Wednesday, September 17, 2008

Wajah Jolie ketika remaja


WAJAH Jolie ketika remaja.


LOS ANGELES - Beberapa gambar lama bintang Hollywood, Angelina Jolie menunjukkan perbezaan ketara ketika dia berusia remaja berbanding sekarang, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar-gambar yang dirakam semasa Jolie berumur 16 tahun itu menunjukkan dia memiliki kulit licin dan tidak dicemari pelbagai jenis tatu seperti sekarang.


Jolie, kini berumur 33 tahun, dipercayai memiliki 13 tatu di seluruh badannya termasuk tatu lokasi tempat kelahiran anak-anaknya yang dilukis pada bahu kiri aktres itu.


Namun, gambar-gambar tersebut membuktikan bahawa kejelitaan Jolie seperti matanya yang kuyu dan bibir umpama delima merkah merupakan anugerah Tuhan dan bukan hasil pembedahan kosmetik.


Gambar-gambar yang hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini itu dirakam ketika Jolie bekerja sebagai seorang model sambilan dan belum berkecimpung dalam dunia lakonan.


Anak perempuan kepada pelakon veteran Hollywood, John Voight itu memiliki tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan pelakon kacak Brad Pitt selain tiga anak angkat. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...