai,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092507/Article/index_html


Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari 

am@hmetro.com.my

NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan, kelmarin.

Bayi berkulit sawo matang dan cukup sifat berkenaan ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

Difahamkan, sebelum itu seorang wanita mendukung bayi berkenaan di sebuah pusat beli-belah berhampiran, kira-kira jam 4.30 petang.

Seorang penduduk, Paridah Wahab, 38, berkata ketika berada dalam rumah, dia terdengar bunyi kecoh di luar lalu mendapati ramai orang berkumpul di tingkat dua flet itu.

Dia kemudian melihat seorang bayi lelaki ditemui seorang jiran. Turut ditemui, beg yang diisi keperluannya.

“Bayi berkenaan yang dipercayai berusia sebulan tidak menangis ketika ditemui di lantai koridor tingkat dua tanpa beralas, manakala badannya berbalut tuala.

“Saya sedih melihat keadaan bayi terbabit. Nasib baik dia ditemui penduduk, jika tidak entah apa nasibnya,” katanya, ketika ditemui Harian Metro.

Melihat barang keperluan seperti susu, botol susu, lampin pakai buang, pakaian dan bedak ditinggalkan di tempat kejadian, Paridah menganggap orang yang membuang bayi itu masih sayangkannya.

“Kejadian buang bayi ini kali pertama berlaku di kawasan flet ini dan kemungkinan dilakukan orang luar.

“Kawasan di sini sunyi pada waktu siang kerana penduduk keluar bekerja. Apabila petang baru suasana sibuk dengan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, berkata pihaknya dimaklumkan penemuan bayi terbabit kira-kira jam 6 petang sebelum sepasukan anggota polis dihantar untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, orang ramai diharapkan memberikan maklumat untuk mengesan individu yang tidak bertanggungjawab dengan sanggup membuang bayi itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan manakala bayi itu akan diletakkan di bawah jagaan Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya selepas melawat bayi terbabit semalam.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090204084024/Article

Cialis lebih hebat daripada Viagra


GAMBAR menunjukkan 
kotak pil Cialis.


LONDON - Firma ubat-ubatan Eli Lilly melancarkan pil terbaru Cialis One A Day untuk lelaki mati pucuk yang berkesan selama 24 jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pil yang dilancarkan di Britain itu membolehkan seseorang penghidap mati pucuk menjalin hubungan asmara pada bila-bila masa.

Pengeluarnya berkata, Cialis lebih hebat daripada Viagra kerana ia berkesan sehingga 36 jam.

Pil Viagra perlu diambil 30 minit sebelum lelaki yang menghidap penyakit mati pucuk melakukan hubungan seks.

Namun, Cialis hanya boleh dibeli menerusi preskripsi doktor dan perlu dimakan sebiji setiap hari dan dijual pada harga £55 (RM282.75) untuk satu kotak yang mengandungi 28 pil.

Pakar urologi Hospital Kolej Universiti London, Dr. Suks Minhas berkata, pil itu membolehkan lelaki yang menghidap mati pucuk berfungsi seperti lelaki normal.

"Mereka tidak lagi tertekan kerana terpaksa mengambil pil sebelum mengadakan hubungan seks," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Iran lancar satelit



DUA juruteknik melihat sebuah roket sebelum pelancarannya ke orbit, di sebuah lokasi di Iran.


TEHERAN - Kerajaan Iran semalam mendakwa berjaya melancarkan satelit pertama buatan tempatan ke orbit, satu langkah yang dijangka mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Menurut beberapa agensi berita, sebuah roket buatan tempatan, Safir 2 membawa satelit itu ke orbit pada malam kelmarin.

"Wahai warga Iran, anak-anak kita telah berjaya melancarkan sebuah satelit ke orbit.

"Dengan pelancaran satelit ini, Republik Islam Iran secara rasminya berada di angkasa," kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad menerusi televisyen.

Mahmoud berkata, satelit itu membawa makna keamanan dan persaudaraan kepada dunia selain menghapuskan tanggapan bahawa program angkasanya untuk kegunaan ketenteraan.

"Dunia menolak kata-kata lapuk itu. Kita mempunyai pandangan tentang teknologi yang hebat dari Tuhan berbeza dengan kuasa-kuasa berpengaruh dunia yang menggunakan pendapat-pendapat syaitan," katanya.

Beliau memberitahu bahawa satelit itu dibina oleh saintis-saintis tempatan.

Pelancaran itu dilakukan sehari sebelum diplomat-diplomat kanan dari enam buah kuasa besar dunia bertemu di Jerman bagi membincangkan program nuklear Iran. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Britain rugi berbilion pound


PEKEDAI ini menolak timbunan salji di luar kedainya di Hartley Wintney, Hampshire, England semalam.


LONDON - Ribut salji yang berlaku di Britain sejak kelmarin menyebabkan sektor perniagaannya mengalami kerugian berjumlah berbilion-bilion pound, kata beberapa pakar ekonomi semalam.

Salji setebal 10 sentimeter yang meliputi pusat kewangan Eropah, London melumpuhkan semua laluan udara, kereta api dan jalan raya selain memaksa enam juta pekerja tidak keluar bekerja serta 3,000 sekolah ditutup.

Keadaan itu dibimbangi akan menyebabkan banyak perniagaan di Britain yang sedang bergelut dengan krisis kredit global jatuh muflis.

"Keadaan itu menyukarkan aliran tunai dan menjejaskan keuntungan selain menyebabkan pemilik perniagaan berdepan ancaman muflis," kata Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan, Douglas McWilliams.


SEORANG remaja (kanan) berdiri atas timbunan salji di Hartley Wintney, Hampshire, England semalam.


Setakat ini, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) melabelkan Britain berada dalam kemelesetan ekonomi yang terburuk di kalangan negara maju.

Persekutuan Perniagaan Kecil Britain iaitu persatuan yang mewakili lebih 200,000 peniaga berkata, satu daripada lima orang tidak dapat bekerja kelmarin dengan menyebabkan golongan majikan mengalami kerugian lebih £1.2 bilion (RM6.1 bilion).

Jurucakapnya, Stephen Alambritis memberitahu, jumlah kerugian dijangka mencecah hingga £3.5 bilion (RM18 bilion) jika cuaca buruk berterusan sepanjang minggu ini.

Selain Britain ribut salji turut melanda negara Eropah lain termasuk Perancis, Itali, Switzerland, Belgium dan Sepanyol. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...