Wednesday, September 17, 2008

Mangsa culik dibunuh - Gara-gara cinta tak berbalas pelajar pintar dibakar

nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my


TUN HISAN (tengah) menunjukkan sebahagian duit yang dirampas daripada suspek-suspek yang ditahan berhubung kes culik di Johor Bahru semalam.Lai Ying Xin, 16 (gambar kecil)


JOHOR BAHRU - Angkara dendam kerana cinta tidak berbalas?


Itulah motif yang mungkin menyebabkan Lai Ying Xin, 16 (gambar kecil), diculik sebelum mayatnya ditemui mati rentung berhampiran Taman Putri Kulai, Kulai Jaya di sini semalam.


Semasa ditemui, mayat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam pemeriksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas telah mereput.


Mayat tersebut ditemui pukul 2 pagi semalam di kawasan semak selepas empat suspek dalam kes menculik pelajar malang itu ditahan.


Salah seorang daripada suspek disyaki menaruh hati kepada mangsa, tetapi mangsa menolak.


Kematian Ying Xin lebih menyayat hati apabila penculik-penculik tersebut telah memperolehi wang tebusan berjumlah lebih RM30,000 daripada keluarga mangsa.


Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kulai Besar di sini dipercayai telah dibunuh dan dibakar sejak Jumaat lalu iaitu kurang 24 jam selepas dia diculik.


Difahamkan, keluarga mangsa yang berterusan diugut oleh penculik telah bersetuju memberi wang tebusan yang diminta dengan harapan anak mereka dibebaskan.


Wang tunai yang diisi dalam plastik berwarna biru kemudiannya diletakkan berhampiran pondok telefon di sebuah kawasan perumahan di Bandar Kulai pada pukul 3 pagi Isnin.


Bagaimanapun, suspek-suspek itu tidak 'memulangkan' mangsa seperti dijanjikan.


Tiga daripada tiga suspek itu ditahan semasa mereka menaiki sebuah kereta Perodua Kembara di sebuah kawasan perumahan di Kulai pukul 6.15 petang kelmarin.


Seorang lagi suspek ditahan di rumahnya sejam kemudian. Mereka yang ditahan berusia 16 hingga 22 tahun.


Turut ditemui bersama tiga suspek yang ditahan dalam kenderaan ialah dua pertiga daripada wang tebusan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...