Wednesday, September 17, 2008

Dakwa dah 5 tahun tak dapat nafkah

KUALA LUMPUR - Penyanyi Hawa atau nama sebenarnya, Wan Salamiah Meor Abdul Rashid (gambar) mendakwa tidak diberikan nafkah oleh suaminya sejak mereka tinggal berasingan lima tahun lalu.


Hawa yang juga adik kepada penyanyi terkenal 80-an, Wann berkata demikian ketika perbicaraan tuntutan fasakh yang difailkan terhadap suaminya, Izzat Abdul Malek, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.


Menjawab soalan peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakilinya, Hawa berkata, sebelum tinggal berasingan, suaminya ada memberikan nafkah seminggu dan sebulan sekali berupa wang minimum RM400 selain membelikan keperluan dapur.


"Namun, selepas kami tinggal berasingan pada 1 Januari 2004, defendan tidak lagi memberikan sebarang nafkah," tuturnya tenang di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyudin Wan Muhammad.


Hawa juga memberitahu, sejak itu suaminya tidak pernah menghubunginya untuk memberikan nafkah dan hanya ibu bapa mentuanya sahaja yang bertanyakan khabar.


Menurut penyanyi itu, kehidupan dia dan anaknya kini ditanggung oleh kedua ibu bapanya dan ibu bapa mentua.


Keterangan tersebut turut disokong oleh bapanya, Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim, 60, serta bapa mentuanya, Datuk Abdul Malek Ahmad, 70.


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...