Thursday, October 23, 2008

Komplot letup depot minyak tumpas

JAKARTA – Sebuah kumpulan pengganas Indonesia yang tumpas pada minggu ini merancang mengebom depot simpanan minyak utama Jakarta, kata polis semalam.

Pihak polis memberitahu bahawa kumpulan tersebut juga mempunyai hubungan dengan beberapa suspek pengganas paling dikehendaki di rantau ini.

Seramai lima suspek yang dipercayai anggota Jemaah Islamiah (JI) berjaya diberkas di Jakarta bersama-sama senjata dan bahan letupan selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah.

“Sekiranya pihak polis polis gagal mengesan bahan letupan itu, situasi mungkin menjadi sangat bahaya,” kata seorang jurucakap polis, Sulistyo Ishak.

Suspek-suspek itu dipercayai mempelajari kaedah membuat bom daripada pakar bom dari Malaysia, Azahari Husin yang ditembak mati di sebuah rumah di Jawa pada November 2005.

Azahari merupakan sekutu rapat kepada seorang lagi suspek pengganas paling dikehendaki dari Malaysia, Noordin Mohammed Top kerana merancang beberapa serangan di Indonesia.

– AFP

http://www.kosmo.com.my/23102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...