Thursday, November 20, 2008

Minyak turun tapi tetap rugi – FLFAM


KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mendakwa penurunan harga minyak di pasaran tempatan ketika ini sebenarnya tidak mengurangkan kos penternakan ayam di peringkat ladang.

Malah, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abdul Rahman Md. Saleh menegaskan, penternak masih terpaksa menanggung kerugian sepanjang tahun ini semata-mata cuba memenuhi kehendak pengguna dan pasaran.

Tidak dinafikan bila harga minyak turun, ia sedikit sebanyak telah menurunkan harga kos namun penternak masih menanggung kerugian.

“Bukan sahaja harga minyak mempengaruhi kos penternakan, ada banyak faktor lain seperti makanan yang kebelakangan ini sudah semakin meningkat,’’
katanya ketika dihubungi semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...