Wednesday, February 4, 2009

‘Hajat emak termakbul’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam." title="SEBAK...Rahimi (kiri) membawa rangka kakaknya yang
tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam." height="331" width="300" border="0">
SEBAK...Rahimi (kiri) membawa rangka kakaknya yang 
tiba di Kompleks MasKargo LCCT, Sepang, semalam.

SEPANG: “Walaupun hanya rangka, kami sekeluarga bersyukur kerana jenazah arwah kakak dapat disemadikan di kampung halaman sendiri,” luah A Rahimi Ahmad Sulaiman, adik wanita Malaysia yang dibunuh di Thailand akhir tahun lalu.

Allahyarham A Fairos Ahmad Sulaiman, 37, dari Kampung Temong Hilir Enggor, Kuala Kangsar, Perak, mati dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam tangki najis di rumah sewanya di Ranong, kira-kira 300 kilometer dari Phuket, Thailand.

Rahimi berkata, ibunya, Marthiah @ Saadiah Mat Piah, 63, terlalu berharap untuk membawa balik rangka arwah supaya dapat dikebumikan di kampung.

“Saya rasa lega sangat dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk Wisma Putra dan peguam dari Noraisah Yamin & Associates kerana berusaha membawa pulang rangka kakak.

“Sebelum ini kami tenggelam punca macam mana nak bawa balik, tetapi dengan bantuan semua pihak rangka arwah dapat dibawa pulang, paling penting hajat emak untuk membawa jenazah kakak balik termakbul,” katanya ketika ditemui sejurus selepas menuntut rangka arwah kakaknya di Kompleks MASkargo di sini, semalam.

Rangka mangsa dibawa dari Bangkok menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH785 tiba pada jam 2.10 petang dan disambut beberapa ahli keluarga, peguam Noraishah Shamsuddin dari Noraishah Yasmin & Associates dan Penolong Setiausaha Bahagian Konsular Wisma Putra, Syed Nauzir Idid.

Sebaik melihat kotak yang berisi rangka arwah kakaknya, Rahimi kelihatan menitiskan air mata sebelum mengangkatnya ke dalam van untuk dibawa pulang ke Kuala Kangsar.

Dia yang bertugas sebagai Pengurus Skuad Pelapis Kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, rangka arwah Fairos disemadikan berhampiran pusara datuknya, Abdullah Senik, di Tanah Perkuburan Kampung Temong Hilir, Enggor, Kuala Kangsar.

Pada 30 Januari lalu, akhbar melaporkan polis Thailand menemui rangka anggota badan A Fairos dalam tangki najis di rumah sewanya di Ranong, Thailand pada 10 Oktober lalu selepas dilaporkan hilang sejak lebih setahun lalu.

Identiti rangka itu disahkan milik Fairos berdasarkan ujian DNA yang dikeluarkan Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis Bangkok pada 26 November lalu.

Menurutnya, arwah amat disenangi semua ahli keluarga kerana sifatnya yang periang, penyayang dan suka membantu adik beradik lain terutama ketika di alam persekolahan.

Katanya, keluarganya akan berjuang mendapatkan hak penjagaan anak tunggal kakaknya, Johan Sebastian, 5, yang kini dipercayai berada di Belanda bersama bapanya, Mohd Lufti Abdullah @ Lambertus Den Dulk.

“Kalau betul suami arwah kakak bersalah, kami sekeluarga tidak akan maafkan dia, malah akan berjuang untuk mendapatkan Johan kerana ia satu-satunya peninggalan arwah.

“Kami akan cuba sedaya upaya membawa pulang Johan ke Malaysia,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092200/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...