Wednesday, September 17, 2008

Krisis kewangan di luar jangkaan

KAHERAH – Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn menyatakan krisis pinjaman antarabangsa yang dihadapi sekarang berlaku di luar jangkaan tetapi menasihati orang ramai supaya tidak panik.


“Kita sedang berdepan krisis kewangan tanpa dijangka kerana ia berpunca daripada pusat sistem kewangan iaitu Amerika Syarikat (AS) dan bukannya sistem-sistem sokongan. Krisis itu memberi kesan ke seluruh dunia secara serentak,” katanya.


Kenyataan ketua IMF itu dibuat ketika timbul kebimbangan berhubung kesan domino dalam sistem kewangan global selepas firma utama pelaburan AS, Lehman Brothers memfailkan perisytiharan muflis.


“Beberapa tempat di dunia akan berasa kesan berbeza sama ada terjejas teruk atau sebaliknya namun secara umum, kegawatan ekonomi akan dirasai di seluruh dunia,” jelas Strauss-Kahn.


Beliau yang dalam lawatan ke Kaherah, Mesir menyatakan ekonomi global akan menguncup di China dan Eropah. – AFP


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...